Program Grab Ambassador. Apakah itu Program Grab Ambassador sebenarnya. Program Grab yang baru ini adalah untuk memberikan lebih kelebihan kepada pemandu grab yang setia 100% kepada Grab. Wow... 100% ni yang letih sikit ni kan. Macam tak boleh nak buat Uber dengan Grab serentak. Tapi takpe, kita fokus dulu kepada Program Grab Ambassador ni untuk post kali ini.
Grab mengajak pemandu-pemandu Grab untuk mendaftar dengan Program Grab Ambassador ni tetapi bukan satu paksaan. Kalau korang pemandu grab tetapi tak nak daftar pun boleh juga. Nanti korang secara automatik akan di masukkan ke dalam salah satu program lain yang di namakan Program Grab-Pro dan Program Grab-Flexi. Apakah program-program ini semua? Untuk apakah program-program ini diperkenalkan kepada pemandu Grab Lembah Klang?
Ini yang kita nak kaji di sini sebenarnya. Apakah kebaikkan kepada pemandu. Yang kita tahu Grab cuba membunuh pesaingnya iaitu Uber yang secara puratanya memberikan tambang yang lebih murah kepada rider. Itu purata sahaja, mungkin dipengaruhi keadaan trafik dan sebagainya.
Program Grab Ambassador
Program Grab Ambassador baru sahaja di perkenalkan kepada driver grab di mana driver perlu memohon untuk turut serta ke dalam program ini. Syaratnya ketat wei, hanya boleh memandu Grab sahaja 100%! Maksudnya pemandu Grab yang juga pemandu Uber kena keluar daripada Uber? Ini yang menjadi persoalannya sebab Grab dan Uber memberikan insentif-insentif yang tersendiri. Pemandu Grab di dalam di lema sebenarnya.
Daftar Program Grab Ambassador ( klik sini )
Apakah kebaikkan Program Grab Ambassador kepada driver?
Selepas daftar Grab Ambassador ni, Grab akan bagi cenderahati kat korang, kena pegi ambil sendiri dan saya fikir, Grab akan minta anda uninstall app Uber Partner nanti. Tak tahu la betul ke tidak.
Jika pemandu Grab tidak mendaftar dengan program Ambassador ni, korang akan di letakkan secara automatik di bawah salah satu program Grab berikut:
Program Grab-Pro
Program Grab-Pro ni adalah untuk pemandu yang mengejar insentif. Ini memang terbaik untuk mereka jika mereka tak mahu jadi Grab Ambassador. Beberapa kebaikkan program ini adalah seperti gambar di bawah:
Program Grab-Flexi
Program Grab-Flexi pula ialah untuk pemandi Grab yang tidak mendaftar untuk menjadi Grab Ambassador dan juga tidak mengejar insentif. Korang secara automatik akan di letakkan ke dalam program ni. Tak perlu mohon.
Kelebihannaya adalah seperti di bawah:
Kesimpulan
Amacam, ok tak program Grab ni. Grab macam hendak menjatuhkan Uber dalam persaingan ini tetapi driver boleh dapat untung daripada situasi ini. Kita tunggu dan lihat jika Uber juga nak perkenalkan sesuatu dalam kes ini. Asalkan driver beroleh kelebihan, kita boleh sokong.
Grab ambassador ni kena apply tiap² minggu/bulan atau apply sekali sahaja?
BalasPadamsekali je apply tetapi grab akan semak setiap minggu.
Padamkalau saya join grab ambassador ni tapi kurang aktif cthnya drive 3 kali sminggu akan kena terminated ke? or ad kena warning apa2?
BalasPadamyg beza, ambassador grab ambil 20% je.
PadamSetiap hari apa grab akan semak? saya baru opt in, tapi still tolak 25%? mohon pencerahan
BalasPadam