Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » » Cara pengiraan tambang Delicabs

Cara pengiraan tambang Delicabs

Delicabs adalah satu penyedia baru dalam perkhidmatan kereta penghantaran seperti pemandu Uber dan pemandu Grabcar dan sudah semestinya untuk bersaing dengan sistem yang telah lama dan establish, Delicabs kena sediakan plan bisnes yang mantap untuk bersaing. Delicabs ini masih baru dan sedang rekrut driver untuk menggunakan aplikasi Delicabs ni tetapi saya tidak nampak lagi promosi untuk digunakan oleh penumpang pula. Kalau driver ramai penumpang tak ada pun tak boleh juga sebab tak seimbang.



Boleh try Delicabs ni memandangkan pendaftarannya ada yang percuma dan ada berbayar tengok kepada pakej yang ada iaitu pakej 1 dan pakej 2 Delicabs. Pilih mana korang nak la. Korang boleh daftar direct dengan pejabat ataupun daftar kat fleet yang sedang giat mencari driver. Saya cadangkan korang daftar yang percuma dulu walaupun Delicabs akan caj atas tambang sebanyak 13% berbanding dengan pakej 1 yang berbayar di mana caj yang di kenakan adalah 10% sahaja.

Cara pengiraan tambang Delicabs


Mungkin korang pernah tengok carta di bawah. Ini adalah bagaimana Delicabs ini bergerak dan bagaimana bayaran perlu di buat oleh penumpang.


Merujuk kepada carta Delicabs di atas:

1.  Dari 1-4 kim bayaran tambang ialah sebanyak rm5 dan setiap km bayaran ialah rm1.1.. Jadi setiap trip min bayaran ialah sebanyak rm6.10. Ini merupakan bayaran yang tinggi berbanding dengan Uber dan Grab bagi km  yang sama.

2. Caj Delicabs hanya 10% atau 13% mengikut pakej yang di ambil oleh driver. Caj ini lebih rendah berbanding dengan Uber 25% dan Grabcar 20%. Bagus ni.

3. Diperkenalkan bonus yang menarik mengikut masa trip. Bagus juga ini tetapi telah di applykan oleh Uber dan Grab di dalam tambang masing-masing dengan cara yang berbeza di mana Uber akan memberikan surgecaj dalam waktu-waktu puncak dan Grabcar akan menaikkan tambang pada waktu puncak.

Jadi, saranan saya sebagai pemandu Uber dan Grabcar, Delicabs ni boleh di cuba tetapi susah untuk menandingi Uber dan Grab kerana tidak ramai menggunakan aplikasi Delicabs ini sehingga hari ini.



Terima kasih kerana membaca Cara pengiraan tambang Delicabs.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan