Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Beza uber dan grab yang driver / rider uber grab patut tahu

Beza uber dan grab yang driver / rider uber grab patut tahu



Apa beza antara uber dan grab? Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi nak tahu kan? Ramai yang bertanya soalan uber vs grab ni sebab nak pilih yang mana terbaik untuk di gunakan terutama driver baru grab dan driver baru uber. Tak biasa nak online dua-dua app iaitu uber driver app dan grab driver app serentak dalam satu phone. Sebenarnya, untuk driver boleh daftar dua-dua khidmat ni sebab uber dan grab adalah syarikat berasingan. Download uber driver app dan grab driver app dalam satu phone no hal lah.

Biasanya driver uber tu driver grab jugalah kecuali grab ambassador, itupun boleh juga download app dalam phone berasingan jika masih mahu nak ambassador tetapi masih nak buat uber juga sebab ada kebaikkan masing-masing. Rugi tu kalau guna salah satu sahaja service ni sama ada uber atau grab. Maksimunkan pendapatan driver dengan mendaftar dua iaitu sebagai driver uber dan driver grab serentak.

beza uber dengan grab

Uber vs grab


Uber vs grab, sekarang kami nak kupas sikit perbezaan antara uber dan grab ni untuk pengetahuan semua terutamanya driver uber/grab yang baru.

1. Daftar

Proses daftar pemandu uber jauh lebih mudah dari pendaftaran sebagai pemandu grab. Mungkin syarikat ada proses masing-masing yang kena patuhi. Pendaftaran uber boleh di lakukan secara online dan melalui uberdost ( app untuk daftar pemandu uber ). Panduan daftar pemandu uber online anda boleh baca kat post yang saya telah kongsikan.

Untuk daftar pemandu grab pula, anda boleh ke hq atau kiosk grab berdekatan atau anda boleh daftar pemandu grab dengan alpha driver ( yang telah di lantik oleh grab untuk rekrut driver baru ). Banyak info yang diperlukan termasuklah kena buat training online tetapi berbaloi mempunyai acc grab driver ni.

2. GPS

GPS uber driver lebih tepat. Setelah rider request uber service menguna uber rider app dan diterima oleh driver uber, driver ubah akan ikut waze/maps ke lokasi rider berada. Lokasi yang diberikan oleh uber driver app lebih tepat daripada grab driver app. Ini memudahkan pemandu untuk mengambil rider. Ini penting sebab proses nak ambik rider ni boleh menimbulkan stress untuk dua-dua belah pihak.

3. Coverage signal



Signal uber pergi lebih jauh. Untuk rider untung sebab boleh dapat kereta uber jika tiada kereta berdekatan tetapi untuk driver uber kena tengok jarak dulu sebelum terima job. Kalau lebih 10km takkan nak pergi ambil kan. Tak berbaloi tuh. Biasa driver akan ambik jika lokasi pick up bawah 5 km sahaja.

Signal grab selamat untuk driver kerana signal dalam lingkungan 5 km sahaja. Jadi pemandu grab lebih selesa nak pick up rider sebab jarak lebih dekat.

Sebagai tambahan, driver terdekat akan terima signal untuk uber dan grab.

4. Payment

Bayaran untuk pemandu uber lebih konsisten jika berbanding grab. Grab biasa delay sehari bayaran. Biasa malam selasa tetapi akan masuk malam rabu setelah di beritahu melalui sms kepada driver. Uber takde masalah, jadi driver boleh buat perancangan kewangan dengan lebih baik.

Bayaran ini untuk bayaran jika rider guna kredit kad, insentif dan bonus referral yang driver belum dapat. Akan di kumpulkan selama seminggu dan di bayar kepada driver, Untuk grab, bayaran akan masuk ke bahagian credit app dahulu sebelum masuk akaun bank hari jumaat. Untuk pemandu uber, bayaran akan masuk bank malam selasa/rabu.

5. Customer services

Grab teruk, sangat teruk berbanding uber. Ini pengalaman ramai driver dan saya akui benda ni berlaku. Untuk uber, driver boleh hubungi CS uber melalui phone/email/app dan juga website rakanuber.com. Banyak pilihan dan jawapan pantas.

Untuk grab, kalau 3 kali call belum tentu berjawab dan CS tak pandai teknikal, Masih boleh dihubungi melalui email.


6. Tambang

Dalam banyak kes, tambang grab lebih mahal menyebab driver suka memandu grab. Tambang uber pula mahal apabila ada boost dan surge di mana tambang boleh naik 2x ganda daripada tambang normal. Tambang uber ditentukan oleh jarak km dan masa rider berada di dalam kereta. Bayangkan kalau time jalan jem, tambang bergerak juga.

Kalau time jem, tambang grab pun nak tetapi tidaklah banyak sangat. Katakan tambang rm21, time jem mungkin tambang akan naik ke rm25. Cam tu jer, takde le samai 2x ganda macam uber. Ini semua bergantung kepada situasi.

7. Lokasi drop off

Uber driver app, pemandu tak boleh tahu lokasi untuk hantar rider kecuali setelah pemandu start trip ( rider ada dalam kereta). Barulah kita tahu ke mana rider nak pergi ( keluar lokasi kat app ).

Grab driver app, pemandu tahu lokasi nak pergi semasa dapat signal! Yang ni ramai driver suka mengikut percaturan masing-masing.


8. Airport

Uber driver app, apabila pemandu sampai ke lokasi Uber FIFO Zone tertentu di KLIA, akan keluar no Q untuk klia dan klia 2 ( salah satu ). Jadi pemandu uber tunggu je lah hingga ampai giliran di mana no. Q akan jadi 1 menandakan next rider adalah untuk anda.

Untuk grab, bergantung kepada nasib untuk dapat signal dari rider. Pergi serapat mungkin dengan arrival boleh membantu anda selain peranan network dan jenis telefon yang di  gunakan. Tip senang dapat ping grab di klia mungkin boleh membantu anda.

Itulah serba sedikit perbezaan antara uber dan grab. Di harap dapat membantu driver semua. Kesimpulannya, uber dan grab ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi tak salah jika driver uber tu mendaftar juga sebagai driver grab dan menggunakan satu telefon sahaja.



Terima kasih kerana membaca Beza uber dan grab yang driver / rider uber grab patut tahu.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



17 komen:

  1. kan bagus lau uber bole tau destinasi rider. pasti uber jadi jauh lebih baik dari grab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen tuan kami ambil perhatian, tq tuan.

      Padam
    2. kalau buat mcm grab driver mesti pilih job.. hahaha

      Padam
    3. itu kelemahannya, nanti kena letakkan acceptance rate pula.

      Padam
  2. sy confius mau join uber or grab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  3. dua dua boleh join, guna phone sama

    BalasPadam
  4. Tuan,jika driver grab nak tukar handset baru,dia perlu pergi kiosk jgk kah untuk verify?
    sebab sy prasan masa daftar dulu,cs depa ada ambil sejenis nombor pada fon yang kita dh install grab tu utk verify.

    BalasPadam
    Balasan
    1. download app kat phone bari, catat no imei dan call cs utk updaate

      Padam
  5. Bukankah grab ada kelebihan untuk pengisian minyak dan penyelenggaraan kereta, UBER banyak kekurangan untuk driver, lebih kepada khidmat cemerlang untuk pelanggan

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah, grab jv dgn petronas, uber jv dgn petron

      Padam
  6. Apa yang di maksud kan buat duit dengan uber tanpa memandu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba langgan ebook tuh... penuh rahsia

      Padam
  7. Salam nak tanya kalau suami guna visa ikut istri boleh kah si suami daftar utk jadi grabber atau uber

    BalasPadam
  8. Tuan,selepas ambil alih uber oleh grab,sy sbg driver memang tak layak ke memandu viva utk grab?masa uber saya drive viva

    BalasPadam
    Balasan
    1. viva hingga bulan jun sahaja utk buat grab. Selepas itu tuan kena tukar kereta lain. Atau tuan boleh daftar Mycar guna viva! wasap saya untuk daftar pemandu mycar.

      Padam