Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Hour guarantees dan Flexi bonus: apa benda ni?

thumbnail

Terbaru grab telah mengubah sistem di mana terdapat dua jenis insentif telah diperkenal ( diperbaikki dari insentif yang lama ) iaitu Hour guarantees dan Flexi bonus. Apa sebenarnya Hour guarantees dan Flexi bonus ni ye. Ramai yang keliru kerana ini sistem yang baru dan pengiraan insentif grab yang memeningkan jugak la dengan sistem yang agak komplek untuk di fahami oleh driver yang pelbagai latar belakang pendidikan. Kami cuba memahami dan berkongsi apa yang kami faham tentang insentif grab ni iaitu Hour guarantees dan Flexi bonus. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.


Seperti yang kita tahu, terdapat dua jenis insentif iaitu Hour guarantees dan Flexi bonus dan dua jenis program iaitu ambassador dan associates. Anda jangan keliru antara dua ni ye sebab faedah antara kedua-dua program dan insentif grab ini berlainan. Mahu tak mahu, driver grab terpaksa memahami sistem ini untuk memaksimunkan pendapatan sebagai pemandu grab di Malaysia. Tidak seperti program grab sebelum ini yang hanya komisen di ambil 20% sahaja, tetapi sekarang grab telah mengambil 25% daripada driver ( sama seperti uber ) tetapi terdapat pilihan di mana driver masih boleh memberikan komisen hanya 20% kepada grab. Grab semacam telah memaksa pemandu memilih untuk jadi pemandu grab atau pemandu uber.


Hour guarantees dan Flexi bonus


Di sini kami cuba ringkaskan kepada anda bagaimana struktur program terbaru grab ini:

Insentif Terbahagi kepada dua:

1. Insentif Hourly guarantees

AR 80% harian, tiada CR harian ( dapat capai syarat ni baru dapat insentif hourly guarantees ).

program grab ambassador - 20% komisen grab, 4.7 rating harian, AR > 80%.
program grab associates - 25% komisen grab, 4.7 rating harian, AR>80%

2. Insentif Flexi bonus

program grab ambassador - 20% komisen grab, 4.7 rating harian, AR > 30% ( faedah : tambang min rm5, jika seminggu boleh siapkan 50 trips dapat tambang minimun rm6 )

program grab associates - 25% komisen grab, 4.7 rating harian, AR>30%


Apakah kesimpulan yang kita boleh buat?

1. jika driver grab boleh memenuhi syarat untuk dapat insentif hourly guarantees iaitu AR 80% harian, driver akan automatik masuk dalam insentif hourly guarantess ( tak perlu opt in ). Jika tak capai syarat ni, driver akan di masukkan ke dalam insentif flexi bonus secara automatik.

2. jika driver nak jadi ambassador grab dalam mana-mana jenis insentif, driver kena opt in ( mohon dengan grab ) - opt in grab ambassador di sini.

3. driver baru atau lama boleh dapat 20% komisen yng dipotong jika jadi grab ambassador. Maknanya terpaksa uninstall uber driver app dari telefon anda.

jaduan income pemandu grab


4. untuk dapat insentif seperti dalam jadual yang grab sms tu, rating harian mesti 4.7, untuk flexi bonus driver kena maintain AR>30% dan untuk driver hourly guarantees kena maintain AR>80%.

5. insentif driver boleh tengok tengok dalam app driver grab masing-masing 30 min selepas trips. Kalau dulu kena tunggu seminggu kan. Sekarang terus masuk.

6. info di atas ialah syarat yang driver kena penuhi jika mahukan insentif dari grab. Kegagalan mematuhi syarat di atas, driver hanya dapat income dari tambang sahaja ( insentif ialah tambahan pendapatan selain dari tambang yang grab bagi kepada driver setiap minggu ).


7. part time driver sudah tentu berada dalam insentif flexi bonus.

8. tak perlu memilih jenis insentif kerana grab telah masukkan secara automatik. Driver hanya perlu pilih nak jadi ambassador ke tak.

9. berapa banyak insentif, driver kena rujuk kepada jadual yang grab sms setiap minggu

10. sudah pasti insentif Hour guarantees lebih banyak dari driver Flexi bonus

Begitulah info tentang grab Hour guarantees dan Flexi bonus. Anda tak perlu pening-pening nak memikirkannya. Kayuh sahaja sedaya mungkin, jika anda full time, eloklah ambil semua trip masuk daripada menunggu sahaja, boleh elak pembaziran masa. Anda boleh berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

Program Grab Ambassador

thumbnail

Program Grab Ambassador. Apakah itu Program Grab Ambassador sebenarnya. Program Grab yang baru ini adalah untuk memberikan lebih kelebihan kepada pemandu grab yang setia 100% kepada Grab. Wow... 100% ni yang letih sikit ni kan. Macam tak boleh nak buat Uber dengan Grab serentak. Tapi takpe, kita fokus dulu kepada Program Grab Ambassador ni untuk post kali ini.

Grab mengajak pemandu-pemandu Grab untuk mendaftar dengan Program Grab Ambassador ni tetapi bukan satu paksaan. Kalau korang pemandu grab tetapi tak nak daftar pun boleh juga. Nanti korang secara automatik akan di masukkan ke dalam salah satu program lain yang di namakan Program Grab-Pro dan Program Grab-Flexi. Apakah program-program ini semua? Untuk apakah program-program ini diperkenalkan kepada pemandu Grab Lembah Klang?


Ini yang kita nak kaji di sini sebenarnya. Apakah kebaikkan kepada pemandu. Yang kita tahu Grab cuba membunuh pesaingnya iaitu Uber yang secara puratanya memberikan tambang yang lebih murah kepada rider. Itu purata sahaja, mungkin dipengaruhi keadaan trafik dan sebagainya.

Program Grab Ambassador


Program Grab Ambassador baru sahaja di perkenalkan kepada driver grab di mana driver perlu memohon untuk turut serta ke dalam program ini. Syaratnya ketat wei, hanya boleh memandu Grab sahaja 100%! Maksudnya pemandu Grab yang juga pemandu Uber kena keluar daripada Uber? Ini yang menjadi persoalannya sebab Grab dan Uber memberikan insentif-insentif yang tersendiri. Pemandu Grab di dalam di lema sebenarnya.

Daftar Program Grab Ambassador ( klik sini )

Apakah kebaikkan Program Grab Ambassador kepada driver?

Program Grabcar Ambassador


Selepas daftar Grab Ambassador ni, Grab akan bagi cenderahati kat korang, kena pegi ambil sendiri dan saya fikir, Grab akan minta anda uninstall app Uber Partner nanti. Tak tahu la betul ke tidak.

Jika pemandu Grab tidak mendaftar dengan program Ambassador ni, korang akan di letakkan secara automatik di bawah salah satu program Grab berikut:

Program Grab-Pro

Program Grab-Pro ni adalah untuk pemandu yang mengejar insentif. Ini memang terbaik untuk mereka jika mereka tak mahu jadi Grab Ambassador. Beberapa kebaikkan program ini adalah seperti gambar di bawah:


Program GrabPro

Program Grab-Flexi

Program Grab-Flexi pula ialah untuk pemandi Grab yang tidak mendaftar untuk menjadi Grab Ambassador dan juga tidak mengejar insentif. Korang secara automatik akan di letakkan ke dalam program ni. Tak perlu mohon.

Kelebihannaya adalah seperti di bawah:


Program GrabFlexi


Kesimpulan

Amacam, ok tak program Grab ni. Grab macam hendak menjatuhkan Uber dalam persaingan ini tetapi driver boleh dapat untung daripada situasi ini. Kita tunggu dan lihat jika Uber juga nak perkenalkan sesuatu dalam kes ini. Asalkan driver beroleh kelebihan, kita boleh sokong.