Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , , » Dokumen Daftar Grab Malaysia

Dokumen Daftar Grab Malaysia

Dokumen daftar grab malaysia mesti ada untuk daftar grab driver. Senarai dokumen daftar grabcar driver ada di bawah. Walaupun dokumen register grab belum cukup, anda boleh daftar grabcar dulu menggunakan dokumen yang ada dan anda boleh bagi kemudian dokumen grab yang belum siap seperti insuran ehailing, lesen psv grab dan sijil semakan Puspakom ( untuk kereta 2011-2017 sahaja ). Kami akan terangkan dokumen grabcar registration ni secara detail di bawah supaya anda faham cara daftar grab driver terbaru ni. Pastikan syarat daftar grab driver telah di penuhi.


Daftar grab driver Malaysia ni memerlukan beberapa dokumen penting dan dokumen ni mestilah jangan fake, dokumen tak boleh tipu sebab pihak grab hq akan semak dokumen-dokumen ni dengan agensi kerajaan. Terdapat banyak yang menipu dokumen terutamanya cover note insuran dan lesen memandu. Jom kita semak apakah senarai dokumen untuk mendaftar pemandu grab online / daftar grab driver dan percuma terbaru.


Senarai Dokumen Daftar Grab Driver Malaysia


Dokumen daftar register grab car driver Malaysia ialah:

1. Gambar dokumen depan ic
2. gambar dokumen depan lesen memandu

3. gambar profile paras dada
4. gambar cover note insuran kereta yang cover ehailing
5. geran, roadtax, surat kebenaran pemilik kereta (geran kereta) dan endorsement ( optional )
6. lesen psv
7. Sijil Puspakom (2017-2011 sahaja)

Contoh gambar dokumen daftar grab Malaysia:


1. Gambar depan IC

Gambar ic untuk daftar grab car driver hendaklah jelas, penuh, jangan guna flash dan jangan edit sebab pihak grab gq akan buat semakan sama ada gambar ic ni betul atau tidak. Jika ada keraguan. hq grab akan minta anda pergi ke grab driver center (GDC) untuk pengesahan.

grab registration


2. Gambar depan lesen memandu

Jelas, penuh, jangan guna flash, jangan edit ( terutamanya yang lesen P ). Jika anda ada lesen P, anda belum layak menjadi pemandu grab. Anda kena tunggu hingga lesen P habis dan umur anda min 21 tahun. Bagaimana dengan lesen memandu antarabangsa? Lesen memandu antarabangsa adalah tidak layak untuk daftar grab driver. Dokumen ini tidak diterima untuk register grabcar.


daftar grab car online


3. Gambar profile paras dada

Jelas, jangan pakai topi, jangan pakai spek hitam, mesti menghadap ke depan. Tak perlu pegang IC pun tak apa, asalkan gambar jelas. Pastikan backgorund biar kosong, jangan serabut. Gambar kena pakai baju. Gambar ini akan di masukkan ke dalam aplikasi grab driver dan boleh di lihat oleh penumpang semasa menjadi grab driver yang sah.

daftar grab online malaysia


4. Gambar cover note insuran

Jelas, penuh, jangan edit (ramai sangkut sebab gambar cover note ni tak jelas). Pastikan anda telah masukkan ' ehailing ' ke dalam insuran cover note kereta sedia ada. Caranya, anda kena hubungi ejen insuran sedia ada dan kata ' nak tambah ehailing ' ke dalam insuran anda sedia ada. Kos tambahan ialah lebih kurang 1/3 dari kos asal insuran kereta anda.

grab malaysia


5. Geran

Gambar gerab wajib ada. Salesman ada sediakan kepada anda geran fotostat semasa beli kereta. Jika tiada geran, anda kena ambil di cawangan bank di mana anda buat loan beli kereta. Sekarang, geran original, owner boleh simpan. Gerab original juga diperlukan jika kerata anda kena masuk Puspakom (kereta dibuat tahun 2011-2017). Jadi silakah ambil geran original anda dari bank.

daftar grab car


6. Roadtax (dekat cermin kereta)

Pastikan gambar roadtax yang di tampal di cermin kereta anda adalah jelas, jika tidak permohonan untuk daftar grab driver / grab registration online akan pending.

grab driver online


7. Endorsement

Jelas, penuh, jangan guna flash, jangan edit - perlu bila nama orang yang nak daftar grab tiada di tulis di bahagian driver dalam cover note insuran dan cover note bukan jenis " all driver ' any authorised driver '.

daftar grabcar malaysia


8. Surat kebenaran

Jelas, penuh, jangan guna flash, jangan edit - perlu bila nama orang yang nak daftar grab tiada di tulis di bahagian driver dalam cover note insuran dan cover note ada tulis " all driver ' any authorised driver '. Contoh surat kebenaran owner kereta - surat kebenaran pemilik kereta. Surat di perlukan hanya jika nama anda tiada dalam insuran kereta dan insuran jenis ' all driver ' sahaja.

9. Lesen PSV


Lesen PSV diperlukan untuk daftar grabcar driver. Anda kena jalani ujian psv grab untuk mendapatkan lesen psv ini. Satu lesen psv boleh di gunakan untuk daftar mana-mana ehailing.

lesen psv grab


Cara buat lesen PSV:

Setelah anda daftar grab driver online, anda akan di berikan sms mengandungi no phone untuk dihubungi untuk anda buat lesen psv sama ada anda boleh buat psv dengan Grab atau boleh buat sendiri di sekolah memandu. Kos psv sekitar rm100-rm250. Jangan bimbang, setelah anda register grabcar driver, Grab hq akan sms anda untuk urusan buat lesen PSV.

Langkah 1 buat lesen PSV

Anda kena duduki kelas teori selama 6 jam

Langkah 2 buat lesen PSV

Anda kena buat medical check up / pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik. Pergi ke klinik dan kata nak buat chek up untuk ehailing.


Langkah 3 buat lesen PSV

Anda kena buat ujian psv selama sejam, ada 60 soalan. Jawapan boleh fikir lojikk sahaja. Jawapan ada di dalam kelas teori 6 jam yang anda telah hadir.

Info lanjut lesen psv Grab.

10. Sijil Puspakom (Kereta 2011-2017 sahaja)


Jika kereta dibuat pada tahun 2011-2017 ( boleh semak di dalam gerab ), kereta kena buat semakan di Puspakom dahulu. Cara untuk buat Puspakom ehailing ialah download dulu aplikasi Mypuspakom dan tempah tarikh untuk anda bawa kereta ke Puspakom. Cara tempah tarikh Puspakom ehailing boleh anda semak dulu.

sijil puspakom grab


Sebelum bawa kereta ke Puspakom, pastikan kereta anda mesti ada alat pemadam api ehailing dan segitiga kecemasan untuk lulus pemeriksaan Puspakom. Pastikan hantar kereta ke bengkel dahulu untuk betulkan mana yang patut - angin tayar kena cukup ( jangan lebih ), break berfungsi dengan baik, buat aligment, pastikan semua lampu menyala, kalau boleh kereta tu dalam keadaan standard.

Next, nak buat apa?


Itulah sebarang dokumen untuk daftar driver grab Malaysia. Pastikan dokumen jelas, penuh dan bukan fake dokumen kerana sekiranya gambar dokumen tidak jelas, anda akan diminta berikan sekali lagi gambar dokumen daftar grab driver tersebut sehinggalah grab hq puas hati.

Seterusnya, anda bolehlah daftar grab driver mengikut pandun di link saya bagi di bawah:


Jika anda ada kekeliruan, anda boleh whatsapp admin


Anda di jemput untuk join group bagi dapat info:



Jumpa anda di sana sebagai Grab driver Malaysia.



Terima kasih kerana membaca Dokumen Daftar Grab Malaysia.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 komen:

  1. Yg no.10 tu dah tak perlu ke?(pasal kena garis 😄)

    BalasPadam
    Balasan
    1. no 10 hanya buat setelah sudah ada akaun grab dan jika kereta lebih 3 tahun, untuk renew roadtax kena buat puspakom dulu. Masa mula2 daftar tak perlu buat puspakom.

      Padam