Home » , , , , » Cara claim balik jumlah tol sebenar daripada Uber

Cara claim balik jumlah tol sebenar daripada Uber

Sebagai pemandu Uber, kadang-kadang kita mengalami keadaan apabila jumlah tol yang di bayar oleh kita sebagai pemandu Uber tidak sama dengan jmlah tol yang di proses oleh Uber. Untuk pengetahuan semua, tol akan di bayar oleh penumpang Uber. Tetapi apabila melalui plaza tol, kita sebagai pemandu Uber akan membayar dulu tol tersebut sama ada tunai atau pun melalui smart tag dan tng.

Selepas itu, setelah sampai ke lokasi drop off, Uber akan memasukkan jumlah tol tersebut ke dalam tambang yang kena bayar oleh penumbang kereta Uber. Di sinilah biasa berlaku kesilapan kerana jumlah tol RM yang Uber masukkan tidak sama dengan jumlah tol sebenar yang di bayar oleh pemandu uber di plaza tol. Tetapi sebagai pemandu Uber, kita boleh claim balik jumlah tol yang tidak cukup ini dengan senang.


Cara claim jumlah tol kepada Uber


Cara nak clam balik jumlah tol yang kurang ini senang sahaja. Korang ikut je langkah-langkah di bawah dengan menggunakan app driver uber korang di smartphone.

1. Buka app driver korang. Akan terpapar dashboard seperti gambar di bawah dan korang kena klik ' Help'.


2. Klik ' Trips and Fare Review


3. Klik ' A toll was not processed


4. Sila pilih trip yang mana satu untuk anda claim balik jumlah tol yang kurang


5. Klik 'Fare Review'


6. Masukkan tol amount dan juga tol di mana korang masuk dan keluar highway serta jumlah total tol yang korang bayar. Jika terlupa, korang boleg semak di plus.com.my.

7. Lepas tu tekan butang 'Submit'


Tunggu info daripada Uber. Uber akan bagi notis melalui email korang. Biasanya dalam sehari dah settle kalau jumlah tol yang salah ini. Mungkin sebab uber belum update sistem tentang jumlah tol sebenar ni.

Updated:

Dalam hari yang sama juga, uber akan hantar email memberitahu bahawa jumlah tol yang tidak di proses telah selesai. Dalam kes saya, tol sepatutnya rm2.70 tetapi pada payment awalnya uber hanya bagi rm2. Jadi setelah saya buat claim baik kat uber, uber telah memasukkan 70 sen ke dalam akaun uber saya.

cara calim tol uber

 Cekap juga servis uber ni. Memang saya berpuas hati dengan servis untuk untuk driver. Cuma caj 25% tu yang tak tahan tu.



Terima kasih kerana membaca Cara claim balik jumlah tol sebenar daripada Uber.

Langkah seterusnya:

1. DAFTAR sebagai pemandu UBER.

2. DAFTAR sebagai pemandu GRABCAR.

3. Buat duit dengan UBER tanpa memandu?.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan

Daftar Grab Tanpa Kiosk 2017

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk