Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » » Syarat Daftar Indrive Driver Malaysia

Syarat Daftar Indrive Driver Malaysia

APAD telah meluluskan pendaftaran Indrive di Malaysia di mana pemandu boleh daftar Indrive untuk membuatkan akaun indrive melalui cara daftar indrive secara percuma dan mudah. 

Langkah-langkah daftar indrive ini untuk membuat pendaftaran indrive memerlukan pemandu mematuhi syarat-syarat daftar Indrive Malaysia dan juga syarat dokumen mendaftar indrive sebelum boleh menggunakan aplikasi indrive untuk bekerja sebagai pemandu ehailing indrive.






Syarat Daftar Indrive


Apakah syarat daftar Indrive?

Kami senaraikan di sini syarat pendaftaran Indrive yang utama:


Usia kereta hingga 15 tahun


Kereta yang hendak di gunakan sebagai pemandu Indrive hendaklah mematuhi arahan APAD iaitu sehingga 15 tahun!


Maksudnya, untuk tahun 2023, kereta yang layak untuk daftar Indrive ialah dari tahun 2008 ke 2023 (15 tahun). Pada tahun hadapan, syarat usia kereta yang layak ialah dari tahun 2009 ke 2024 dan begitulah seterusnya.


Insuran Tahunan Ehailing


Pemandu perlukan insuran ehailing tahunan ( hanya Grab yang terima daily insuran).

Jika tiada insuran ehailing, anda boleh buat dengan agensi/ejen insuran sedia ada (tak boleh buat dengan ejen lain). Cakap dengan ejen, nak tambah insuran ehailing (seperti tambah insuran cermin). Bila2 masa boleh tambah ehailing, tak perlu tunggu insuran due.


Kos untuk tambah insuran yang cover ehailing lebih kurang 30% dari insuran sedia ada.

Jika insuran sedia ada tak sediakan ehailing (contoh etiqa), anda surrender etiqa dan buat insuran syarikat lain (seperti zurich). Anda akan dapat duit balik dari etiqa.


Lesen PSV


Pendaftaran pemandu ehailing memerlukan lesen PSV (public service vehicle). Lesen PSV ialah lesen supaya pemandu ehailing boleh membawa penumpang. Dengan adanya lesen psv, pemandu ehailing kayak untuk mendaftar sebagai driver ehailing seperti Grab, Indrive, Maxim dan Airasia. Semua syarikat memerlukan lesen PSV yang sama sahaja - satu lesen psv untuk semua app.


Semasa pendaftaran pemandu ehailing, bakal pemandu memerlukan lesen psv untuk lulus pendaftaran. Jika tiada lesen psv, maka pendaftaran akan pending hinggalah ada lesen psv seperti yang disyaratkan oleh kerajaan - APAD.


Itulah syarat utama untuk daftar sebagai pemandu Indrive.


Kumpulan sokongan Indrive


Indrive mempunyai kumpulan sokongan di semua channel. Sila sertai kumpulan sokongan Indrive Malaysia di fb, ini ialah kumpulan terbesar pengumpulan pemandu-pemandu Indrive di Malaysia.

Anda boleh dapatkan info dan panduan mengenai Indrive. Anda juga di sajikan dengan pengalaman pemandu indriver untuk panduan anda.




Terima kasih kerana membaca Syarat Daftar Indrive Driver Malaysia.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan