Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » » Cara Buat Lesen PSV Indrive Driver Malaysia

Cara Buat Lesen PSV Indrive Driver Malaysia

Pendaftaran pemandu ehailing memerlukan lesen PSV (public service vehicle). Lesen PSV ialah lesen supaya pemandu ehailing boleh membawa penumpang. Dengan adanya lesen psv, pemandu ehailing layak untuk mendaftar sebagai driver ehailing seperti Grab, Indrive, Maxim dan Airasia. Semua syarikat memerlukan lesen PSV yang sama sahaja - satu lesen psv untuk semua app.




Semasa pendaftaran pemandu ehailing, bakal pemandu memerlukan lesen psv untuk lulus pendaftaran. Jika tiada lesen psv, maka pendaftaran akan pending hinggalah ada lesen psv seperti yang disyaratkan oleh kerajaan - APAD.


Selain itu, pemandu ehailing juga mestilah mempunyai dokumen daftar indrive yang cukup dan juga tahu tentang syarat daftar indrive driver Malaysia.

Cara buat lesen PSV


Ada beberapa cara untuk buat lesen psv ni. Cuma pemandu akan cari cari yang termurah. Pemandu kena cari-cari cara buat lesen psv termurah.


Secara umumnya, lesen psv ni boleh di buat melalui sekolah memandu di seluruh Malaysia. Anda boleh call mana-mana sekolah memandu yang terdekat bertanyakan lesen psv ni.

Ada juga syarikat ehailing sendiri yang menyediakan kelas untuk buat psv ni:


Lesen psv Indrive


Indrive ada sediakan kelas psv ni kepada bakal pemandu. Harganya 30% lebih murah daripada harga pasaran dan kelas psv di di adakan di Petaling Jaya dan Klang sahaja. Pemandu-pemandu Indrive di lain-lain negeri boleh buat lesen psv di sekolah memandu berdekatan, dengan kos antara rm200 ke rm300 bergantung kepada sekolah memandu mana yang anda buat.


Kandungan Kelas PSV


Apa yang di ajar di kelas psv ni? Oh ya, kelas psv ialah selama 6 jam. Semasa kelas psv ni, anda akan di ajar tentang peraturan untuk membawa penumpang. Anda juga di beritahu lokasi-lokasi menarik untuk bawa penumpang (untuk pelancong).


Kelas psv juga mengajar pemandu cara-cara untuk melayan penumpang. Kelas psv di pantau oleh JPJ. Apa yang di ajar di kelas psv sangat berguna untuk pemandu ehailing.

Peperiksaan lesen PSV

Selepas kelas psv 6 jam, kalau dulu pemandu perlu menjalani peperiksaan lesen psv. Sekarang anda bertuah kerana tiada lagi peperiksaan untuk lesen psv. Selepas kelas psv, pemandu boleh terus mendapatkan lesen fizikal psv di kaunter JPJ. Sangat mudah untuk mendapatkan lesen psv kerana anda hanya perlu hadir kelas teori 6 jam sahaja. Kehadiran tu yang penting. Tiada soal jawab yang di adakan di dalam kelas. Anda hanya perlu hadir sahaja.


Dapatkan lesen PSV di kaunter JPJ


Selepas siap kelas teori 6 jam psv, anda kena buat medical check up di klinik kerajaan atau swasta. Anda kena bawa borang BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN PERMOHONAN LESEN VOKASIONAL JPJ L8A untuk di isi oleh doktor.


https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pelesenan-pemandu/-/knowledge_base/perlesenan-pemandu/borang-permohonan-lesen-vokasional-jpj-l8-


Selain itu, anda juga kena sediakan gambar untuk buat lesen psv. Anda boleh buat di kedai gambar. Gambar berlatar belakang putih dan bersaiz 25mm x 32mm.


Kumpulan sokongan lesen PSV


Setelah selesai mendapat info mengenai cara buat lesen psv, anda boleh menyertai kumpulan sokongan untuk membuat lesen psv. Anda boleh bertanya soalan tentang psv dan juga berkongsi tentang psv kepada rakan-rakan pemandu lain.




Terima kasih kerana membaca Cara Buat Lesen PSV Indrive Driver Malaysia.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan