Saya nak kongsikan sikit pengalaman saya pada hari pertama saya menjadi pemandu uber secara part time (sekarang saya sudah daftar pemandu indriver). Selepas habis waktu kerja, pukul 5.30 petang saya online uber partner app untuk menerima call / ping daripada penumpang / rider uber. Tak sampai 10 minit ada pin masuk dan saya terima dengan perasaan yang agak gabra. Sebab pertama kali kan. Nak guna uber partner app pun belum mahir lagi nih. Kat mana nak tekan dan sebagainya. Saya daftar sebagai pemandu Uber dulu pun secara online sahaja, daftar sendiri cari-cari kat internet panduan untuk daftar sebagai driver Uber di Malaysia ni. Oh ya, saya di Cyberjaya dan menggunakan kereta Uber black. Nanti saya cerita mengenai uber black lain kali. Ini jenis-jenis kategori kereta dalam uber. Uber blask ni premium sikit la. Saya guna kereta Toyota Altis 1.8. Selain Uber, korang juga boleh buat duit sebagai pemandu Grabcar di Malaysia.
Selepes terima pin, saya tekan navigate ( google maps ) untuk ke destinasi rider. Dekat je dalam 1.5 km sahaja. Info ni semua ada dalam uber partber app. Di sebabkan masalah jarang guna google maps, dah terlajak pula dah. Dah nak sampai ke destinasi, tetiba jadi jauh pulak ( boleh tengok di uber partber app ). Terpaksa pusing jauh sikit dekat Shafbury tuh sebab rider ada kat situ. Sekarang saya menggunakan Waze dan sudah biasa dengan Waze ni. Sekarang ramai driver Uber yang suka berkayuh di KLIA / KLIA2. Jika anda nakkan tips Uber di KLIA / KLIA 2, boleh baca kat post tu.
Akhirnya sampai destinasi dengan jayanya. Saya call rider ( no phone rider akan keluar dalam app ) dan tanya dia kat mana. Ok dia datang. Saya ingat muka dia tak gembira sebab saya pusing jauh. Rider boleh tengok pergerakan kereta saya dalam uber app untuk rider. OK, akhirnya rider sampai, seorang wanita cakap english. Saya pun bukan terror sangat english tapi boleh cakap dan faham la. Tanya dia nak ke mana? Katanya ke Golden Residance. Saya pun tak tahu kat mana tuh. Dia kata dia boleh bagitahu jalan. OK jalan. Dekat je dalam 4.33 km je sebenarnya.
Sampai kat destinasi, tekan end trip dan uber app akan kira tambang sebab rider ni nak bayar cash ( ada keluar kat uber partner app ). Keluar lah jumlah tambag rm12 ringgit. Rider cakap biasa rm10 je. Saya dengan profesional jawab, Puan boleh tanya uber sebab uber yang kira. Ok selesai dia bagi rm20, saya bagi baki. Jika korang nak tahu cara pengiraan tambang Uber, boleh rujuk kat post tambang Uber ni.
Itulah pengalaman pertama. Masa nak balik, uber partner app masih online, ada pulak pin masuk dekat cyber 8 cyberjaya. Tak pernah sampai tempat ni. Pergi le ambil rider, pusing jauh jugak.
Itulah pengalaman pertama. Masa nak balik, uber partner app masih online, ada pulak pin masuk dekat cyber 8 cyberjaya. Tak pernah sampai tempat ni. Pergi le ambil rider, pusing jauh jugak.
Rider nak ke Marriot Putrajaya. Jauh gak nih. Masa ada lagi, so saya bawak le pergi Marriot Putrajaya. Nasib baik tahu jalan. Senang sikit. Tambag rm41.00 bayar guna kredit kad.
Ok done hari pertama sebagai pemandu uber. Syok juga rasa dapat duit ni walaupun rasanya bawak kereta macam biasa sahaja. Korang pun boleh daftar sebagai pemandu uber secara online. Jika korang nak tips lagi sebagai pemandu uber, korang boleh baca post saya tentang tips sebagai pemandu Uber di Malaysia.
1st time testing dpt rider syria. Nak g mcd je pun 3km. Dpt la rm1.8. Itu la 1st n last pengalaman sy
BalasPadamtrip yg pertama tu yg ingat sampai bila-bila tu tuan.
PadamMmg murah btol tambang uber..rasanya x berbaloi kan
Padamkalau tgk secara kasar, mmg murah tambang uber ni.
PadamSaya ni tak bole nak bahasa bunga2 dgn org tak kenal maybe ssb tu rating saya rendah..4.2 je lepas 21 trips..bole kena deactivate ke cmni?
BalasPadam4.2 ok lagi, saya pernah 3.x jer masih boleh online. Masa uber black, point cepat jatuh mungkin sebab tambang mahal, rider bagi point rendah.
Padamcuba banyakkan short trip. Sampai ke destinasi utk pick up lebih cepat.
Padamye..you damm right, the most memories in live.
BalasPadamye..you damm right, the most memories in live.
BalasPadamsatu pengalaman yang bagus. Mungkin boleh menjadi satu motivasi untuk terus memandu uber.
BalasPadamBaru nk cuba....1st trip esok slpas tugasan hakiki... Mcm mn lah agknya
BalasPadamBaru nk cuba....1st trip esok slpas tugasan hakiki... Mcm mn lah agknya
BalasPadamBaru nk cuba....1st trip esok slpas tugasan hakiki... Mcm mn lah agknya
BalasPadamTahniah untuk anda.
PadamPastikan anda telah menonton video tutorial cara nak guna app uber driver.
sy dah ubah location memandu dari kl ke jb...dah 3 hari tp still tak boleh bukak apps dia lagi..mohon bantuan tuan..
BalasPadamTuan boleh bg saya email, no phone dan nama.. saya cuba settlekan.
PadamTuan boleh whatsapp saya di 019 205 5657.
PadamTuan, tolong ajar camna nak guna fungsi 'set destinations' dgn sebaik mungkin. Tq tuan
BalasPadamBiasanya fungi ni kita set setelah kita nak balik rumah setelah pent berkayuh.
PadamAtau pun, kita setkan untuk KLIA. Tak semestinya dpt ping KLIA terus tetapi ping akan menghala ke KLIA. Tengok lokasi tuan kat mana.
Noted tuan. Tq
PadamAda soalan lagi tak tuan?
PadamSaya sedia membantu.
Tuan, saya ni buat part time je.. saja nak belajar benda baru.. kalau lama sgt tak aktif, adakah uber akan batalkan akaun saya?
PadamSaya tak pernah lagi lama tak guna akaun uber ni. Paling lama pun 3 minggu.
PadamDibatalkan tu tak la tetapi kalau tak aktif tu mungkin la. Boleh aktifkan balik tuan. Senang je.
Kat klia area mana yg dbenarkn utk uber pickup rider.. mohon pencerahan
BalasPadamIni saya kurang pasti tuan sebab tiada tempat khas untuk pemandu uber atau grab ni. Kita cuma boleh pick up macam pick up ahli keluarga kita je, jangan nampak macam pemandu uber atau grab.
PadamItu nasihat saya la.
salam encik arman..ok x pndptan dr uber ni?..sy baru nak cuba..sy kt2 cyber juga
BalasPadamByk faktor kena ambil kira sbb kos utama ialah minyak. Kalau boleh jimat minyak, totally ok. Kalau tak tak ada strategi2, kurang untung.
BalasPadamCuba jimatkan minyak dgn ambil kira lokasi nak pick up, cara bwk kereta, jenis kereta dan juga masa.
Secara keseluruhannya, boleh tambah pendaoatan.
Salam.. Tuan boleh cuba ada satu kad berteknologi dari jerman ni boleh jimat minyak. Saya dah pakai lama dan saya rekemen semua pemandu uber or grab mencubanya.
PadamAssalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
BalasPadamTerima kasih tuan atas perkongsian.
PadamDi harap ramai yang boleh membantu saudara kita ni.
Assalamualaikum. Setakat ni xde pape msalah ke jd uber partner? Mksud sy msalah drpd driver teksi ke pihak krajaan ke. Takut gak ni nk start.
BalasPadamSetakat ni takde masalah. Driver teksi tu yg ekstrem je mengamuk tu.
PadamPihak kerajaan setakat ni ok sahaja. Malah PM kita pun mengalakkan rakyat menjadi pemandu uber!
baru cuba harini, mmg gabra,tgk hp pun umpama tgk benda maya.first customer mmg terlepas,sbb da accept ping dia,namun map show tempat yg berbeza,adala dlm 5km beza,tp sbb tak familiar tmpt tu,terlepas sajala.
BalasPadamTahniah, pengalaman mengajar segalanya. Teruskan lagi terima rider dgn yakin. Jangan takut2 nak terima request sebab rider pun perlukan kita juga, bukan hanya kita perlukan rider.
PadamSyabas tuan.
Assalam..nk tya apa beza uber dan grab car?
BalasPadamThen tgk dlm tv @ media sosial, skrg ni spad tgh membanteras driver uber@grab??
Nk try jugak..tp bila tgk cmni lain mcm lak rasanya.
uber vs grab ada kelebihan masing2. Biasa driver akan online dua-dua app. Boleh rujuk sini utk info lanjut: https://ubergrabcar.blogspot.my/2016/09/uber-vs-grabcar-mana-lagi-bagus.html
PadamKereta saya pernah keta tahan polis masa roadblock bawa foreigner. Polis tanya saya, " Grab?". Saya cakap ya. Polis check passport foreigner je, tak kacau driver grab. Yg kacau tu sbb salah parking menunggu.
Owh..mcm tu..
PadamIn Sha Allah semoga dipermudahkan segala urusan..
En Arman..mtk no phone boleh..
Utk rujukan @ jika sy ada soalan leh tya direct
Salam.. Saya beeminat untuk menjadi pemandu uber. Berapa ya purata income yang boleh diperolehi dalam sehari? Cth 9-5pm.
BalasPadamTerima kasih..
Area jb boleh jalan x
BalasPadamMaksud saya income kat jb. Sbb nk buat secara full time tuan
BalasPadamMaksud saya income kat jb. Sbb nk buat secara full time tuan
BalasPadamJB boleh tuan, baik jugak kat situ. wasap saya 0192055657
Padam