Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Cara senang daftar uber driver online percuma di Malaysia 2017

Cara senang daftar uber driver online percuma di Malaysia 2017

Cara senang daftar uber driver online percuma di Malaysia 2017. Artikel kali ini ialah perkongsian tentang cara daftar jadi pemandu uber online di Malaysia. Ramai yang tahu bahawa, di Malaysia terdapat dua syarikat bersaing dalam menggunakan aplikasi untuk mengambil penumpang ke sesuatu tempat iaitu grab dan uber. Saya telah kongsikan cara senang untuk jadi pemandu grab tanpa ke kiosk sebelum ini. Kali ini saya nak kongsikan pula cara daftar driver uber percuma di Malaysia.


Mungkin ramai yang fikir, jadi pemandu uber atau pemandu grab lebih bagus? Sebenarnya kedua-dua mempunyai kelebihan masing-masing. Tuan boleh baca artikel mengenai uber vs grab kat sini. Buatlah pilihan anda tetapi yang paling ramai ialah pemandu uber itupun pemandu grab juga, orang yang sama. Untuk memaksimunkan pendapatan sebagai pemandu uber atau pemandu grab, tuan kena ada dua-dua akaun driver ni. Lagipun cara daftar pemandu uber dan grab ni senang sahaja. Boleh buat sendiri atau saya boleh daftarkan pemandu uber dan grab percuma untuk anda.

Ok kita kembali ke cara daftar uber driver online ni. Saya cuba menulis supaya tuan senang faham tetapi jika menghadapi masalah ada soalan, tuan boleh tinggalkan kat ruangan komen. Saya akan jawab nanti berkaitan dengan pendaftaran pemandu uber ni.



Cara senang daftar uber driver online percuma di Malaysia 2017


Cara untuk daftar sebabai pemandu uber ni senang sahaja jika di bandingkan untuk daftar sebagai pemandu grab di Malaysia. Terdapat dua cara untuk tuan pilih bergantung kepada mana yang tuan selesa. Saya akan berkongsi kedua-dua cara untuk daftar sebagai uber driver ni supaya tuan boleh mula hari ni juga! Iya hari ni juga sebab pendaftaran pemandu uber amat mudah.


uber driver online registration malaysia

Syarat untuk jadi pemandu uber

1. kemaskini 03/10/2017: Min tahun kereta di buat 2011 sahaja ( bukan 2008 seperti sebelum ni)
2. nama tuan ada dalam insuran kereta
3. lesen penuh
4. warganegara Malaysia

Dokumen yng perlu untuk daftar pemandu uber

1. gambar selfie
2. gambar ic
3. gambar lesen
4. gambar cover note ( pastikan ada period of insurans, jika tiada tuan kena bagi gambar geran dan roadtax sekali dan ambil satu gambar sahaja yang mengandungi semua gambar dokumen cover note, geran dan roadtax. Jika nama tuan tidak tertulis dalam cover note insurans, pastikan tuan ambil satu gambar yg ada gambar cover note dan endorsement ( yg ada nama tuan ).

Cara pertama daftar uber driver - daftar sendiri online percuma


1. Untuk mendaftar pemandu uber percuma online di Malaysia, tuan klik link daftar di bawah:

Daftar uber driver online percuma 2017 ( klik sini )

2. Masukkan maklumat yang di perlukan. Jangan lupa tuan telah sediakan gambar dokumen yang saya telah senaraikan di atas tadi sebab gambar dokumen untuk daftar sebegai pemandu uber ni kena upload masa daftar sendiri sendiri online.

3. Setelah info dan gambar dokumen di berikan masa daftar online pemandu uber, tuan tunggu sms pengaktifan dari uber. Jika tuan tak sabar menunggu, tuan buka website customer services uber di bawah:

Chat dengan castemer services Uber di: ( klik sini )

Tuan buka link atas dan tunggu kotak chat keluar di bahagian bawah kanan skrin phone atau pc. Kena tunggu sekejap supaya kotak chat tu keluar. Custemer services hanya ada pada hari isnin - sabtu sahaja. Kalau tuan buka link untuk chat dengan CS uber pada hari ahad, kotak chat tak akan keluar.

4. Setelah anda dapat chat dengan CS uber, katakan anda buat permohonan jadi driver uber dan minta dia semak permohonan uber driver anda. CS akan semak dan berikan jawapan waktu itu juga, mungkin ambil masa 5 minit untuk tahu status permohonan tuan. Cepat sangat CS Uber ni.

5. Jika cs beritahu akaun uber driver tuan telah aktif, tuan whatsapp saya 019 205 5657 untuk saya berikan panduan bagaimana nak mula sebagai pemandu uber ni. Saya akan bagi link panduan video pemandu uber dan tempat untuk masukkan no akaun bank tuan. Group whatsapp juga saya sediakan untuk pemandu baru uber yang mendaftar daripada blog ini - special untuk anda. Lagi satu, link download aplikasi uber driver untuk android dan ios juga saya telah sediakan.


Cara kedua daftar pemandu uber di Malaysia - saya daftarkan untuk tuan


1. Tuan whatsapp " uber " saya di 019 205 5657

Whatsapp " uber " ke 019 205 5657

2. Saya akan minta gambar dokumen IC, lesen, cover note insuran dan gambar selphie. Juga saya perlukan email tuan untuk daftar uber driver percuma.
3. Saya akan update status permohonan uber driver anda melalui whatsapp. Senang kan.
4. Setelah akaun uber driver aktif, saya akan bagi panduan seterusnya untuk mula sebaai pemandu uber di Malaysia. Saya akan bagi link panduan video pemandu uber dan tempat untuk masukkan no akaun bank tuan. Group whatsapp juga saya sediakan untuk pemandu baru uber yang mendaftar daripada blog ini - special untuk anda. Lagi satu, link download aplikasi uber driver untuk android dan ios juga saya telah sediakan.

[+] Join group wasap daftar pemandu Uber

Jadi, itulah dua cara untuk mohon sebagai pemandu / driver uber online percuma di Malaysia. Tuan baca syarat yang di perlukan dan sediakan gambar dokumen terbabit dan pilihlah cara daftar sebagai pemandu / driver uber online percuma yang tuan suka dan selesa. Saya sedia membantu tuan.

Jika ada soalan untuk mendaftar sebagai pemandu uber online ni, tuan boleh tinggalkan di bahagian komen. Saya akan membalasnya supaya anda boleh cepat memohon menjadi driver uber, macam saya juga.



Terima kasih kerana membaca Cara senang daftar uber driver online percuma di Malaysia 2017.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 komen:

  1. kalau umur 21 tapi belum cukup bulan,bulan 10 ni baru genap boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. utk grab, asalkan lesen penuh ( bukan p ) boleh. Untuk uber mesti umur min 21 thn

      Padam
  2. Salam.. sy di alor setar. Bolehkah bermula dengan myvi ? T.kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan, kereta min tahun 2011 dah layak. Whatsapp saya 0192055657

      Padam
  3. Salam..sy diipoh..ada kereta persona thn 2012..adakah ipoh memerlukan Uber

    BalasPadam
  4. Salam..kereta sya 2010, xboleh nk register ke? sya mmg nk cari kje part time..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tapi kena cepat sebab hanya bulan ni je diterima utk kereta 2008 ke 2010. whatsapp saya 0192055657, seluruh Malaysia.

      Padam