Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Cara tambah nama authorised driver untuk daftar Grab

thumbnail
Untuk jadi pemandu Grab tak semestinya kereta yang nak di gunakan buat grab adalah kereta kita sendiri. Kereta mak ayah, kawan-kawan atau adik beradik pun boleh di gunakan. Malah satu kereta boleh di gunakan oleh ramai pemandu grab. Syaratnya, semua nama driver ada di dalam cover note insuran untuk daftar grab. Maksudnya, nama-nama yang nak guna kereta tersebut untuk buat grab mestilah tercatit di dalam cover note insuran sebagai authorised driver.

Ini penting supaya insuran tu boleh melindungi driver tersebut jika berlaku kemalangan. Jika di dalam insuran di tulis " All driver ", maknya semua driver boleh guna kereta tersebut dengan memberikan surat kebenaran yang di tulisan oleh owner kepada grab semasa daftar sebagai pemandu grab. Di dalam surat tersebut di nyatakan nama yang nak guna kereta tersebut untuk buat grab. Mudah kan untuk jadi pemandu Grab sebab tak ada kereta pun masih boleh buat grab.

Cara tambah nama authorised driver untuk daftar Grab


Bagaimana kalau nama tak ada dalam cover note insuran kereta yang nak di daftarkan sebagai kenderaan grab? Biasanya ada dua nama yang di daftarkan iaitu suami dan isteri. Jika anak mereka nak guna kereta tersebut, nama anak boleh di tambah ke dalam insuran dengan bayaran hanya rm10 kepada pihak insuran.

cover note insuran kereta


Contohnya, jika insuran kereta tersebut ialah Zurich. Maka owner kena pergi ke ejen/pejabat Zurich untuk buat penambahan nama driver dengan bayaran rm10. Satu dokumen yang di namakan " endorsement " akan di berikan.

Dokumen ini menyatakan bahaya driver ini adalah authorised driver kepada kereta tersebut. Endorsement dan cover note asal ( yang tiada nama driver ) hendaklah di berikan semasa proses mendaftar sebagai pemandu grab sama ada tanpa pergi ke hq atau kena pergi ke hq ( ada 3 cara untuk daftar pemandu grab dan yang paling mudah ialah daftar pemandu Grab tanpa perlu ke hq ).

Itu sahaja, paling cepat endorsement jika hard copy ( yang di print ) susah atau lambat nak dapat.

Sebab biasa pendaftaran pemandu Grab pending

thumbnail

Ramai yang daftar sebagai pemandu grab tetapi pendaftaran bukan terus dengan sekali hantar sahaja, kenapa dan apa sebabnya. Jika anda di wasap oleh mereka yang jadi tukang daftar akaun grab driver dan mereka akan meminta anda memberikan info-info untuk di key in dalam sistem, pastikan info yang anda berikan tepat dan betul serta terbaru. Mereka akan bagi anda panduan untuk memberikan info dan gambar dokumen. Anda saya cadangkan ikut panduan yang  mereka berikan sebab mereka ini ada hubungan terus dengan grab hq untuk menyemak permohonan anda sebagai pemandu grab.



Jika dan gagal mematuhi apa  yang mereka minta, permohonan anda sebagai pemandu Grab biasanya akan pending, bukannya gagal sehingga lah anda memberikan apa yang hq grab mahukan. Kami akan berkongsi sebab-sebab biasa permohonan sebagai pemandu grab pending.

Sebab biasa pendaftaran pemandu Grab pending


Apakah sebab permohonan sebagai pemandu grab pending?

1. cover note insuran tak jelas - ini adalah kerana tulisan dalam cover note insuran ni kecil dan jika anda gunakan handphone yang kameranya tak power, bila gambar cover note di besarkan, tulisan akan pecah dan tak dapat di baca.

Selain itu anda kena pastikan nama anda ada di dalam cover note  insuran. Jika tiada nama anda sebagai pemandu ( authorised driver ), hubungi insuran untuk tambah nama driver pada bila-bila masa sahaja.

grab driver registration free

Jika insuran tulis ' any authorised driver ' , owner kereta perlu sediakan surat kebenaran kepada yang nak daftar menggunakan kereta tersebut sebagai pemandu grab.

2. gambar profile - tak boleh pakai topi/songkok, kaca mata hitam. Gambar kena terbaru dan original daripada tuan punya badan dan bukannya daripada gambar yang telah di print. gambar paras dada adalah yang terbaik.

3. background check fail - maksudnya anda ada sejarah lampau yang tak bagus seperti pernah masuk penjara dan mempunyau saman polis trafik/jpj yang banyak.



4. pending kuiz - dalam proses pendaftaran pemandu grab, anda kena buat training online dan kuiz. Markah kuiz mesti di ambil daripada gmail. Prinskrin markah dari gmail dan berikan kepada pendaftar grab. Jika anda  kata telah siap kuiz tetapi tak terima email ' congratulation ' dari grab yang di hantar secara automatik, biasanya anda gunakan email gmail yang salah ( ejaan salah ) dan juga anda tak baca manual sampai habis.

Itu lah antara sebab utama permohonan sebagai pemandu grab pending. Anda perlu siapakan apa yang pending untuk pengaktifan akaun grab driver.

Pendaftaran sebagai pemandu uber / uber driver pending?

thumbnail

Kenapa biasanya pendaftaran sebagai pemandu uber / uber driver pending atau sangkut? Ramai yang daftar pemandu uber sendiri tanpa melalui doster dan ramai juga yang tak berjaya kerana beberapa perkara. Post kali ni saya  cuba kongsikan sebab kenapa pendaftaran sebagai pemandu uber bukan gagal tetapi sangkut atau pending kerana benda-benda yang simple sahaja.

Sekarang ini, harga uber sudah naik sedikit tetapi masih lebih rendah daripada grab. Walaupun begitu, ini merupakan satu keuntungan untuk pemandu Uber berbanding sebelumnya. Lebih berbaloi untuk memandu uber sekarang ni berbanding dulu.



Oh ya, harga tambang uber mengikut masa dan jarak ya. Dengan adanya perkongsian tentang sebab-sebab pendaftaran pemandu uber online sangkut, harap tuan-tuan dapat kelulusan akaun uber dengan lebih cepat. Sekarang ni, maksimun kelulusan memerlukan 4 hari kerana uber akan buat semakan polis untuk kes-kes jenayah seperti kalau pernah kena jail atau kes dadah. Oh ya, jika nak daftar Grab driver tanpa ke hq, boleh juga.

Kenapa permohonan sebagai pemandu Uber pending?


Jika anda cuba membuat permohonan sebagai pemandu uber sendiri ( tanpa melalui doster 0192055657 ), anda kena tahu beberapa benda:

1. Gambar cover note  insuran salah

Ini sebab utama kerana ramai yang mengambil mudah tentang dokumen cover note insuran ni. Uber memerlukan cover note insuran yang ada di tulis  " THE SCHEDULE atau JADUAL " sahaja. Kalau tuan bagi gambar lain seperti " CONFIRMATION OF PURCHASE ATAU RENEWAL NOTIS " , permohonan tuan akan pending dan tak dapat diluluskan. Macam mana gambar cover note insuran schedule ni? Tuan boleh semak di link di bawah:

2. Nama tiada dalam insuran

Sekarang ni kebanyakkan insuran di bahagian authorised driver ada tulis ' All Drivers ' . Bila ada tulis macam ni, ramai driver yang daftar pemandu uber ingat nama mereka sudah masuk secara automatik, sebenarnya tidak. Hanya insuran dari ETIQA sahaja yang uber terima tanpa pambahan dokumen. Jika insuran lain, Uber nakkan tambahan dokumen iaitu surat kebenaran daripada pemilik kereta ( persendirian atau syarikat sewa keta ) yang mengatakan driver yang memohon ( tuan ) di benarkan menggunakan kereta itu untuk tujuan Uber ( atau Grab ).

Surat kebenaran ini, tuan letak sebelah cover note insuran schedule dan ambil satu gambar sebelum upload di bahagian insuran semasa buat pendafaran uber.


uber driver registration malaysia 2018

3. Period of cover / tempoh insuran tak  di tulis dalam insuran ( schedule )

Ada juga jenis insuran  yang tak tulis tarikh tamat insuran. Jadi sebagai bukti, tuan kena  berikan  gambar geran dan roadtax.

Letak geran dan roadtax sebelah cover note schedule insuran, ambil satu gambar sebelum upload kepada Uber semasa pendaftaran pemandu uber  online 2018.

Jadi, sebelum tuan daftar sebagai pemandu uber secara online melalui link di bawah, 

[+] Link untuk daftar pemandu uber online 2018


tuan kena pastikan dokumen yang diperlukan lengkap seperti yang dikehendaki oleh pihak Uber. Cara paling mudah ialah, tuan boleh wasap saya cover note insuran schedule untuk mengesahkan dokumen itu adalah betul.

Jika ada soalan, tuan boleh tulis di komen supaya uber driver registration yang tuan buat adalah tepat.