Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Tip untuk pemandu baru Uber dan Grab

Tip untuk pemandu baru Uber dan Grab


Tip untuk pemandu baru Uber dan Grab adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan pemandu baru uber dan grab baru di Malaysia. Korang pun akan alami benda yang sama juga, hanya masa menentukan. Jika korang rajin ambil trip, korang akan cepat dapat pengalaman semasa mengambil dan membawa rider. Korang akan tahu apa yang nak kena buat dan prepare supaya korang lebih bersedia untuk menjadi pemandu uber dan grab.



Tip ini adalah untuk membantu korang dalam merancang strategi korang buat duit dengan uber dan grab. Ini sebagai panduan dan perkongsian sahaja, mungkin cara korang berbezakan. Semoga tip uber dan grab ni memberi manfaat kepada korang di dalam pekerjaan sebagai pemandu uber dan grab di Malaysia.

Tip untuk pemandu baru Uber dan Grab

s

1. Lebih mudah jika pick up rider di shopping mall, stesen lrt, dekat kedai berbanding dengan pick up di apartment. Biasanya rider ni lambat nak turun, kita driver ni setelah sampai kena call dulu dan barulah rider akan turun. Ini semua kos. Jika anda nak jaga rating, susah sikit la kan. Rating untuk dapat insentif. Jika anda tak jaga rating macam saya, saya akan accept yang senang nak pick up dan jimat masa.

2. Jangan banyak cancel trip tanpa alasan yang kukuh. Jika tak mahu ambil, jangan online. Kalau cancellation banyak sangat ( saya tak pasti berapa banyak ) di bimbangi akaun uber dan  grab anda ban atau deaktivate akaun anda. Kena la buat rayuan dan terpaksa la offline 2-3 hari. Takde income uber / grab le 2-3 hari.

3. App grab membolehkan korang tahu kat mana rider nak turun berbanding dengan app uber yang korang tak tahu ke mana rider nak pergi. Jadi buatlah pilihan korang. Saya senang menggunakan grab  sebab ini lah. Jika full time driver, takde masalah sebab ini memang kerja korang, Trip jauh lagi best kan. Kalau part time, biasanya masa tak banyak dan trip jauh cuba di elakkan.

4. Korang boleh on kedua-dua app serentak dan ambil rider yang masuk dulu. Lepas tu korang off la app yang satu lagu supaya tidak menganggu perjalanan anda. Smartphone anda tak akan hang, ok jer untuk kebanyakkan smartphone.

5. Jenis telefon juga penting untuk menerima signal yang kuat. Korang boleh semak jenis telefon yang sesuai dengan app uber dan grab. Good luck. Kalau boleh, guna smartphone yag ada spec yang tinggi, tak semestinya mahal. Guna asus pun boleh, murah je dan spec tinggi.

6. Kalau malas, korang boleh pick up kat klia / klia2 sahaja, pun masyuk juga. Tak payah nak pusing-pusing. Tunggu sejam pun takpe, masih berbaloi. Ramai-ramai otai-otai grab dan uber buat macam ni, pick up ke dan dari klia sahaja. Tapi rating memang jatuh la, tak terjaga. Nak tahu tip buat duit uber dan grab di KLIA / KLIA2, boleh baca post yang lepas.

Updated 09/11/2016


7. Jika anda baru sahaja hari pertama hendak memandu uber dan grab, pastikan anda sediakan duit kecil pecahan rm1, rm5 dan rm10 sebanyak rm30-rm50 untuk memudahkan anda memberi baki bayaran kepada penumpang anda. Penting ni supaya takde le nampak sangat anda ni pemandu baru. Saya letak duit kecil ni dalam satu beg kecil dan letak dekat tempat pemandu supaya senang nak ambil.

8. Pastikan anda ada smartphone holder. Ini mesti ada. Dapatkan bajet smartphone holder untuk pemandu uber dan grab di kedai Ustaz, murah sahaja. Bawah rm10 boleh dapat. Saya cadangkan anda beli jenis yang lekat dekat aircond tu. Jangan guna yang lekat kat stering atau cermin. Boleh juga tapi kurang berkesan.

9. Pastikan line telefon anda stabil. Kalau boleh guna yang bil bukan yang prepaid supaya line telefon tidak terganggu - jika anda serius sebagai pemandu uber dan grab. Line mana yang sesuai, saya tengah kaji. Siap kajian saya nanti, saya kongsikan kat sini. Wacchaaa.

Itu sahaja Tip untuk pemandu baru Uber dan Grab. Harap boleh membantu anda untuk memaksimun pendapatan uber dan grab korang. Jika anda belum daftar lagi sebagai pemandu uber dan grab, anda bolehlah daftar hari ini. Daftar secara online sahaja.

Ketika orang lain memerhati, kita telah buat - Jack Ma ( Chairman Alibaba Group )


Terima kasih kerana membaca Tip untuk pemandu baru Uber dan Grab.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



32 komen:

  1. Tips yang menarik. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Tips yang menarik. Terima kasih

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama11 Mac, 2017

    Boleh ke buat 2 akaun
    akaun pertama suspended
    buat akaun kedua

    BalasPadam
  5. Salam tuan..bagaimana nak cancel trip uber kalau driver ter"accept" job? Saya newbie baru belajar 😊

    BalasPadam
  6. Nak tanya, untuk tau brapa orang yang naik krete kte mcam mne ye!?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena call tanya tuan. Rider book satu keta, max 4 orang. Grabshare 2 org.

      Padam
  7. Kedai ustaz mana tu..

    BalasPadam
  8. Tuan.. bole tak buat dua driver untuk satu kereta... Cthnya... Nama sya sebagai pemilik kenderaan.. jadi sya daftar swbagai pemandu grab... Lepas tu sya nak daftar pemandu kedua... contohnya adik sya... Bole tak macam tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat tuan. Tuan boleh daftar mudah uber ikut panduan bergambar ni https://ubergrabcar.blogspot.my/2017/06/cara-mudah-daftar-pemandu-uber-online-percuma-malaysia.html

      Padam
  9. u, kalau kena terminate uber, dh xde 2nd chance ke? help meee

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih ada harapan, whatsapp saya 0192055657

      Padam
  10. boleh ke buat sekali uber dgn grab? tak kena ban?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, cuma bagi grab tak boleh jadi grab ambassador.

      Padam
  11. en kalau profile keluar rejected masihbada peluang lg ke...xtau knp sbb smlm blh online...buka pg td trs kluar your acc need attention...mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan kena hubungi pihak uber di http://t.uber.com/klchat

      Padam
  12. maaf bertanya, macam mna caranya utk menyemak rating diberikan kepada pemandu oleh penumpang ?

    BalasPadam
  13. Encik,bagaimana nak buat 2 trip untuk customer yg sama?

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum.. Nak tnya klu da d banned (account deactive) mcm mna nak aktifkan blik ye? Kna buat rayuan ke? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena ban, takde harapan. keccuali grab suruh buat rayuan.

      Padam
  15. Tuan,bagaimana saya nak tukar IMEI hp yang berdaftar dengan GRAB sekarang dengan HP baru saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. OK, jika nka guna phone baru ( tukar phone ), tuan download app grab driver dalam phone baru, catatkan no IMEI dan call cs grab. No ada di bwh blog ini.

      Padam
  16. Assalamualaikum.. Klu rider yg buat cancellation x apa² ke dgn driver? Driver kena ke? (Grab)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak, kalau rider yang cancel, takde kesan kepada rating driver.

      Driver, elakkan buat cancellation, lebih baik jgn ambil job daripada ambil dan cancel.

      Padam
  17. Dah chk ke line telco yg mana terbaik utk uber/grab driver? 😁😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semak. Pada firasat kami, guna celcom/maxis.

      Padam