Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Kereta yang sesuai buat uber dan grab

Kereta yang sesuai buat uber dan grab



Mungkin tuan terfikir, sesuai ke reta aku ni nak buat uber dan grab. Nak jadi drive uber dan grab ni pun kena ada strategi jugak la barulah boleh memaksimunkan income. Kalau  main hentan jer, kereta 1.8 yang telan minyak kuat tu pun incomenya sama macam axia juga. Baik guna axia kan. Post ni cuba berkongsi dan mengulas tentang kereta manakah paling berbaloi untuk buat uber dan grab sebelum anda mendaftar jadi pemandu grab tanpa kiosk ataupun daftar sebagai pemandu uber di Malaysia.


kategori uber grab

Terdapat beberapa kategori kereta untuk uber dan grab. Untuk uber ada kategori uber x, uber xl dan uber black. Untuk grab pula ada grab bajet, grab taxi, grab mpv dan grab premium. Tuan boleh semak senarai jenis kereta yang boleh buat grab di sini. Jadi kereta tuan ada dalam kategori mana sebab setiap kategori mempunyai tambang yang berlainan.

Kereta yang sesuai buat uber dan grab


Ini ada sedikit perkongsian daripada gruop-group whatsapp uber dan grab serta info dari driver-driver uber dan grab itu sendiri.

1. Uber black / Grab premium yang keretanya 2.0 ke atas macam Camry dan Teana - Tak sayang ke kereta tuan untuk orang lain. Tambang mahal ni kategori uber black tetapi tuan harus fikirkan, ada ke orang request kereta mewah macam ni. Sudah tentu rider tu kurang berbanding dengan uber x dan grab bajet tetapi jika kena lokasinya, berbaloi bawa black ni. Jadi untuk kebanyakkan orang, kereta kategori ni tak sesuai untuk buat uber atau grab.



2. Alza - uber x dan xl serta grab bajet. Pada pendapat saya, alza ni berbaloi utk buat kereta uber dan grab kerana beberapa sebab. Alza boleh masuk dua kategori untuk uber iaitu x dan xl. Maknanya kalau ada rider yang request kereta uberx, driver alza boleh dapat signal. Kalau rider request kereta xl, driver alza juga boleh dapat. Kebarangkalian untuk dapat rider tinggi. Lagipuan alza ni kan mpv seakan-akan sedan. Tak gitu. Kalau di atau ke airport, alza sangat sesuai sebab besar dan boleh muat banyak barang. Saya rekemen alza kalau tuan nak buat uber dan grab.

3. Axia / saga / bezza - yang ni sesuai juga tapi ada beberapa kekurangan. Minyak jimat dan harga murah. Axia tak sesuai untuk trip ke KLIA kerana kecik kecuali rider tak bawak banyak barang. Tetapi KLIA biasanya ada banyak barang nak bawak kan.  Saga ok, takde masalah. Minyak pun jimat juga. Bentuk saga baru menawan juga tuh.



Kereta-kereta lain saya tak perlu ulas kecuali jika anda tiada pilihan. Jika tuan nak beli kereta baru untuk buat uber dan grab, saya cadangkan tuan beli axia atau bezza atau saga. Saya lebih suka saga. Diharap dapat membantu tuan dalam menjana pendapatan sebagai driver uber dan driver grab di Malaysia.



Terima kasih kerana membaca Kereta yang sesuai buat uber dan grab.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



85 komen:

  1. Nk tanya kalau Triton 4x2 bole tk buat uber

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan. Panduan bergambar daftar uber ada kat sini, senang je http://ubergrabcar.blogspot.my/2017/06/cara-mudah-daftar-pemandu-uber-online-percuma-malaysia.html

      Padam
  2. Jika guna kereta mitsubishi pajero sport 2.5 (4x4) 7 seater...
    Boleh kah daftar uberX, uberXL, dan uber black?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kena semak dulu ni tuan.

      Padam
    2. Bleh check ford ranger 2.2 thn 2015 dpt kategori apa

      Padam
    3. Bleh check ford ranger 2.2 thn 2015 dpt kategori apa

      Padam
    4. tuanboleh semak sini, http://ubergrabcar.blogspot.my/2017/01/Kategori-senarai-jenis-kereta-Grabcar-Malaysia.html

      Padam
  3. Tanpa Nama04 Julai, 2017

    kereta apa lagi selain alza yg boleh masuk 2 kategori ?

    BalasPadam
  4. Untuk grab premium agak2 berapa rider boleh dapat dlm sehari ye..saya baru nk daftar jadi pemandu grab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti tuan, bergantung lokasi. sangat kurang

      Padam
  5. Kalau myvi, amik trip kat klia ok x?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. kalau proton iriz boleh tak buat uber/grab?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan, whatsapp saya 019 205 5657

      Padam
  8. Tanpa Nama21 Julai, 2017

    savvy 07 ke atas btol ke xlyak?ada kwn2 gtaw jenis savvy mmg xlyak

    BalasPadam
  9. Boleh ke 1 kereta buat uber dan grab?dari segi minyak adakah saga juga jimat minyak?sape2 tolong sy jwb soalan ni dgn segera.cadang nk buat uber /grab dalam masa terdekat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh dan berbaloi. whatsapp saya 0192055657

      Padam
  10. Balasan
    1. boleh buat uber, minyaknjimat. whatsapp saya

      Padam
    2. Salam... viva boleh buat grab car jugak?

      Padam
    3. viva tak lepas tuan, maaf. axia boleh

      Padam
  11. Salam, untuk memandu grab kereta jenis Proton Exora sesuai ke.. di buat grab dan adakah jika ia boleh.. ia di kategorikan khas atau sama juga seperti axia dan alza..

    Maaf bertanya sebagai info dari segi pengunaan minyak adakah exora berbaloi di buat sebagai grab atas sudut pengalaman dan info.. mohon penerangan

    Sekian terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak guna exora, jadi detail tu saya tak tahu sangat tetapi dari segi drive rbaru yang daftar exora masih ada.

      Exora akan dimasukkan ke dalam dua kategori iaitu ekonomi dan 6seater. Jika nak satu kategori 6seater sahaja pun boleh, masa daftar kena request ( saya boleh buat ni ) sebab kalau jalan ekonomi sahaja tak berbaloi minyak exora ni. Kalau nak jalan sebagai 6 seater sahaja, job kurang. Saya cadangkan kepada driver alza/ezora ni, masuk dalam 2 kategori.

      Padam
  12. salam tuan..nak tanya klu kereta persona utk buat uber,kategori uber jenis apa yea..

    BalasPadam
    Balasan
    1. grabcar atau ekonomi ( sama nama, sama kategori macam axia )

      Padam
  13. As,salam.....maaf nk tanya saya baru nk mencari kereta untuk di buat uber antara alza atau honda city...rasanya yg mana lebih berbaloi? Sebab saya tinggal di langkawi...

    BalasPadam
  14. Kancil 850 x leh eh? Hehehhe..

    BalasPadam
  15. Kalau Toyota Wish boleh ke? Termasuk kategori mana ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, 6seaters confirm. satu satu kena semak kalau d segment boleh masuk premium.

      Padam
    2. Wish bleh jd premium x..?

      Padam
  16. Uber betul2 boleh buat bulanan kasar berapa? Dan berapa trip kena buat ya? Sebab kadang2 low rider dapat sehari rm40 saja.

    BalasPadam
  17. berbaloi ke kalau 4x4 2.2 buat grab/uber? ada feedback dan testimoni x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan, whatsapp saya 0192055657

      Padam
  18. Honda jazz boleh tak untuk grab?

    BalasPadam
  19. boleh, whatsapp 0192055657

    BalasPadam
  20. Kalo dmax thn 08 blh ke? kategori ape?

    BalasPadam
  21. saya planning nak buat grab car di area seremban. tapi masih blur dengan kereta mana nak beli myvi atau alza ? dari segi penjimatan minyak dan trips?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alza sbb 2 categori, eco dan 6seaters

      Padam
  22. bercadang nak jadi pemandu uber/grab. tapi tiada kenderaan. namun ada kawan nak bagi guna, nak joint venture. so mungkin guna selepas beliau balik kerja, yakni saya guna pada waktu malam. so apa pandangan saudara? apa pro dan cons? bagaimana nak kira2, perjanjian? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walid Bin Asmiyahtul14 November, 2017

      Susah. Baik lagi jika saudara beli kereta sendiri. Axia pun dah cukup okay.

      Padam
    2. terbaik pendapat ni, tetapi jika tuan boleh deal dgn owner, boleh saja.

      Padam
  23. myvi tahun 2009 atau 2008 sudah tak boleh ke? untuk daftar grab dan uber?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun nak tanya soklan yang sama

      Padam
    2. boleh, tapi kena daftar bulan ni sahaja nov 2017. Kalau dah masuk december, kereta dah kena 2011 sahaja. whatsapp saya 0192055657

      Padam
  24. Salam..bos nk tya hilux 4x4 boleh buat uber x?

    BalasPadam
  25. Assalam tuan..myvi tahun 2008 /2009 masih boleh daftar uber atau grab x..dn satu lagi pemandu perempuan boleh x..selamt x. T.ksh sudi jawab alhamdulilah..nk cari rzki ni bawu nk mncuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, selamat. whatsapp saya 0192055657

      Padam
  26. salam tuan, ford ranger 4x4 year 2016 boleh tak? kalau boleh under katagori apa yer, X ke XL? kalau tuan tak keberatan bole tak bagi sy sikit advice atau suggestion, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, kategori grabcar ( ekonomi ). Kalau ranger ni masuk dlm segmen d, boleh masuk premium. Tuan kena semak segmen kereta kat google. ( X dan XL tu utk uber)

      Padam
  27. Waja tahun 2011 boleh tak...

    BalasPadam
  28. Kereta yg saya pakai uber masuk bengkel, kena cari income utk kos baiki.. boleh x saya curi2 guna waja tahun 2006 buat sementara??

    BalasPadam
  29. boleh tuan, wasap saya 0192055657

    BalasPadam
  30. Proton ertiga 1.4 auto sesuai tak untuk uber dan grab?

    BalasPadam
  31. sy masih musykil.
    adakah, Honda insight, volkswagen polo 1.2 dan Ford Fiesta boleh digunakan untuk uber/grab ?

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama29 Mac, 2018

    boleh tak hyundai i10 2013 buat grab.?

    BalasPadam
  33. Salam, nak tanya viva elite thn 2011 blh ke nak buat grab @ uber ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kereta viva tak boleh buat grab. Saya cadangkan buat mycar. Whatsapp 0192055657

      Padam
  34. Nak daftar sebagai pemamdu grab perlu ade mrngikuti kursus ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada banyak cara daftar tuan, yang terpantas dan paling rama pilih ialah daftar dgn driver yg berpengalaman dan ada kursus online kena buat. Dan jika tuan rasa nak kursus lebih, masih boleh pergi kursus kat hq, free sahaja. Biasanya kursus online sudah cukup, ada group wasap juga. wasap ke 0192055657

      Padam
  35. salam. admin, maaf nak tanya la. kalau kereta hybrid ok tak buat grab. pasal sy baru nak ambil kereta ni.
    kalau kereta hybrid Honda Insight / Jaz
    atau toyota prius
    adakah maintenance sangat tinggi walaupun menjimatkan minyak. adakah berbaloi. thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. berbaloi tuan. Faktor utama ialah kerajinan.

      Padam
  36. Salam Admin, antara Bezza dengan Saga mana lagi berbaloi buat Grab dan MyCar? Mana lebih jimat petrol?

    BalasPadam
  37. mercedes boleh tak tuan..daftar 2014....tahun kereta 2011

    BalasPadam
  38. Saga blm tahun 2008 / 2009 utk grab bole tak? Hehe

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama27 Mac, 2019

    Admin..6 seater ni mmg kn ON dua option kan...tp berbaloi kah dr segi income vs fuel vs maintenance even kita dok main kawasan high request..tq

    BalasPadam
  40. kena try dulu bos, dlm sebulan boss boleh tahu yg mana berbaloi, sbb benda ni akan bergntung kpd hari, cuaca, lokasi dll

    BalasPadam
  41. Jika kereta di guna utk grab bukan nama kite, boleh ke di buat grab

    BalasPadam
  42. Persona baru berbaloi ke bt grab,?

    BalasPadam