Cara daftar online pemandu uber 2017

thumbnail
Cara daftar online pemandu uber 2017. Ramai yang nak jadi pemandu uber di Malaysia. Dan perndaftaran sebagai pemandu uber telah dipermudahkan. Ada beberapa cara untuk mendaftar sebagai pemandu uber di Malaysia ni dan pendaftarannya lebih cepat berbanding daftar sebagai pemandu grab tetapi pengaktifannya lebih lambat dari grab kereta uber perlu buat semakan background dulu sedangkan grab bukan semakan background setelah akaun driver di luluskan.

Cara daftar online driver uber ni telah saya kongsikan dalam post bertajuk cara senang daftar pemandu uber online di Malaysia. Anda boleh ikut langkah yang telah saya kongsikan, memang senang sahaja dengan syarat dokumen anda jelas dan lengkap. Sesiapa sahaja boleh daftar pemandu uber ni sebab syarat sangat min - lesen penuh dan kereta tahun min 2008.

Berapa lama proses daftar pemandu grab dan uber

thumbnail
Nak daftar pemandu grab dan uber memerlukan masa tetapi tidak lama jika semua dokumen yang di berikan jelas dan penuh. Pendaftaran pemandu grab dan uber atau pun salah satu sahaja semakin lama semakin sukar. Jadi eloklah jika tuan berminat daftar sekarang pemandu grab dan daftar pemandu uber. Free sahaja pendaftaran sebagai driver grab dan uber ni.

Jika dan nak daftar sendiri online pemandu grab, mungkin akan makan masa kerana belum tahu langkah-lankah daftar pemandu grab ni. Begitu juga pemandu uber tetapi jika tuan ikuti langkah yang saya dah kongsikan untuk daftar pemandu uber ni, tuan tentu tidak sesat dan pendaftaran akan berjalan lancar. Seeloknya whatsapp saya untuk daftar pemandu grab dan uber kerana saya telah berjaya daftarkan hampir seribu driver ( whatsapp saya 0192055657 - wasap.my/60192055657/daftar ).

Tips untuk pemandu Grab baru aktif akaun

thumbnail
Kami tahu tuan telah mengalami satu penantian yang menyeksakan untuk mendaftar sebagai grab di mana 2-3 hari tu terasa lama sangat. Tak sabar nak jadi pemandu grabcar berdaftar dan mula menjana duit sebagai pemandu grab di lokasi-lokasi Grab beroperasi di seluruh Malaysia. Tahniah permohonan anda sebagai pemandu grab telah berjaya dan apa langkah seterusnya yang perlu anda buat untuk mula online app grab driver ni.

Oh ya, jika anda telah daftar sebagai driver grabcar sahaja, anda rugi kerana anda juga boleh mendaftar sebagai driver uber dalam masa yang sama dan menggunakan phone yang sama. Untuk pengetahuan anda, Grab dab Uber ni syarikat berlainan yang bersaing antara satu sama lain dan ada kelebihan masing-masing. Bagi pemandu uber di Malaysia, antara kelebihan Uber berbanding Grab ialah Uber ada " Q " di KLIA, bayaran Uber adalah mengikut jadual dan tak delay seperti Grab, App Uber tak perlu top up, Uber mengikut masa perjalanan di mana kalau jalan jem, Uber adalah terbaik sebab harga akan meningkat dan driver akan untung. Anda boleh whatsapp saya 019 2055657 untuk daftar sebagai pemandu uber.

Tips driver Grab baru


Apa perlu buat setelah akaun pemandu Grab aktif?


Mesti anda tak tahu kan kecuali kawan-kawan ada bagitahu anda dan anda pernah baca di blog macam blog ini. Akaun pemandu grab dah aktif, dan apa nak buat seterusnya?

1. Download app grab driver - anda kena download dulu di mana link download untuk android dan iphone adalah berbeza. Bila anda online dan keluar peta di app, maknanya akaun pemandu Grab anda telah aktif.


2.Top up app grab driver - anda kena top up app grab driver ni. Top up grab ini adalah supaya Grab boleh potong 20% ( daftar sebelum 14.8.17 ) atau 25% ( daftar selepas 14.8.17 ) setiap trip seperti yang dijanjikan oleh grab. Cara top up app grab ni mudah sahaja:

Cara 1: Beli kat Petronas / 7e / Kk mart Yg terpilih sahaja. Kata nak beli “ GRAB TOP UP “.
CARA TOPUP GRAB GUNA PIN - Tekan 3 baris atas sblh kiri app > grabpay wallet > credits > top up with pin > masukkan no topup > confirm.

Cara 2: www.e-pay.com.my
Reg free > Log in > Pilih others > Pilih grab > Pilih 10/20/50 > Link ke cimb/maybank2u

Cara 3: Transfer drpd cash wallet (grabpay)
Tekan credit balance > Topup with account > Pilih 10/20/50 > Submit > Success


Setelah anda buat dua perkara di atas, anda telah bersedia untuk menjana duit sebagai pemandu Grab.

Tip hari pertama pemandu Grab


Sudah tentu anda perlukan tip untuk bermula kan. Kat bawah ni ada beberapa tip untuk pemandu grab baru:

Cara jadi pemandu Uber

thumbnail


Cara jadi pemandu Uber. Senang je sebenarnya nak jadi pemandu uber di Malaysia ni. Kalau tuan tahu caranya memang simple je untuk daftar pemandu uber. Dalam blog ini saya dah kongsi cara mudah dan betul untuk daftar uber driver. Kalau anda ikut betul-betul panduan pendaftaran pemandu uber yang saya kongsikan, anda akan berjaya menjadi pemandu uber dalam masa tak sampai 3 hari sahaja.

Untuk pengetahuan anda, kita boleh jadi pemandu uber dan pemandu grab dalam waktu yang sama menggunakan phone yang sama. Yang mana lagi bagus? grab ke uber? Kalau anda nak tahu lebih lanjut perbezaan antara grab dan uber, anda boleh baca dalam post yang yang telah saya kongsikan sebelum ni.

Uber driver online registration Malaysia

thumbnail
Uber driver online registration Malaysia. Nak jadi pemandu uber ni takde le susah sangat. Kereta tahun 2008 ke atas dan tak memerlukan inspection seperti pemandu grab jika kereta bawah 2010 ( 2007 ke 2010 untuk jadi pemandu grab kena buat inspection kereta tersebut ). Uber driver online registration memang mudah, tak macam grab yang lebih susah untuk daftar sendiri. Sebab itu ramai uber drive boleh daftar sendiri sebagai pemandu uber secara online sahaja tetapi kena tahu dokumen apa yang diperlukan.

Uber driver registration walaupun senang tetapi ramai juga yang sangkut masa daftar kerana tak mengikut penduan yang uber berikan semasa mendaftar jadi pemandu uber. Proses registration uber driver jika anda lakukan dengan hati-hati boleh diluluskan dengan cepat. Tetapi seperti yang saya katakan, ramai sangkut di bahagian upload dokumen kerana dokumen tak lengkap.

Cara semak dokumen daftar pemandu uber lulus ke tak

thumbnail
Cara semak dokumen daftar pemandu uber lulus ke tak? Seebelum ni salah dah kongsikan cara bergambar untuk daftar sebagai pemandu uber di Malaysia. Senang sahaja cara untuk buat uber driver registration ni secara online dan percuma sahaja. Tetapi, macam mana nak tahu permohonan anda telah lulus atau tidak kan.

Pendaftaran sebagai pemandu uber ada dua peringkat. Satu, tuan kena upload dokumen kepada uber sepeti dalam panduan yang saya telah bagi dalam link di atas. Jika dokumen yang anda masukkan telah di terima oleh uber, barulah pihak uber akan menyemak permohonan pemandu uber anda dengan JPJ/SPAD/POLIS di mana rekod-rekod jenayah anda akan di semak. Jika ada kes polis sebelum ni, akaun anda tidak akan diluluskan untuk keselamatan pemandu.

Jadi, perkongsian kali ini ialah untuk menyemak dokumen yang tuan bagi kat uber di terima ke tidak kerana ada dokumen yang tak di terima kerana kurang jelas, salah dokumen dan dokumen tak lengkap. Pastikan dokumen yang diberikan lengkap terutamanya cover note kerana ramai yang sangkut dekat cover note kerana tak cukup info.

Cara semak dokumen daftar pemandu uber lulus ke tak


Ini adalah cara untuk semak dokumen permohonan pemandu uber telah di luluskan oleh uber atau tidak setelah anda upload dokumen tersebut.

1. Klik link ini: http://partners.uber.com

uber partner registration

2. Login guna email yang telah di daftarkan dengan Uber

daftar driver uber

3. Masukkan password

uber drivers partner

4. Jika keluar paparan seperti di bawah, maknya dokumen anda telah di terima dan di luluskan oleh Uber. Tuan kena tunggu sahaja email uber setelah akaun pemandu uber aktif. Tuan tak perlu buat apa-apa sehingga langkah ini.

uber partner app

5. Jika selepas langkah 3, keluar gambar seperti di bawah, bermakna ada dokumen yang tuan hantar ke Uber telah di tolak oleh Uber. Tuan kena bagi dokumen itu sekali lagi ( ambil gambar dokumen sekali lagi dan upload ). Dalam kes ni, gambar IC di tolak oleh Uber. Tekan tanda seperti gambar di bawah.

pemandu driver uber

6. Tekan TAKE PHOTO. Pastikan gambar IC telah ada dalam telefon anda.

uber driver login

7. Cari gambar IC dalam phone anda. Jika guna Huawei, pilih Documents. Jika phone lain, lain caranya di mana gambar IC telah anda simpan.

daftar driver uber online

8. Tekan Gallery ( untuk Huawei )

daftar driver uber malaysia

9. Saya simpan gambar IC dalam Whatsapp Images

daftar pemandu partner uber malaysia

10. Cari gambar IC dan tekan butang/tanda right sebelah atas kanan.

uber partner registration 2017

11. Pastikan kesemua gambar mempunyai tanda seperti di bawah. Tekan CONTINUE

daftar partner uber


12.  Tuan telah siap upload gambar yang baru. Tekan GET THE APP untuk download uber driver app

daftar sebagai driver uber


Sekarang tuan sudah tahu cara semak dokumen daftar pemandu uber telah diluluskan oleh uber atau tidak. Tuan boleh semak panduan ini setelah beberapa jam ( selepas 3 jam ) tuan hantar permohonan untuk mendaftar akaun uber driver. Jika dokumen tuan telah ditolak uber, tuan kena ambil gambar lagi sekali dan upload ke uber.

Jika tuan semak, semua dokumen telah diluluskan oleh uber, tuanboleh lega sikit. Uber akan hantar permohonan tuan ke JPJ/SPAD/polis untuk buat semakan kes-kes jenayah. Setelah pihak berkenaan luluskan, barulah permohonan tuan sebagai pemandu uber di lulus.

Perlukan bantuan?


Tuan boleh tulis kat ruangan komen atau whatsapp ke 019 205 5657.

Apa itu grabcar malaysia

thumbnail
Mungkin ramai yang belum dantertanya tanya apa itu grabcar malaysia ? Tak salah kerana benda ni masih baru di kalangan sesetengah orang. Masih ramai lagi yang belum gunakan khidmat grabcar maka tak salahlah jika masih ramai mencari apa itu grabcar malaysia. Selain di Malaysia, grabcar juga da di negara asia tenggara yang lain.

Bagaimana konsep grabcar ni? OK macam ni. Jika ada kereta tahun 2007 ke atas sudah boleh jadi grabcar malaysia driver. Cara daftar pemandu grabcar di Malaysia samgat mudah, boleh daftar online sebagai pemandu grabcar ataupun boleh juga minta driver lain daftarkan. Anda boleh whatsapp ' grab ' ke 019 205 5657 untuk daftar pemandu grab malaysia percuma je malah anda tak perlu keluar dari rumah pun kerana pendaftaran anda akan di uruskan oleh mereka yang berkelayakkan. 

Cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017

thumbnail
Cara untuk jadi pemandu uber di Malaysia sangat mudah. Anda boleh daftar online secara percuma sahaja di mana saya cuba bantu anda dengan menyediakan panduan cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017. Anda boleh guna smartphone anda untuk daftar sebagai driver uber. Pendaftaran driver uber adalah percuma.

Saya telah sediakan cara daftar pemandu uber online percuma ni dalam bentuk langkah demi langkah untuk memudahkan mendaftar uber. Setelah akaun anda diluluskan, anda boleh menjana income sebagai pemandu uber min rm4000 sebulan untuk full time dan part time boleh mencecah rm2000 sebulan. Saya akui, setelah menjadi pemandu uber ni, saya boleh menyimpan untuk untuk masa hadapan, mana lah tahukan apa yang akan berlaku.

Cara daftar pemandu uber online ni saya sediakan daripada smartphone saya. Sata printskrin langkah demi langkah supaya anda tidak terkeliru semasa mendaftar nanti. Saya sangat-sangat berharap, semuga anda berjaya mendaftar sebagai pemandu uber menggunakan panduan yang saya berikan di bawah.

Cara mudah daftar pemandu uber online percuma di Malaysia 2017


Sebelum mendaftar sebagai pemandu uber online ni, anda kena sediakan 4 dokumen yang diperlukan untuk daftar driver uber ( ambil gambar guna smartphone )

Gambar depan ic
Gambar depan lesen
Gambar cover note insuran kereta ( yang ada info tentang kereta )
Gambar selfie anda

Biasanya, ramai yang sangkut pada gambar cover note kerana:

1. tak jelas - pastikan semua info dapat di baca apabila uber hq zoom gambar cover note semasa menyemak pendaftaran pemandu uber anda.

2. info tak lengkap - ada cover note yang tidak ditulis tarikh tamat insuran ( period of insuran ) dan no plate kereta. Jika ini berlaku, anda kena berikan juga gambar geran dan roadtax ( yang kat cermin kereta tu ) di mana ketiga-tiga dokumen ini ( cover note, geran dan roadtax ) hendaklah hanya di dalam satu gambar. Anda susun dokumen-dokumen ni dan ambil satu gambar.
[update 2.7.17]
cara jadi pemandu uber

3. cover note tiada nama anda - anda kena bagi endorsement ( dokumen yang menyatakan bahawa anda ialah pemandu kereta yang hendak di daftarkan untuk buat uber ). Jika nama anda tiada, hubungi insura untuk tambah nama anda ( bayar rm10 sahaja ) . Susun sebelah-sebelah gambar cover note dan endorsement dan ambil sekeping gambar.
[update 2.7.17]
uber partners driver

Setekah anda siapkan semua dokumen yang diperlukan ( 4 gambar semuanya ), anda ikuti panduan bergambar untuk mendaftar sebagai pemandu uber online di  bawah.

Langkah 1

Anda klik daftar pemandu UBER percuma ( klik sini ).


daftar pemandu uber malaysia


Langkah 2

Isikan maklumat yang dperlukan. Jangan lupa memilih bandar untuk memandu uber nanti.


uber driver app


Langkah 3

Jika email yang anda masukkan telah digunakan sebelum ini ( mungkin anda pernah mendaftar tetapi tak lengkap ), anda kena gunakan email lain. Jika tiada email lain, anda boleh ubah email anda dengan menambah +xxx. Contoh siti+xxx@gmail.com.


uber partner sign in

Langkah 4

Sampai ke bahagian di mana anda kena upload dokumen yang telah anda sediakan tadi. Klik tanda ' > ' untuk upload dokumen.

uber driver app

Langkah 5

Klik ' TAKE PHOTO ' dan anda pilih gambar ic yang telah anda sediakan tadi di dalam smartphone anda.



how does uber work for drivers 

Langkah 6

Seterusnya upload gambar lesen dan cover note insuran kereta.


uber partner payment statement

Langkah 7

Setelah semua dokumen yang diperlukan diupload, tekan  ' CONTINUE '


uber partner support


 Langkah 8

Setelah itu, anda boleh semak email di mana uber secara automatik telah hantar satu email mengenai pendaftaran anda. Pastikan anda ingat login dan password untuk memasukkan kembali dokumen yang di tolak jika anda ada masalah seperti tak jelas dan sebagainya. Pada masa ini pendaftaran pemandu uber telah sampai ke pihak uber di mana mereka perlukan sedikit masa untuk menyemak permohonan pemandu uber anda.

And juga boleh download app ' DOWNLOAD THE APP ' dan masukkan ke akaun uber anda ' GO TO YOUR DASHBOARD '. App uber driver anda masih tidak boleh di gunakan kerana uber belum aktifkan akaun driver anda.


daftar driver uber percuma online malaysia

Langkah 9

Untuk pendaftaran permohonan pemandu Uber anda lebih pantas, anda chat dengan customer service untuk Uber terus semak permohonan anda sama ada dokumen yang anda hantar diterima ke tidak.

[Update 2/7/2017] Chat dengan customer services Uber ( Isnin - Sabtu, 10 pagi ke 6 petang sahaja ) : http://t.uber.com/klchat

Uber akan sms/email anda menyatakan status permohonan anda. Dari masa ke semasa, anda login ke akaun uber driver anda menyemak status pendaftaran. Jika pending dokumen, sila upload lagi sekali. Pastikan dokumen yang anda berikan ada ditulis nama anda sebagai driver dan period of insuran. Gambar mesti jelas. Di sini ada panduan untuk anda semak status dokumen permohonan pemandu uber. Selepas 3 jam upload dokumen, anda boleh semak status permohonan seperti panduan yang saya berikan dalam link ini.

Langkah 10

Sementara menunggu akaun uber anda diluluskan, anda boleh buat perkara seperti di bawah:
1. tukar password ( jika mahu ) di http://partners.uber.com
2. masukkan no akaun bank di http://vault.uber.com
3. join group whatsapp uber https://chat.whatsapp.com/8tWCtSaCIwKK3Mh23CJMzC 

Bagaiman tahu akaun pemandu uber dah lulus?

[Update 18/7/2017]  Uber akan email kepada pemohon jika akaun pemandu uber dah lulus dan anda dah boleh mula memandu uber. Contoh email dari Uber adaah seperti di bawah:

uber driver registration


Di harap pendaftaran sebagai pemandu uber online percuma Malaysia anda berjaya. Jumpa anda di group whatsapp. Jika anda ada kekeliruan, anda boleh tulis kat bahagian komen. Selamat memandu uber!.

Senarai kiosk grab / grabcar untuk verify doc dan inspection

thumbnail
Senarai kiosk grab / grabcar untuk verify doc dan inspection. Semasa dalam proses daftar sebagai pemandu grab, salah satunya ialah langkah di mana tuan kena verify dokumen tuan dan buat inspection di kiosk. Jika tuan daftar sendiri online, tuan kena bawa dokumen original ke kiosk untuk di lihat oleh staff grab di sana. Untuk inspection pula, jika kereta yang tuan gukana untuk daftar sebagai pemandu grab tahun 2007 ke 2010. Kalau kereta tahun di buat 2011 ke atas tak perlu buat inspection. Jika tuan mendaftar sebagai pemandu uber, tuan tak perlu verify dokumen dan baut inspection kerete.

Jika tuan daftar dengan alpha driver grab, tuan tak perlu ke kiosk untuk verify dokumen kerana alpha driver grab akan verify dokumen anda. Lebih mudah mendaftar dengan alpha driver grab berbanding daftar sendiri. Lagipun pun mereka boleh bantu anda untuk menggunakan app grab driver dan sebagainya.

Senarai kiosk grab / grabcar untuk verify doc dan inspection

Di bawah adalah alamat kiosk grab seluruh Malaysia ( June 2017 )







































Jumpa tak kiosk grab yang tuan cari? Kalau nak verify dokomen, bawak dokumen original iaitu ic, lesen dan cover note insuran pergi ke kioak grab, staff sana akan tengok dokumen tu. Kalau nak buat inspection kereta, bawa kereta sahaja untuk di periksa dan tuan akan dapat satu borang inspection. Borang inspection grab ni akan diperlukan masa daftar pemandu grab nanti.


Daftar Grab Tanpa Kiosk 2017

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk