Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , , » Aplikasi untuk semak departure dan arrival kapal terbang di KLIA / KLIA2

Aplikasi untuk semak departure dan arrival kapal terbang di KLIA / KLIA2


Aplikasi untuk semak departure dan arrival kapal terbang di KLIA / KLIA2. Kalau korang suka kayuh di KLIA dan KLIA 2, korang sudah tentu memerlukan aplikasi untuk meyemak jadual penerbangan kapal terbang di KLIA dan KLIA 2. Jadi aplikasi manakah yang sesuai untuk kita dalam menjayakan kerja kita sebagai pemandu uber dan grab. Memang terdapat banyak aplikasi di google play tetapi yang mana satukah yang berkesan untuk kita sebagai pemandu uber dan grab?


Ada sesetengah rakan pemandu yang hanya mengambil dan menurunkan penumpang dari airport sahaja, berbaloi katanya. Mungkin juga sebab tak perlu nak kayuh ke sana sini nak pick up. Ambil kat airport sahaja tetai harus di ingat bukan senang untuk dapat ping dari airport. Korang kena baca dulu tip untuk senang dari ping dari klia dan klia 2.

Jadi, post kali ni saya cuba kongsikan aplikasi yang biasa di gunakan oleh otai-otai uber dan grab untuk menentukan masa yang sesuai untuk mencuba nasib di airport.

Aplikasi untuk semak departure dan arrival kapal terbang di KLIA / KLIA2


Jika anda buka google play, banyak terdapat aplikasi untuk semak jadual perjalanan kapa terbang dan ada dua apliaksi airport yang biasa di guna oleh driver uber dan grab di Malaysia iaitu:

1. Flightstats

flight stats


2. Kuala Lumpur Airport KUL

jadual flight klia klia2


Kedua-dua aplikasi ni boleh menolong korang dalam meramalkan jadual flight landing di klia dan klia 2. Cara mudah guna aplikasi airport ni akan saya kongsi dalam post seterusnya untuk anda semua.

updated 31/10/2016: Cara mudah guna aplikasi FlightStats 2016.

Jangan tamak-tamaknya, nanti saya buatkan siap dengan gambar-gambar lagi supaya mudah faham.



Terima kasih kerana membaca Aplikasi untuk semak departure dan arrival kapal terbang di KLIA / KLIA2.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan