Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Cara tukar bandar lokasi memandu Uber

thumbnail

Cara tambah lokasi memandu Uber. Kadang-kadang kita balik kampung dan masih mahu menambah pendapatan dengan menjadi pemandu Uber. Tetapi masalahnya semasa daftar akaun uber dulu, kita pilih Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk memandu. Kalau kita online app uber driver memang tak dapat sebab kita daftar di untuk memandu di Kuala Lumpur ( contohnya ). Jadi bagaimana cara kita untuk mengubah atau menambah lokasi untuk memandu kereta Uber ni?


Untuk pengetahuan korang semua, jika semasa daftar sebagai driver uber ni korang letakkan bandar Kuala Lumpur, korang tak dapat memandu uber semasa di JB. Dan begitulah sebaliknya. Korang hanya di bernarkan memandu uber di KL sahaja. Untuk menukar lokasi ni sudah tentulah anda telah mendaftar sebagai pemandu Uber sama ada secara online atau tidak. 

Jadi, post ini adalah perkongsian bagaiman nak tukar lokasi bandar memandu untuk pemandu uber.

Cara tukar bandar lokasi memandu Uber


Caranya senang sahaja, korang boleh apply melalui app uber driver sahaja. Untuk menukar bandar lokasi memandu uber korang, korang boleh ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

1. Klik ' Account '



2. Klik ' Account Settings '



3. Klik ' I want to drive in new city '


4. Masukkan bandar di mana korang nak memandu kereta Uber.


Mudah saja nak tukar lokasi bandar memandu kereta Uber ni. Cuba korang gunakan cara yang mudah ni jika perlu ya. Ada apa-apa soalan atau keliru, korang boleh letak kat komen. Slamat menguber.

Cara claim balik jumlah tol sebenar daripada Uber

thumbnail

Sebagai pemandu Uber, kadang-kadang kita mengalami keadaan apabila jumlah tol yang di bayar oleh kita sebagai pemandu Uber tidak sama dengan jmlah tol yang di proses oleh Uber. Untuk pengetahuan semua, tol akan di bayar oleh penumpang Uber. Tetapi apabila melalui plaza tol, kita sebagai pemandu Uber akan membayar dulu tol tersebut sama ada tunai atau pun melalui smart tag dan tng.

Selepas itu, setelah sampai ke lokasi drop off, Uber akan memasukkan jumlah tol tersebut ke dalam tambang yang kena bayar oleh penumbang kereta Uber. Di sinilah biasa berlaku kesilapan kerana jumlah tol RM yang Uber masukkan tidak sama dengan jumlah tol sebenar yang di bayar oleh pemandu uber di plaza tol. Tetapi sebagai pemandu Uber, kita boleh claim balik jumlah tol yang tidak cukup ini dengan senang. 


Cara claim jumlah tol kepada Uber


Cara nak clam balik jumlah tol yang kurang ini senang sahaja. Korang ikut je langkah-langkah di bawah dengan menggunakan app driver uber korang di smartphone.

1. Buka app driver korang. Akan terpapar dashboard seperti gambar di bawah dan korang kena klik ' Help'.


2. Klik ' Trips and Fare Review


3. Klik ' A toll was not processed


4. Sila pilih trip yang mana satu untuk anda claim balik jumlah tol yang kurang


5. Klik 'Fare Review'


6. Masukkan tol amount dan juga tol di mana korang masuk dan keluar highway serta jumlah total tol yang korang bayar. Jika terlupa, korang boleg semak di plus.com.my.

7. Lepas tu tekan butang 'Submit'


Tunggu info daripada Uber. Uber akan bagi notis melalui email korang. Biasanya dalam sehari dah settle kalau jumlah tol yang salah ini. Mungkin sebab uber belum update sistem tentang jumlah tol sebenar ni.

Updated:

Dalam hari yang sama juga, uber akan hantar email memberitahu bahawa jumlah tol yang tidak di proses telah selesai. Dalam kes saya, tol sepatutnya rm2.70 tetapi pada payment awalnya uber hanya bagi rm2. Jadi setelah saya buat claim baik kat uber, uber telah memasukkan 70 sen ke dalam akaun uber saya.

cara calim tol uber

 Cekap juga servis uber ni. Memang saya berpuas hati dengan servis untuk untuk driver. Cuma caj 25% tu yang tak tahan tu.

Makin yakin untuk jadi pemandu uber

thumbnail

Kali ni trip ke 9 aku ambil rider uber. Aku semakin yakin sekarang untuk mengambil rider biasanya kawasan Cyberjaya kerana aku kerja kat sini. Aku buat uber ni secara part time je sebab belum sampai tahap jadi full time driver uber lagi buat masa ni. Berbanding dengan kali pertama aku ambil rider, jauh berbeza tahap keyakinan aku sekarang. Tengok kepada income uber sahabat-sahabat boleh tahan kalau buat secara full time. Ok la kan. Sesiapa pun boleh buat kalau nak sama ada lelaki atau perempuan.


Kenapa aku makin yakin sebagai pemandu uber? Ada beberapa sebab sebenarnya menyebabkan keyakinan aku makin menebal sebagai pemandu uber. Kat sini aku nak kongsi sikit apa yang bagi aku motivasi untuk mengambil rider uber menggunakan  ubar partner app.

Kenapa aku lebih yakin sebagai pemandu uber?


1. Cara guna uber parter app
Ini pun penting juga. Kalau tak tahu mana nak tekan, satu masalah jugak tu sebab kita akan was-was kalau ping masuk, nak terima ke tidak. Kalau kita tahu kat mana nak tekan kat uber partner app tuh, benda ni akan jadi lebih mudah sebagai pemandu uber.

2. Tahu lokasi
Iya, kalau dah tahu lokasi nak ambil rider uber, kita akan rajin untuk terima ping sebab kadang-kadang kita tak tahu lokasi mana walaupun alamat rider uber ada keluar semasa terima ping. Jadi apa nak buat? Korang ronda-ronda la kenal lokasi. Ataupun korang terima je ping masuk dan bergantung kepada waze atau google maps sahaja. Semua rider buat macam ni.

how to be uber driver


3.Bahasa
Kalau tak tahu enggeris, pun boleh sahaja. Rider ni faham sebenarnya. Kita bukannya student universiti nak terror sangat english. Tahu sikit-sikit dah boleh in. Jangan la nampak nama rider uber mat salleh, lepas tu malas nak terima ping. Rugi tuh sebab ping ni kadang-kadang kalau kita nak, tak ada. Kalau kita tak nak, masuk pulak ping nih.
Itu perkongsian sebagai pemandu uber untuk kali ni. Kepada yang belum daftar jadi pemandu uber tuh, boleh lah daftar, senang sahaja nak daftar percuma jadi pemandu uber. Korang ikut je apa yang telah saya kongsikan.

Selamat menguber.

Akaun saya aktif dan boleh online tapi saya tak dengar taklimat

thumbnail


Ramai yang tanya, akaun uber dah aktif dan sudah boleh online tetapi masih belum pergi taklimat, macam mana nak buat ya? Soalan macam ni memang famous sebab daftar jadi pemandu uber boleh di buat online sahaja tanpa perlu ke pejabat uber itu sendiri. Jadi ramai pemandu uber yang tak pernah pergi taklimat. Paling bagus kena hadiri taklimat sebab boleh tahu cara applikasi uber partner.



Tetapi malas juga nak dengar taklimat uber, saya cadangkan anda tonton cara guna aplikasi uber partner ni. Memang menarik dan jelas. Di tunjukkan kat mana nak tekan-tekan. Macam mana nak terima pin, macam mana nak call rider, cara untuk cancel pin, dan juga apa nak tekan setelah hatar penumpang ke destinasi.

Tonton aplikasi uber partner (klik sini)

Gembira juga kan setelah akaun aktif tetapi menjadi satu hal pula untuk kali pertama mengambil pelanggan atau rider. Takut tak tahu nak guna aplikasi uber partner tuh sebenarnya. Anda bukan keseorang dalam hal ini sebab orang lain pun menghadapi benda yang sama seperti anda - takut nak ambil rider.

Setelah anda tonton aplikasi uber partner tu, anda akan lebih yakin untuk ambil rider dan seterusnya menjana duit dengan uber. Jangan takut-takut, dapat pin ambil je rider sebab nak dapat pin tu susah tu. Jangan sia-siakan usaha anda separuh jalan sahaja.

income uber

Oh ya, jika anda memang tak boleh nak mulakan, anda boleh juga buat duit dengan uber tanpa ambil rider. Ohh, macam mana tu? Anda boleh tahu caranya di dalam panduan buat duit uber tanpa ambil rider.

Panduan buat duit uber tanpa ambil rider (klik sini)

Itulah cara yang lebih senang. Tapi kalau anda boleh buat dua-duanya, lagi masyuk buat duit dengan uber nih.


Anda boleh lakukannya. Oh ya, jika anda belum lagi daftar sebagai pemandu uber secara online tanpa perlu pergi pejabat uber, anda boleh daftar di sini, mudah sahaja.

Daftar sebagai pemandu uber ( klik sini )

Nikmatilah kelebihan-kelebihan sebagai pemandu uber dalam masa 3 hari lagi selepas pendaftaran anda di luluskan.

Cara guna aplikasi uber partner

thumbnail

Laporan ini adalah mengenai cara guna aplikasi uber partner. Laporan ini penting kerana ramai oemandu uber kali pertama tak tahu cara nak gunakan aplikasi uber partner ni. Oh ya, aplikasi uber paer adalah untuk pemandu uber bukan untuk uber rider / penumpang. Penggunaan aplikasi uber untuk pemandu uber ni penting supaya duit yang di caj kepada rider / penumpang akan direkod di dalam akaun uber partner / pemandu. Pastikan dulu anda telah download aplikasi uber partner dan telah daftar dengan aplikasi uber partner di mana cara daftar aplikasi uber partner telah saya laporkan dalam laporan yang lepas.




Cara guna aplikasi uber partner ni tidaklah susah mana. Untuk lebih mudah memahami lagi cara guna aplikasi uber partner ini, eloklah anda tengok video mengenai uber partner di bawah. Di dalam video ni ada diterangkan dengan jelas cara nak gunakan uber partner, kat mana nak tekan, mana nak tekan dulu bermula dari ambil penumpang / rider hinggalah penumpang / rider sampai ke destinasi yang seperti yang di minta oleh rider / penumpang uber yang juga mempunyai aplikasinya sendiri. Jika rider / penumpang belum mendaftar lagi dengan aplikasi uber, boleh lah baca laporan mengenai cara daftar aplikasi uber untuk menggunakan perkhidmatan uber.

Cara guna aplikasi uber partner




Video cara guna aplikasi uber ( uber Indonesia )

Inilah video cara guna aplikasi uber partner. Pastikan anda tonton dari awal hingga akhir untuk lebih memahami penggunaan aplikasi uber partner ni. Sebagai pemandu uber, anda kena tahu ni sebelum ambil rider / penumpang uber.

Ok tak video selama 16 minit ni. Boleh nampak kan gambaran cara guna aplikasi uber partner ni. Senang je kan. Tetapi kalau anda adalah kai pertama nak ambil rider / penumpang, anda akan rasa nebes sikit la. Ala biasalah tu kan. Kalau saya dulu, saya akan fikir... ala teksi lagi kotor dari kereta uber saya. Tak perlukan nak sangat jaga hati rider / penumpang.
Selain pemandu uber kena belajar dengan apliaksi uber, rider / penumpang juga kena tahu sikit-tikit cara nak guna aplikasi uber ( aplikasi uber untuk rider / pemandu tidak sama dengan aplikasi uber partner untuk pemandu uber ).

Jika rider / penumpang nak tahu cara guna aplikasi uber untuk rider / penumpang, anda boleh baca laporan saya yang lepas mengenai cara guna aplikasi uber untuk rider / penumpang.

Ok, selamat menonton.