Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » » Cara driver terima bayaran daripada Uber Malaysia

Cara driver terima bayaran daripada Uber Malaysia


Cara driver terima bayaran daripada Uber Malaysia. Sebagai driver baru, mungkin korang tertanya-tanya macam mana nak terima bayaran jika rider uber bayar guna kredit kad. Kalau bayar secara tunai, takde masalah la kot kan. Perlukah driver kena ada mesin untuk proses kredit kad tersebut di mana cara bayaran khidmat uber telah di tetapkan cara pengiraannya.


Oh ya, sebelum itu untuk makluman, rider boleh membayar menggunakan dua kaedah bayaran iaitu secara tunai dan menggunakan kredit kad. Ini adakah untuk memudahkan driver dan rider juga sebab ada rider yang tak boleh mempunyai kredit kad lagi kerana belum bekerja kan. Pay slip tak ada, jadi mereka akan gunakan tunai. Bagai rider yang ada kredit kad, mereka kena daftar kredit kad mereka di dalam aplikasi uber rider sebelum mereka boleh request driver dan menggunakan bayaran melalui kredit kad. Jadi, proses ini telah rider buat awal-awal lagi selepas mereka download app uber untuk rider.

Cara driver terima bayaran daripada Uber Malaysia


Seperti saya katakan tadi, ada 2 cara bayaran rider kepada driver uber, satu secara tunai dan satu lagi menggunakan kredit kad.

Bayaran kredit kad uber


Setelah rider download aplikasi uber rider, mereka kena memasukkan info kredit kad. Semasa request uber driver, rider kena pilih pembayaran menggunakan kredit kad. Setelah driver sampai dan start trip serta end trip, driver tak perlu minta bayaran tunai daripada rider. Pihak Uber akan memasukkan tambang tersebut ke dalam akaun uber driver nanti.


bayaran credit card uber

Cara ini senang kerana driver tak memerlukan bawa baki wang kecil dan setiap sen bayaran akan di terima. Biasanya kalau ada sen-sen tu, driver tak ambil. Sedekah sahaja kepada rider supaya urusan pembayaran tu cepat dan lancar. Tak perlu risau dengan pembyaran kredit kad ni kerana pihak Uber akan memasukkan tambang tersebut ke dalam akaun Uber driver korang dan korang akan dapat jumlah bayaran yang sama macam bayaran tunai.


Bayaran tunai Uber


Setelah end trip, driver akan terima bayaran tunai dari rider. Macammana driver nak tahu bahawa itu bayaran tunai atau kredit kad? Ok, setelah end trip, akan keluar menu " Collect a cash " di dalam aplikasi uber driver. 

bayaran tunai uber


Korang swipe kat situ dan bayaran akan keluar. Korang bagitahu rider tambangnya berapa. Pastikan korang sediakan wang kecil dalam rm30 ke rm50 ringgit dalam pecahan 1 ringgit, 10 ringgit dan sen untuk memudahkan pemberian baki.
x


Terima kasih kerana membaca Cara driver terima bayaran daripada Uber Malaysia.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



22 komen:

  1. Salam bos, nk tnya amaunt yg kita mintak kat rider yg mana? Fare , estimated payout atau cash collected?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setelah kita end trip, uber akan kira jumlah yang perlu di bayar oleh rider. Satu jumlah akan keluar kat skrin. Itulah yang rider kena bayar.

      Padam
  2. Salam tuan.tmpang tanya.sebagai driver,jumlah tunai yg kita terima tu tak termasuk uber fee.jd bagaimana kita perlu bayar balik ke uber fee terse ut

    BalasPadam
  3. Salam tuan.tmpang tanya.sebagai driver,jumlah tunai yg kita terima tu tak termasuk uber fee.jd bagaimana kita perlu bayar balik ke uber fee terse ut

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap minggu uber akan keluarkan penyata gaji. dalam penyata ni uber akan tolak 25% bahagian dia.

      Padam
    2. Mcm mana nak bayar 25% tu admin utk uber?

      Padam
    3. uber akan ambil setaip kalu tutup akaun setiap minggu

      Padam
  4. Salam tuan.
    Jika rider bayar gna kredit kad. Macam mana kita nk tau total semua rider yg guna kad. Saya ada rider yg jauh distance dia tp payment guna kad. Bila tgk balik statement uber mcm x nampak je

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti ada, kalau rasa camde, hubungi uber ikut app

      Padam
  5. salam sy nk tanya .. sy baru 3 hari buat uber .. sy nk tahu ttg insentif ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. uber takde insentif. Promo sekali sekala ada la contoh, siapkan 50 trip dlm waktu tertentu dapat beberapa ringgit.

      Padam
    2. Kalu xde insentif payah ler tambang dah lah murah minyak tidak menentu.Pemandu uber akan rugi dan customers untung.lagi satu nak servis kereta lagi memerlukan cost lagi.

      Padam
    3. Kalu xde insentif pemandu uber akan rugi. Contoh nak isi minyak harga minyak tidak menentu asyik naik, servis lagi. Tambang uber murah memang menguntungkan customers yang rugi pemandu uber

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. dari masa ke masa ada promo utk menambahkan pendapatan pemandu.

      Padam
  6. sebagai driver, bila payment kami masuk ya ? dalam seminggu, hari berapa masuk ya ? sebab sy baru buat uber 2 minggu, tapi payment belum masuk lagi..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya pun mahu tanya soalan mcm tu jgk..nk dekat 2minggu lebih dh buat uber tp payment cam tak masok lagi dalam akaun ..ka sebab saya tak kemaskini alamat email dan no akaun bank kt aplikasi uber tu? sedangkan masa daftar uber hari tu dah isi no akaun bank dah untuk urusan payment

      Padam
    2. 1.Masukkan no akaun bank jika belum buat demikian di: http://vault.uber.com

      2. Jika masih sama, chat dengan cs Uber:
      Monday - Friday, 10am - 5pm
      Saturday, 10am - 5pm

      http://t.uber.com/klchat
      1800818459 / 0384081010

      Padam
  7. Sy br nk daftar biasa sy kne daftar kat mana ye grapcar

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh wasap terus kpd saya 0192055657

      Padam
  8. Grabcar dan Uber digaji ka?

    BalasPadam