Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk



Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk. Sekarang telah meletup juga lah ramai yang nak jadi pemandu uber dan grab / grabcar. Bukan apa, ini adalah satu peluang yang baik untuk menambah pendapatan dengan jadi pemandu grab secara part time atau full time. Di tambah lagi cara pendaftaran sebagai pemandu uber dan grab ini sangat mudah. Pendaftaran pemandu uber dan grabcar boleh di buat secara online sahaja.

Tahukah korang, sekarang korang boleh daftar sebagai driver grab / driver grabcar secara online, percuma dan tanpa perlu pergi ke hq atau kiosk grab? Korang boleh daftar dengan Alpha driver grab. Mereka di lantik oleh grab untuk mendaftarkan pemandu baru grab dengan lebih mudah kerana mereka telah ambil alih sebahagian daripada tugas kiosk iaitu untuk verify dokumen pendaftaran.



Jadi, pendaftaran sebagai pemandu grab di Malaysia sekarang ini cukup mudah dan korang pun boleh menjadi driver grabcar, mungkin esok atau lusa!

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk

Syarat jadi pemandu Grab


1. Lesen penuh ( bukan lesen P / atau L )
2. Belum pernah daftar pemandu grabcar
3. Tak kena banned sebelum ni
4. Kereta tahun 2008 ke atas sahaja [ update Dec 2017 ]. Untuk kereta tahun di buat 2007 ke 2010 perlu buat inspection di hq atau lokasi kiosk grab berdekatan korang buka di puspakom dan inspection grab adalah percuma. Contoh borang inspection grab ada di sini. Korang perlu dapatkan borang inspection yang lengkap di isi dulu sebelum boleh mendaftar sebagai pemandu grab jika kereta korang di buat pada tahun 2007 ke 2010.

inspection grab kiosk
Contoh borang inspection Grab untuk kereta tahun 2007-2010. [ sejak ogos 2017, sudah tiada inspection untuk daftar grab ]


Dokumen yang di perlukan untuk mendaftar sebagai pemandu grab tanpa ke kiosk


1. Gambar selfie paras dada
2. Gambar lesen ( depan )
3. Gambar ic ( depan )
4. Cover note insurans - the schedule ( jika dalam cover note insurans tidak di nyatakan tarikh mula dan tamat insurans, korang kena bagi dokumen sokongan iaitu geran dan roadtax kereta ).



Pastikan nama korang ada sebagai pemandu ke 2 atau ke 3 dalam cover note. Kalau takde, pergi ke ejen insurans kereta korang kata nak tambah nama anda sebagai pemandu. Kos rm10 tambah GST. Murah je. Contoh cover note seperti di bawah untuk Zurich insuran dan contoh-contoh cover note lain untuk daftar pemandu grabcar dan pemandu uber boleh tengok kat sini: Contoh cover note insuran THE SCHEDULE daftar pemandu grabcar dan pemandu uber di Malaysia.

insuran uber grab
Cover note insuran Zurich ( THE SCHEDULE ) utuk daftar grab dan uber


Proses daftar pemandu Grab tanpa kiosk


1. Korang whatsapp saya " daftar grab  " ke 019 205 5657 atau daftar grab tanpa kiosk

2. Saya akan bagi template / borang untuk anda isi melalui whatsapp. Korang juga kena bagi gambar dokumen yang saya perlukan untuk daftar grab percuma tanpa kiosk.

3. Saya akan verify dokumen yang korang bagi kepada saya di mana saya akan berjumpa dengan anda untuk melihat dokumen yang asal / original.

4. Saya akan isikan borang pendaftaran online daftar pemandu grab / driver grabcar tanpa kiosk secara percuma. Info-info dan gambar dokumen yang korang bagi kepada saya akan saya gunakan untuk siapkan pendaftaran ini. Jadi, pastikan korang bagi info yang tepat supaya pendaftaran berjalan lancarr.



5. Setelah saya hantar pendaftaran sebagai driver grab tanpa kiosk secara online, saya akan minta korang buat training online dan kuiz grab online. Saya akan bantu korang untuk korang melaksanakan training dan kuiz grab online ni sebab bukan semua orang tahu internet. Jangan bimbang. 

6. Admin Grab akan semak pendaftaran korang yang saya hantar seperti borang pendaftaran pemandu grab online, dokumen yang di hantar dan kuiz sama ada dah siap ke belum. Jika tiada masalah, pendaftaran korang sebagai pemandu / driver grab di luluskan dan akaun grab korang aktif. Saya akan maklumkan kepada anda. Jika gagal, admin Grab akan letakkan remark sebab apa gagal dan kita akan betulkan sama-sama. Contoh sebab pendaftaran pending ialah: 



gambar dokumen tak jelas
gambar selfie tak di terima kerana pakai topi dan kaca mata hitam
info tak lengkap seperti tidak dinyatakan dalam cover note insurans period
nama anda tiada dalam insurans
tak buat kuiz

7. Jika pendaftaran korang sebagai pemandu grabcar di luluskan, saya akan masukkan korang ke dalam group whatsapp newbie untuk pemandu grab baru. Di sini, anda boleh tanya soalan berkaitan penggunaan app grab driver dan sebagainya. Sangat memudahkan anda. Oh ya, korang boleh online app Grab Driver dalam tempoh 24 jam selepas akaun Grab aktif.

Begitulah serba sedikit syarat untuk jadi pemandu grab, dokumen yang di perlukan untuk mendaftar sebagai driver grab dan proses pendaftaran pemandu grab tanpa ke kiosk dan percuma sahaja secara online. Langkah pertama adalah penting untuk proses seterusnya.

Whatsapp " daftar grab  " ke 019 205 5657 supaya saya boleh membantu anda mendaftar sebagai pemandu Grab secara percuma tanpa korang perlu pergi ke kiosk.
 Boleh join group whatsapp daftar grab tanpa kiosk bersama saya ( arman ).



Terima kasih kerana membaca Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



157 komen:

  1. Gambar kad pengenalan dan lesen memandu tidak disalahgunakan untuk tujuan lain ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak tuan. Untuk keselamatan max, tuan boleh letak/edit tulisan grab di dalam gambar. Ini boleh diterima semasa permohonan sebagai pemandu grab. Tq kerana highlights tuan.

      Padam
    2. Selaku driver grabcar, kita perlu buat apa-apa bayaran tak seperti annual fee dan sebagainya.

      Padam
    3. satu lagi pertayaan, sekiranya kita bawa penumpang dari destinasi A to B dengan bayaran RM 20. Berapa kita perlu bayar Grab company?

      Padam
    4. annual fee takde tuan. Grab ambil 25% dari setiap trip.

      Padam
    5. Tuan,
      saya telah isi registration form sebagai pemandu grab. Documents perlu diverifikasikan dekat mana?

      Padam
    6. Sekiranaya kereta yang didaftarkan dengan grab mengalami kerosakan, kita guna kenderaan lain boleh tak? perlu inform Grab?

      Padam
    7. Untuk verify doc, kena pergi kiosk/hq. Jika nak tak ke kiosk, boleh whatsapp saya untuk urusan seterusnya.

      Padam
  2. Berapa lama blh thu sama ada lulus atau tidak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 ke 2 hari. Biasanya jadi lambat sebab doc tak lengkap. Rujuk sini utk daftar lancar: http://ubergrabcar.blogspot.my/p/grab.html

      Padam
  3. Assalamualaikum.en.arman kalau pkai rhb bank boleh kn utk transaksi.

    BalasPadam
  4. Daftar garb driver online kelantan ada ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ado boh, wasap saya 0192055657. Saya ejas sampai jadi

      Padam
  5. ada yuran apa2 ke untuk daftar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. percuma je tyka, grab yg cover ko daftar. Wasap saya utk daftar 019 205 5657

      Padam
  6. Tanpa Nama31 Mei, 2017

    Saya hendak menjadi pemandu Uber/Grab.Tetapi penama kenderaan bukan atas nama saya. Boleh kah saya memohon juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. nama tuan kena ada sebagai driver

      Padam
  7. Kalau daftar dengan Alpha ni, saya boleh jadi referral ke atas kawan saya tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, semua driver boleh jadi referral atas driver lain tetapi proses alpha dan driver biasa berlainan sedikit ( alpha lebih mudah )

      Padam
  8. Tuan. Kalau guna ic Sementara Boleh ke?

    BalasPadam
  9. Tahun ni dah 21 tapi belum sampai birthday.boleh ke?

    BalasPadam
  10. Saya baru daftar online & dah lulus quiz. Grabcar mintak saya verify dokumen. kalau saya tgk yg paling dekat di sunway. boleh x saya pergi naik motor je? ke kena bawak kereta sekali utk inspection? kereta saya saga FL 2011.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naik motor sahaja ok.

      Padam
    2. salam tuan...kalau wakil yg hntr untuk verify dokumen bole ke..

      Padam
    3. Mmg kne pergi kiosk juga ke untuk verify?

      Padam
    4. iya jika daftar sendiri online. Kalau tak nak ke kiosk, whatsapp saya 0192055657 utk daftar dari mula.

      Padam
  11. alor star / jitra ada x

    BalasPadam
  12. alor star / jitra ada x

    BalasPadam
    Balasan
    1. alor star ada, wasap saya 0191055657

      Padam
  13. Tempat inspection kat mana? Kereta saga blm 2010.

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak lokasi, wasap saya lokasi tuan

      Padam
  14. Tanpa Nama15 Julai, 2017

    Kereta nama orang lain boleh ke? (Isteri @ family)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan, asalkan nama tuan ada dalam cover note atau endorsement sebagai driver ke 2 , ke 3 dan seterusnya.

      Jika nama tuan takde dalam cover note, hubungi insuran untuk tambah nama driver, bayar rm10 je.

      Padam
  15. Salam...sy x brapa pandai nak daftar online ni..boleh bantu ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan, whatsapp saya 0192055657.

      Padam
  16. Ada whatsapp group tak as driver?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada, untuk driver yg saya daftarkan

      Padam
  17. salan kalau kereta atas nama orang lain boleh daftar ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, hubungi insuran utk tambah nama driver.

      Padam
  18. Kalau tiada bank satement bole ke? Sebab dah 6bulan menggangur akibat masalah keluarga,

    BalasPadam
    Balasan
    1. no acc bank sahaj diperlukan sebab grab nak masukkan duit seminggu sekali utk insentif

      Padam
  19. Salam encik.. sy baru daftar dan lulus quiz grabcar.. bila sy akan tau kputusan grabcar dan salinan dokumen lain kat mna sy kna hnta sbb sy di area Ipoh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena bagi kat kiosk kat ipoh, search kiosk dlm blog ni

      Padam
  20. Saya baru daftar online & dah lulus quiz. Grabcar mintak saya verify dokumen.mcm mana cara kalo xnk pegi kiosk.boleh ke verify kt tuan je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tuan daftar online, tuan kena verify doc kat kiosk. Kalau saya daftarkan, baru saya boleh verify doc.

      Padam
  21. Tanpa Nama27 Julai, 2017

    kereta tahun 2000 blh ka tuan

    BalasPadam
  22. grab car premium ada ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada tuan, syaratnya: Requirement Premium:-
      1.2.00 cc above with leather seat
      2.MPV or Sedan Only
      3.D-segment (http://www.carbase.my/segment/dsegment)
      4.Manufacture year 2010 and above
      Requirement for Driver:
      1.4.5 star driver rating
      2.Complete 50 trip with economy

      Padam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  24. Jika suami dah daftar grab kereta atas nama suami..than anak juga daftar kemudian menggunakan kereta yg telah di daftar sebelumnya boleh tak?adakah menjejaskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh dan takde masalah. Nama dua-dua kena ada sebagai driver keta tu.

      Padam
  25. Kalau umur baru 20 , tapi lesen full dah , bukan P , boleh mohon buat grab?

    BalasPadam
  26. Kereta axia bole x tuan? Kalau area kulai johor mcmna nk dftr ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tetapi area Kulai say atakde contact no.

      Padam
  27. Umur saya 19, tapi lesen dah full. Tak boleh daftar jugak eh? Kalau kereta tu kereta ayah boleh ke huhu. Sorry, tanya je

    BalasPadam
  28. area penang nak contact siapa utk daftar

    BalasPadam
  29. Boleh ke kita pakai kereta org lain utk buat grab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan, nama kita kena ada dalam cover note / endorsement insuran kereta

      Padam
  30. kalau area chemor/ipoh/kuala kangsar saya boleh daftar pada siapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun boleh, whatsapp saya 0192055657

      Padam
  31. belah taiping/parit buntar/bagan serai ade x? nak contact sape ea..

    BalasPadam
  32. 1. Sarawak ada tak tuan?
    2. Kereta saga blm 2008

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada, 2008 kena daftar minggu ni. Minggu depan min 2011

      Padam
  33. Salam tuan, klau kete waja 2010 boleh lgi tak daftar grab? Terima kasih

    BalasPadam
  34. nak tanya, kalau sebagai permulaan jadi pemandu grab, boleh bawa anak (duduk kat sebelah) sementara nak biasakan dengan waze (kereta mpv)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak boleh tuan dan akaun tuan mungkin kena suspend

      Padam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. Maaf Tuan...kalo kereta cc 2.0 boleh buat profit tak tuan...

    BalasPadam
  37. Maaf Tuan...kalo kereta cc 2.0 boleh buat profit tak tuan...

    BalasPadam
  38. pendaftaran untuk grabcar masih dibuka lg ke untuk kawasan langkawi..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih panas tuan, whatsapp saya terus 0192055657. Syarat kena ada kereta tahun 2011 ke atas.

      Padam
  39. kalau sy daftar dgn tuan tp dokumen sy sru wakil utk verity boleh tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud tuan, suruh wakil jumpa saya utk verify ke? boleh

      Padam
    2. Iya tuan. wakil yg jumpa tuan untuk verify

      Padam
  40. lepas daftar grab then tukar acc number blh tak ?

    BalasPadam
  41. saya dari sabah daftar dgn tuan boleh ka ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, whatsapp saya 0192055657.

      Cth lokasi yg boleh ( lokasi lain boleh tanya saya ): KL, N9, melaka, jb, batu pahat, alor setar, sg petani, penang, kuantan, kb, KT, KK, sandakan, kuching, ipoh, dll.

      Padam
  42. klau guna account wife boleh tak tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. klau guna acc wife perlu sijil nikah ke ?

      Padam
  43. mcm mana tukar profile picture grab tuan ?

    BalasPadam
  44. nak tanya sekarang nie saya sambung bayar kereta kawan seoffice saya....boleh ke saya menjadi pemandu grab

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya nak tau cara nak menjadi ahli grab....

      Padam
    2. Boleh asalkan nama tuan ada dalam cover note insuran kereta tersebut. kalau 5 org ada nama dalam insuran kereta, ke lima lima boleh daftar grab guna kereta yg sama. Cara utk jadi ahli grab ( utk jadi driver grab ), boleh wasap saya utk saya daftarkan, percuma sahaja. 0192055657

      Padam
    3. slm saye krja grap tpi saye ada rekot jenayah yglu 2009 bleh bantu tak

      Padam
    4. kalau ada rekod polis dan nak daftar grab, memang tak akan lepas.

      Padam
  45. Salam , tuan . saya pakai kereta Axia je . Lepas ke nak buat grab ? saya area putrajaya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole sgt, wasap saya 0192055657 segera

      Padam
  46. Salam tuan.. Nk tye, law rotex mati n bru renew pastu nk re-active 5 hr tp skunk dh lbih 5 hr cmne nk bt ek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika roadtax dah mati, kita renew online lambat diupdate oleh hq. Nak cepat kita terus pergi hq/kiosk utk update. TIPS: boleh renew dan update roadtax/insuran 2 minggu lebih awal utk mengelak kesukaran

      Padam
  47. Slm tuan sy baru keluar kereta lesen xdak. Semua atas nama kwn. Klu sy nk buat grab boleh x tuan. Sy guna nama kwn tp profile sya. Msa register tu sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. x dapat tuan. Org yg register sahaja boleh buat

      Padam
  48. Salam...sy x brapa pandai nak daftar online ni..boleh bantu sya x cik

    BalasPadam
  49. Salam nak tanya, kereta viva tahun dibuat 2012 boleh daftar ke x boleh?

    BalasPadam
  50. Assalam bos, tambah nama pemandu dekat insurans tu amik masa berapa lama ? Sy baru tambah nama hari ni, staff tu bgitau 2bulan bru siap, btol ke?? Lama betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. tambah nama, dokumen yg dinamakan endorsement terus dpt. Minta softcopy je.

      Padam
  51. Assalam tuan.. sy brminat utk dftar grab,area Kota Bharu.blh tuan tlong ajar mcmna dftar?

    BalasPadam
  52. Saga blm okt 2009.boleh kah sy daftar dan guna.mtk nasihat tuan.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, min 2008 boleh guna buat uber dan grab.

      Padam
  53. Salam, sy nak tanya boleh ke klau nak dftar jd pmndu grab dgn kereta cc 2.0 crv model first gen...tahun 1997

    BalasPadam
  54. Tuan kalau kereta atas nama wife mcm mn?
    Boleh register grab?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh asalkan nama tuan ada dalam cover note insuran sebagai driver kedua, 3 dan seterusnya

      Padam
  55. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  56. 1.Boleh x guna akaun bank org lain utk urusan transaksi sbb nama sendiri x blh buat akaun bank
    2.kereta tahun 2010 blh x
    (Klw blh,sampai bila blh buat grab)

    BalasPadam
  57. kalau kita dah daftar untuk 1 area beleh ke daftar untuk area lain tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan. Utk akaun kedua ni tuan kena daftar sendiri. kena guna phone lain, no phone lain dan email lain

      Padam
  58. Tanpa Nama13 Mac, 2018

    saya tinggal di Kedah tuan blh tlg daftarkan tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. seluruh Malaysia boleh tuan. wasap saya 0192055657

      Padam
  59. Tanpa Nama26 Mac, 2018

    Salam. Klau umur 20tahun lahir boleh ke daftar jdi grab driver?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, asalan lesen bukan lesen P

      Padam
  60. Tanpa Nama12 April, 2018

    Kalau proton bezza 1.3 tahun 2017 boleh x tuan. Utk trip airport.

    BalasPadam
  61. salam tuan, saya ada honda jazz 2011
    boleh ka nak buat grabcar, apa lagi syarat2 utk daftar grabcar, lagi satu saya nak tanya kalau buat grabcar saya tinggal di penang pada hujung minggu, dan week day saya berada di KL..jika di ke dua2 tempat ini saya nk buat grab boleh ke..KL dan penang..atau cuma daftar sahaja dan buat la dimana2 pun dimalaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SYARAT LULUS PEMANDU GRAB:
      1] lesen penuh.
      2] min kereta thn 2008
      3] warganegara sahaja
      4] tiada rekod jenayah.

      PENANG DAN KL:

      1] dalam kes tuan ada di dua lokasi secara tak tetap, tuan kena buka akaun di dua lokasi iaitu penang dan kl. Tuan kena gunakan lain-lain telepon,no telepon dan email. Guna kerata sama takpa. Akaun pertama di kl/penang saya boleh buat. Akaun kedua saya tak boleh buat.

      2] Jika tuan berpindah terus, katakan tuan ada akaun grab penang dan pindah kerja atau sebagainya ke KL, tuan boleh gunakan akaun grab di penang tuh, hanya pindah lokasi sahaja, permohonan pindah lokasi boleh buat ikut app driver.

      Padam
  62. Tanpa Nama09 Mei, 2018

    salam tuan..area segamat ada x?saga sv 2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada, tuan wasap ke no 0192055657

      Padam
  63. Sya nk jd pemandu grab tp xde kereta..ada ke kete sewa tu sy buat grab

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena ada kereta tuan. Kereta sewa kami penuh. tuan boleh sewa dgn kereta lain kat luar. Tambah nama tuan dlm insuran dan daftar

      Padam
  64. Salam Tuan, saya Ada register online pemandu grab bulan lepas. Dan saya sudah ikut step seperti yg grab email. Dokumen dah upload, quiz pun sudah buat. Tapi masih tidak boleh log in apps acc driver grab setelah Saya varify dokumen di kiosk berdekatan. Jadi, Saya update dokumen, masih tidak boleh log in. Kereta myvi tahun 2018, insurans nama Saya. Umur 21. Kenapa ya Tuan saya masih tak boleh log in apps ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tuan berurusan dgn kiosk, tuan kena merujuk kepada kiosk utk tanta status. Biasanya 24 jam selepas verify doc kat kiosk akan boleh online app.

      Cara lain dan tak perlu ke kiosk ialah tuan wasap ke 0192055657

      Padam
  65. Tanpa Nama30 Ogos, 2018

    ini nak ambil recommend fee kan, bagus dgn cara ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni salah satu cara grab boleh berkembang.

      Padam
  66. Salam en kalau kereta proton waja boleh ke aply untuk grabcar ni?

    BalasPadam
  67. Anak saya masih lesen P, kalau saya daftarkan atas nama saya dan anak sy ada nama second driver.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lesen p tak lepas. Kalau anda yg daftar, anda yg jadi pemandu.

      Padam
  68. boleh ke saya buat dan suami buat grab dengan menggunakan 1 kereta. kami share kereta.gilir-gilir buat bole ke tp akaun lain lain la cuma kereta saja yg sama?

    BalasPadam
  69. Salam. Kalau daftar pakai kereta nama isteri, dalam insuran tetulis all rider. Perlu tambah nama jugak ke? Mohor pencerahan bro grab

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak per, cuma kena sediakan satu surat, saya ada contoh. boleh wasap 0192055657 utk teruskan daftar

      Padam
  70. pick up point area terminal bas segamat ada x tuan.?

    BalasPadam
  71. pick up point area terminal bas segamat ada x tuan.?

    BalasPadam
  72. Tuan mohon tunjuk ajar cara nk tukar plat keta yg didaftar sebelum ni kepada plat keta lain. terima kasih

    BalasPadam
  73. nak tnya area sabah boleh tolong register tak?

    BalasPadam
  74. Grab center Sungai Petani ada ke

    BalasPadam