Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Cara mudah top up aplikasi Mycar driver

Cara mudah top up aplikasi Mycar driver

Heboh di perkatakan tentang cara nak top up mycar driver setelah mycar memperkenalkan wallet di dalam app mycar driver ( aplikasi mycar driver ) 2 - 3 hari yang lepas. Para pemandu mycar masih tidak biasa dengan benda baru dalam aplikasi mycar ni menyebabkan masih ramai yang gagal menambah top up kerana min top up rm5 untuk dapatkan job. Anda boleh dapat info yanag pantas di group fb dan page mycar.





Jadi, pihak kami cuba menyediakan tutorial cara mudah top up app Mycar driver untuk membantu semua driver mycar di luar sana. Pastikan anda telah mendaftar sebagai pemandu mycar dahulu ya dan permohonan anda telah aktif setelah semakan yang mudah oleh mycar hq. Top up mycar di perkenal setelah driver memandu secara percuma selama lebih setengah tahu. Pihak mycar dalam proses untuk mula memotong 15% dari setiap job yang driver mycar lakukan. Panduan ini adalah untuk top up akaun pemandu mycar yang telah aktif dan bukan untuk bayaran pengaktifan rm40 tu ye.

Cara mudah top up app Mycar driver


Cara nak top up mycar driver adalah seperti di bawah:


1. Call bank - untuk top up mycar app, hanya kena gunakan kad kredit atau kad debit buat masa ini. Top up guna no pin belum diperkenalkan lagi. Untuk guna kad debit atau kad kredit, anda kena aktifkan dulu kad-kad ini dengan bank. Telefon bank, no ada di belakang kad minta customer servise aktifkan kad anda untuk " transaksi online " . Jika kad debit / kad kredit belum di aktifkan, akan keluar error semasa top up mycar app.


Jika anda telah pernah gunakan kad anda untuk belian online seperti di Lazada, maknanya kad anda telah di aktifkan dan tak perlu call bank untuk aktifkan.

mycar driver app topup
No phone bank


2. Top up aplikasi mycar - selepas 10 min ( agak-agak je ni ), kad debit / kad kredit anda boleh digunakan untuk top up app mycar driver. Anda boleh ikut panduan video di bawah untuk gunakan kad debit ( kad bank anda ) atau kad kredit untuk top up aplikasi mycar.

[+] Video cara top up mycar driver ( kredit: Norhafiz )

Jika app mycar driver tiada menu " Credit " , sila logout dan login balik.

Klik Credit

Cara topup app Mycar driver

Klik Top up dan masukkan jumlah untuk top up ( saya cadangkan rm30 )

mycar driver registration

Klik " Add a new personal card " jika anda top up mycar app kali pertama

daftar percuma driver mycar

Isi info kad di dalam mycar app


Notis berjaya top tu mycar




3. Setelah berjaya, nilai kredit akan di dalam app mycar driver akan meningkat dan anda akan menrima notis di email.



Proses aktifkan kad oleh bank perlu di buat sekali sahaja. Begitu juga  proses untuk menambahkan kad di dalam aplikasi mycar driver. Untuk terus top up lain kali, anda hanya perlu memilih sahaja kad yang telah di masukkan ke dalam app sebelum ini.

Itu je perkongsian ringkas tentang cara top up mycar driver app


Terima kasih kerana membaca Cara mudah top up aplikasi Mycar driver.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan