Setiap bakal penumpang kereta Grabcar mesti mempunyai aplikasi Grab untuk menempah kereta Grabcar. Aplikasi ini boleh didapati secara percuma di google play store dan boleh download ke smartphone anda. Manakali aplikasi untuk Grab driver pula adalah untuk pemandu Grab. Jangan tersalah ya, penumpang dan pemandu grab menggunakan aplikasi yang berlainan sama seperti Uber juga.
Panduan ini adalah untuk membantu penumpang grab untuk download dan setting aplikasi Grab yang mudah sahaja nak buat. Aplikasi grab untuk penumpang ini wajib ada di dalam smartphone untuk menempah kereta grab. Jika anda hendak menjadi pemandu Grab, anda boleh baca panduan daftar percuma menjadi pemandu Grabcar.
Cara guna download dan setting aplikasi Grab untuk penumpang
1. Download aplikasi grab dari google play secara percuma. Pastikan logo grab adalah seperti di bawah untuk rakyat Malaysia sebab grab ni beroperasi di banyak negara.
2. Aplikasi grab akan meminta anda supaya on GPS anda supaya aplikasi ini boleh semak lokasi tepat anda.
3. Setelah download, daftar untuk menggunakan aplikasi penumpang grab ni. Anda boleh pilih untuk log in guna facebook akaun, akaun google anda ataupun no. telefon anda.
4. Dalam kes ini saya memilih untuk log in menggunakan no telefon saya.
5. Anda akan di minta memasukkan verification kod yang akan di hantar ke smartphone anda. Jangan bimbang kerana aplikasi grab ni auto detect verification kod ini untuk anda.
6. Anda telah berjaya log in ke aplikasi grab untuk penumpang. Seterusnya, lokasi anda akan di kesan secara automatik. Gambar kereta menunjukkan bilangan kereta grab yang sedia mengambil anda di tempat anda berada.
7. Anda hanya perlu memasukkan destinasi ke mana anda hendak pergi. Setelah itu akan di paparkan tambang ( tidak termasuk tol ) yang anda kena bayar dari pick up point ke drop off point. Setelah selesai, sila tekan butang " book " untuk memangil kereta grabcar ke lokasi di nama anda berada. Biasanya driver grab akan menelefon anda untuk memastikan alamat yang lebih tepat.
Itu sahaja panduan penggunaan aplikasi grab untuk penumpang grabcar. Anda juga boleh pilih untuk bayar menggunakan kredit kad atau cash.
Untuk info anda, tambang ke KLIA atau KLIA2 adalah tetap iaitu sebanyak rm65 sahaja. Saya cadangkan anda menggunakan grabcar untuk ke KLIA/KLIA2 dari tempat anda kerana kalau menggunakan teksi atau uber, tambangnya lebih mahal. Tempah sahaja kereta grab dari rumah anda semasa anda bersiap-siap dan kereta Grab akan muncul di depan rumah anda!
Macam mana nak order kereta yang besar?
BalasPadamKalau Uber, request Uber XL untuk kereta 6 tempat duduk ke atas. Harganya lebih mahal dari Uber x.
PadamKalau kite nak guna awal pagi boleh book sehari sebelum ke or pagi tu baru blh book??
PadamPagi baru book cik Nurul
PadamKlu nk book kna sejam seblm @ mcm mne ye?
BalasPadamBolehkah seseorang pelanggan grab menggunakan 2 nombor telefon dalam satu akaun.
BalasPadamsatu no sahaja utk app grab.
PadamTidak dapat daftar kerana varification code tak sampai. Dah cuba banyak kali
BalasPadampm 0192055657
Padamcuba daftar grab tapi asyik ulang masukkan kan maklumat yg sama ..code dtg byk kali.
BalasPadampm admin 0192055657
PadamKenapa tak boleh log in guna smua akaun (no tel, google, facebook)..bnyak kali dah try
BalasPadamcall cs 03-7964 5000 / 1300-80-5858
PadamKenapa setiap nak log in selalu keluar http 404
BalasPadam