Tips Uber dan Grab kepada pemandu baru. Jika ada adalah pemandu baru uber atau pun grab, sudah tentu anda memerlukan tip untuk anda mulakan ataupun untuk anda tahu buat persedian sebelum anda mula mengambil penumpang supaya anda boleh nampak macam dah lama memandu. Jika anda masih baru dan tanpa persediaan, penumpang sudah tentu akan dapat agak anda adalah pemandu baru.
Post kali ni kami cuba berkongsi Tips Uber dan Grab kepada pemandu baru supaya anda akan lebih yakin untuk menerima signal dan seterusnya mengambil penumpang tanpa ragu-ragu. Jika anda mahu kelihatan pro seperti otai-otai uber dan grab di luar sana, anda kena baca tip-tip uber dan grab ni sampai habis. Kami akan sentiasa update tip-tip uber dan grab ni mengikut peredaran masa dan kesesuaian.
Tips Uber dan Grab kepada pemandu baru
Ok, siala baca dan hadamkan betul-betul tip dan panduan ini semoga anda bertambah kaya dengan menjadi pemandu uber dan grabcar di Malaysia.
1. Sediakan duit kecil sebanyak rm30 ke rm50 supaya senang anda bagi baki dan membuat anda tidak gelabah semasa menerima bayaran dari rider uber dan grab. Kebanyakkan rider bayar guna tunai ( ada juga yang guna kredit kad ). Jadi sebagai pemandu kita tak tahu jumlah duit yang diberikan. Biasanya jika selepas gaji, bayaran menggunakan duit sekeping rm50.
2. Pastikan korang tahu menggunakan applikasi waze atau google maps supaya senang nak pick up dan drop off penumpang. Jika korang jaga ni, rating pun rider boleh bagi bagus.
3. Pastikan korang tahu guna app uber driver dan app grab driver. Tahu mana nak tekan dan sebagainya. Korang boleh try simulasi uber driver ni sebagai ilmu tambahan.
4. Pastikan kereta korang dalam keadaan bersih. Memang sukar nak bersih selalu kan tetapi paling kurang cermin tu bersih.
5. Pastikan bonet belakang kosong supaya senang rider nak letak barang. Pastikan juga jangan ada barang-barang anda yang berharga takut terambil oleh rider, naya nanti.
6. Jangan cuba menggunakan GPS fake dan sebagainya yang menyalahi syarat sebagai pemandu uber atau grab di Malaysia. Nanti akaun anda tak tahan lama.
7. Korang boleh tunggu di lokasi-lokasi yang ramai orang seperti shopping mall, hotel dan sebagainya.
8. Tunggu kat hotel semasa check out. Untung-untung korang boleh dapat trip klia.
9. Korang mesti ada powerbank dan smartphone holder. Ini wajib.
10. Elakkan pick up dekat-dekat kawasan teksi
11. Selepas dapat signal ke klia, pastikan korang terus call rider untuk memaklumkan korang dalam perjalanan sebab rider ke airport ni memerlukan kepastian takut terlepas flight.
12. Offline jika korang tak sedia nak ambil rider spt masa sembahyang dan makan dan toilet.
13. Sediakan bisnes kad untuk anda berikan kepada penumpang berpotensi menggunakan klia atau dari klia supaya anda dapat repeat rider.
Nanti kamu update lagi Tips Uber dan Grab kepada pemandu baru.
Tuan, macam mana kita nak tahu destination rider masa nak accept request tu? Tq
BalasPadamuber tak boleh, grab boleh.
PadamAs salam En Arman.. sy skrg guna proton persona untk grab, soalan sy, kalu nk tukar kereta lain mcm mana caranya? Proton persona mgkin tak lg digunakan untuk buat grab..
BalasPadamTerima kasih
boleh call cs minta tukar kereta tetapi acc grab sama. Kalau saya dah daftarkan acc dulu, saya boleh buat.
PadamThanks info..
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKalau pakai axia manual blh x buat grab?
BalasPadamBlh la bang. Knp x blh plk?
PadamAs salam sy nk tnye duit yang selepas kita tekan drop off tu akan masuk kemana ye? Ia kan masuk dalam acc kita ke atau acc grab ?
BalasPadamacc kita seminggu sekaki jika guna kredit kad. jika cash kita ambil dr rider dan masuk poket
PadamKalau nak guna kereta 4wd hilux, triton, fortuner boleh tak?
BalasPadamboleh tuan. wjatsapp saya 019 2055657 utk daftar
Padamsalam...klu kita sewa keta rm400 sminggu boleh untung ke kita,tq
BalasPadam