Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab food motor ), garb food rider gaji ( Grab food rider salary Malaysia ), kerja grab food, syarat kelayakan daftar grabfood rider Malaysia, dokumen daftar grab food rider dan sedikit tip untuk rider grab food berdasarkan pengalaman kami sebagai rider grab food dan food panda.

Jika anda hendak daftar grab food driver ( guna kereta ), anda boleh baca artikel cara daftar grab driver  yang kami telah kongsikan. Berbalik kepada daftar grabfood motor ini, pendaftaran grab food rider boleh di buat online. Kami akan kongsikan cara daftar grabfood motor ni di bawah.


daftar grab food rider


Kelayakkan / Syarat Grabfood Rider

Sebelum itu kita semak dulu syarat untuk daftar grab food rider ni. Syarat register grabfood ni mudah sahaja sebenarnya. Anda kena pastikan syarat-syarat grabfood ini anda patuhi sebelum anda boleh membuat pendaftaran grabfood ini.

Apakah syarat daftar grabfood rider motor ini?

1. Ada telefon pintar ios/android

Untuk menjadi rider grab food ini, setelah mendaftar grab food rider, akan kena download aplikasi grab food ini ke dalam telefon anda. Sepanjang bekerja sebagai grab food rider, anda akan menggunakan aplikasi grabfood ini dan anda di nasihatkan menggunakan plan data yanag sesuai. Guna prepaid pun boleh tetapi lebih berkesan jika anda pakai line telco yang kuat signalnya di kawasan anda kerana signal yang kuat akan mudah tarik job selain dari jarak yang dekat.

2. Umur 18 tahun ke atas

Anda kena bagi gambar lesen memandu semasa mendaftar, jadi anda tidak boleh tipu mengenai umur anda. Jika anda berumur 50 ke atas, anda di mestikan membuat pemeriksaan keselamatan. Grab akan memberi caranya kepada anda. Anda print borang di bawah dan pergi jumpa doctor di mana-mana klinik.

[+] Borang kesihatan umur 50 ke atas ( untuk umur 50 tahun ke atasa SAHAJA )

3. Warganegara Malaysia sahaja

Jika anda pemastautin tetap, permohonan anda sebagai grab food rider tidak akan di terima. Pastikan anda mempunyai ic warna biru sahaja ( tentera pun boleh )

4.  Ada motosikal – insuran jenis ALL RIDER dan roadtax hidup

Ada motosikal tidak kisah apa jenis motosikal pun. Pastikan insuran motor jenis ALL RIDER. Jika tiada hubungi ejen insuran untuk tambah ALL RIDER.


Kebaikkan Grabfood Rider

Apakah kebaikkan menjadi grabfood rider ni untuk hantar makanan? Ada beberapa kebaikkan rider grab food ni:

1. Bebas bekerja ikut masa sendiri

Anda tentukan bila anda hendak bekerja. Jika anda masa, anda on kan aplikasi grabfood yang telah anda daftar, dan sedia menerima  kerja yang hantar makanan. Jika anda ada kerja lain ( sibuk  atau ada hal lain ), anda off kan sahaja aplikasi grabfood tersebut. Tiada penalty dikenakan kepada anda. Andalah boss.

2. Bayaran setiap hari

Bayaran dari grabfood adalah setiap hari. Anda kerja anda dapat. Anda boleh cashkan bayaran ke akaun bank anda untuk kegunaan seharian

3. Gaji grabfood anda yang tentukan

Gaji rider grabfood ini rider yang tentukan kerana gaji adalah berdasarkan penghantar makana yang telah anda lakukan. Lagi banyak anda membuat penghantaran, lagi banyak gaji yang anda boleh dapat.

4. Faedah esklusif - Caruman SOCSO (PERKESO)

5. Faedah esklusif  - Voucher beli belah online

6. Faedah esklusif  - Rebet petrol percuma ( Shell dan Petronas )


Dokumen Daftar Grab Food Rider

Senarai dokumen yang diperlukan untuk daftara sebagai grab food rider Malaysia ( pastikan gambar dokumen jelas dan boleh di baca ) :

1.Kad pengenalan (biru/tentera sahaja)

2.Lesen memandu ( P ke atas sahaja, L tidak layak )

3. Cukai jalan (roadtax)

4. Geran motor

5. Insuran motor - jika motor bukan nama anda, pastikan insuran jenis ALL RIDER. Boleh tambah all rider dengan ejen insuran.

Jika anda tidak menyimpan dokumen-dokumen di atas, anda boleh minta salinan daripada ejen yang jual motor / kedai. Anda sepatutnya menyimpan salinan semua dokumen motor yang anda beli.


Cara Daftar Grab Food Rider

Sekarang kami akan kongsikan cara daftar grabfood rider di Malaysia 

1. Sila berikan nama dan email anda ke 0192055657 dengan klik link di bawah

[+] Whatsapp ke Admin 

2. Daftar Grab Food melalui link rasmi di bawah:

[+] Daftar Grab Food (link rasmi untuk daftar GrabFood)

3. Pilih City (lokasi) anda.

4. PIlih Service Type (jenis perkhidmatan) ialah BIKE

Referral code (Kod rujukan) tulis 60192055657


Pastikan cara isi borang yang betul seperti gambar di atas


5. Isikan dan hantar dokumen lengkap ( senarai dokumen ada di atas ). Anda perlu tunggu sekejap di mana Grabfood akan SMS anda proses seterusnya. Pastikan dokumen anda lengkap.

6. Grab akan SMS anda untuk beri link latihan. Klik link yang diberikan di SMS anda dan lengkap Latihan Dalam Talian GrabFood. Anda boleh buat banyak kali training ni sehingga siap. Jika tak siap atau skip video training grab food ini, anda tidak akan di aktifkan.


SMS di hantar oleh Grabfood yang mengandungi link untuk buat training



Contoh gambar di mana training Grabfood telah siap

7. Setelah siap training, anda kena tunggu sms seterusnya dari Grab HQ. Ini makan masa sikit, paling lama 2 minggu. Anda kena selalu semak sms dari Grab food ini. Di dalam sms yang penting ni, grabfood akan minta anda beli topup grab ( boleh beli di 7e ) rm50 untuk duit deposit beg makanan grabfood. Setelah anda sediakan topup grab food ni, anda kena pastikan anda ada fisikal dokumen-dokumen yang telah anda  upload masa daftar. Dalam sms ni, grab food akan bagi satu link di mana anda kena klik link ni dan tunggu di talian sehingga ada jawapan dari grabfood. Kalau tak berjaya, anda kena klik lagi esoknya dan begitulah seterusnya kerana ramai rider berada di talian. Ini ada langkah yang penting dan selangkah lagi untuk permohonan grabfood anda di luluskan.



SMS yang mengandungi link untuk pengesahan dokumen. Rider klik link yang di berikan dan tunggu sehingga Grabfood melayani anda. Jika tidak berjaya, klik link yang di berikan keesokkkannya pula dan begitulah seterusnya. Max masa adalah 7 hari sahaja.


8. Anda diminta mengambil beg makanan hijau Grabfood di Grab Driver Center, Jaya One, PJ.

Tahniah, anda sudah boleh menjadi garab food rider dan mula mendapat pendpatan.

 

Gaji Grab Food Rider

Berapakah gaji grab food rider? (Grab food rider salary Malaysia )

Gaji adalah bergantung kepada bilangan penghantaran makanan yang telah dibuat. Setiap job berharga antara rm7-rm15 bergantung kepada beberapa perkara :

1. Waktu pesanan di buat – waktu peak hours tentulah lebih mahal

2. Jarak antara restoran/kedai dengan pelanggan – lagi jauh jarak, lagi banyak gajinya 

3. Ada insentif mingguan

Contoh pengiraan

Sehari 20 job katakana satu job purata berharga rm7.

Jadi, rm20x7 = rm140 sehari!

Seminggu, rm140x7 = rm980

Sebulan, rm980x4 = rm3920 (gaji kasar, belum tolak kos minyak dan makan)

Jadi, itulah puratanya gaji rider food panda. Tak senang nak senang ya.

 

Cabaran Grab Food Rider

Selain mendapat gaji, grabfood rider juga ada beberapa cabaran.

1. Cuaca – panas dan hujan tu biasa tetapi anda boleh on atau off aplikasi grab food mengikuti kehendak anda. Anda harus ingat, gaji grab food anda adalah bergantung kepada  bilangan kerja yang anda lakukan. Anda yang menentukan. Biasa time hujan harga lebih mahal sebab ramai rider yang akan off app grabfood.

2. Kena sidai – apa maksudnya? Maksudnya, restoran ambil masa lama untuk siapkan pesanan. Jadi anda kena sidai di restoran ( tunggu ) untuk mengambil makanan kepada pelanggan. Rugi masa di situ. Setelah anda biasa, anda boleh tahu restoran mana yang ambil masa lama untuk siapkan makanan.

3. Kulit hitam – sebab cuaca panas semasa naik motor setiap hari. Jadi anda kena sediakan baju yang sesuai. Kami cadangkan anda pakai baju grabfood lengan panjang dan sarung tangan yang sesuai. Kasut menjadi kemestian. Pakai seluar trek untuk keselesaan anda. Sediakan juga baju hujan.

4. Maintenance motor – kena jaga sebab hari-hari bawa buat kerja kan. Maintenance akan lebih tinggi dari sebelum jadi grab food rider. Ini normal.


Perbezaan Grab Food Dan Food Panda

Apakah beza grabfood dan foodpanda ya?

1. Waktu kerja – rider foodpanda ada syif, grab food rider pula adalah bebas tanpa syif ( boleh pilih untuk on atau off aplikasi grabfood bila-bila sahaja)

2. Waktu gaji – foodpanda rider mingguan tetapi grabfood adalah harian. Semua gaji akan di bank in kan untuk anda setelah anda meminta melalui aplikasi masing-masing.


Kumpulan Support Grab Food Rider

Anda di jemput untuk menyertai kami di goup sokongan grab food rider di facebook dan whatsapp melalui link di bawah:

Grab Food Rider Community Malaysia

Grab Food Rider Community Malaysia di FB

Group whatsapp Grab Food 1

Group whatsapp Grab Food

Banyak info pantas yang anda  boleh dapat, selain itu anda juga boleh berkongsi info dengan rider lain, tukar-tukar pengalaman, tip dan panduan sebagai rider GrabFood.


Akhir kata dari kami…

Banyak cabarannya untuk bekerja sebagai grabfood rider ni, Nampak macam senang sahaja kan. Tapi semua kerja pun ada cabaran masing-masing untuk mendapatkan gaji termasuk jugalah grabfood rider ni. Rider di galakkan daftar hari ni kerana di sesetengah lokasi, pendaftaran grab food rider motor telah di tutup.



Tiada pilihan ' BIKE " jika pendaftaran Grab food rider telah di tutup di sesetengah lokasi.


Kami telah kongsikan cara untuk daftar grabfood rider. Anda tentukan sendiri untuk masa depan anda dan keluarga. Nak buat part time ke full time ke, semua boleh. Anda pelajar atau penganggur, sangat sesuai untuk buat kerja sebagai grabfood rider ni.

Kami mendoakan kejayaan anda di dalam pekerjaan sebagai grabfood rider. Selamat maju jaya. Jumpa kami di group facebook!



Terima kasih kerana membaca Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



2 komen: