Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2. Biasanya ramai driver uber dan grab akan menunggu di klia / klia 2 ( k1 dan k2 ) menyebab persaingan untuk mendapat ping di kalangan driver uber dan grab sangat tinggi. Ini menyebabkan ada yang kecewa kerana tunggu sejam pun belum tentu boleh dapat ping. Kadang-kadang ada sahabat-sahabat driver yang mudah dapat ping. Apakahnya rahsianya,
Edisi bongkar kali ini akan berkongsi tentang cara untuk senang dapat ping di klia . klia 2. Benda ini adalah subjektif tetapi sedikit sebanyak boleh menolong driver untuk mendapat ping dan rider di klia / klia 2. Korang boleh pertimbangkan benda-benda ni jika korang serius nak mengayuh di klia / klia 2.
Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2
Tip-tip yang saya cuba kongsikan ini di harap tidak menyebab otai-otai uber dan grab marah pada saya. Jauh sekali saya nak kacau pendapatan mereka. Saya hanya berkongsi sebab rezeki tu masing-masing kata orang. Kita boleh berikhtiar selebihnya berserah kepadaNya.
1. Guna smartphone yang ada spec tinggi. Secara lojiknya, spec tinggi ni akan senang dapat signal. Smartphone kena support 4g ke atas. Sudah tentulah spec tinggi lagi bagus kan dan harga lagi mahal. Boleh la kalau nak kena beli baru, beli asus. Cari yang spec tinggi. Korang boleh semak contoh smartphone yang kurang dikomplain mengenai masalah network.
2. Guna line telco yang power. Mana satu yang power. Ada yang kata macam-macam. Tetapi seseorang yang boleh di percayai, di klia / klia 2 ada pencawang umobile dan maxis ( betul ke tidak, saya tak dapat pastikan ). Jadi 2 network ni saya cadangkan untuk kayuh di klia / klia 2. Ini secara keseluruhannya la.
3. Kalau korang guna digi, di klia 2 tunggu di tiang 9 kat lane no. 2 sebab kat situ line digi stabil kerana area situ dah keluar sikit dari bangunan. Maklumlah bawah bumbung, signal tak kuat.
4. Bagi pengguna celcom pula ( ada juga bahagian pengguna celcom ), tunggu di tiang 2, 3 dan 4 di klia 2 ya.Cuba park kat lane sebelah kanan dalam sebelah dengan parking, Moga-moga anda ada rezeki.
5. Kena tahu jadual kapal landing juga baru senang dapat ping. Takde orang memang la takde ping kan. Kena ada jadual flight mendarat di klia / klia 2 ni. Time yang senang dapat ping ialah:
12 tgh malam
4 pagi
7 pagi
10 pagi
12 tghari
4 ptg
7 mlm
9mlm.
Lain-lain masa di nasihatkan balik tidur kat rumah je la. Tak payah nak tunggu. Ambil kira juga flight cancel. Masa menunggu paling lama ialah sejam. Average ialah setengah jam. Kalau lebih sejam tuh, baik la pergi ke Cyberjaya dulu. Boleh beberapa trip tuh.
6. Kalau app uber, korang set lokasi ke klia / klia 2.
7. Kat klia2 polis akan datang bila dah ramai kereta kat dalam arrival hall. Jangan tinggal kereta jauh dari anda takut nanti kena saman dengan abng polis. Lagi satu bawah bumbung signal tak kuat, tak payah nak masuk ke dalam sangat.
8. Kalau polis datang, elok beredar je la. Jangan buat keras kepala. Biar polis buat keje keje. POlis boleh datang dari arah bertentangan juga. Jadi elakkan park paling depan atau paling belakang. Macam mana nak tahu polis datang? Ada bunyi wisel dan juga bunyo hon panjang. Segera beredar la. Polis biasa datang pukul 9-10 pagi, 1-3 ptg, 5-7 mlm dan 9-10 mlm. Lepas 12 mlm, cantik untuk lepak situ.
Apa pula kata netizen dan juga pemandu uber dan grab sendiri tentang cara nak dapatkan rider dari KLIA dan KLIA 2 ni.
Semuanya adalah nasih sahaja. Tiada tip untuk senang dapat rider dari KLIA atau KLIA 2.
Itu sahaja Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2 uber dan grab. Harap dapat membantu. Jika korang ada pengalaman dan nak kongsikan, boleh tinggalkan di ruangan komen.
JIKA korang rasa tip uber / grab klia / klia 2 ni sangat membantu korang, korang boleh shar dan like artikel ni. Sokongan anda samgat berguna untuk saya update lebih banyak tips tentang uber dan grab.
JIKA korang rasa tip uber / grab klia / klia 2 ni sangat membantu korang, korang boleh shar dan like artikel ni. Sokongan anda samgat berguna untuk saya update lebih banyak tips tentang uber dan grab.
Terima kasih atas perkongsian. tips yg sgt bermanfaat
BalasPadamterima kasih, tunggu lagi untuk tip-tip yang berdasarkan pengalaman pemandu uber dan grab yang sebenar, bbukan sekadar teori
BalasPadamTiang2 maksudnyer refer kpd pintu ke?
BalasPadamiya tuan.
PadamBukan.. Pd tiap2 pintu ada sebilangan tiang2 bernombor.. Takkan tak perasan eh.. Kata main klia.. Haha
PadamBoleh bantu saya daftar grab x
BalasPadamxlepas kt soalan2 ujian mpi skg
Boleh. Whatsapp 0192055657
Padamsy baru register uber.. mcm mana nk que kt klia tu? maksud sy nk dpt no que tu..kene set destination ke?
BalasPadamtak perlu, pergi je melepas petronas tuh, automatik akan keluar no q kat uber app
PadamSalam en...no q tu akan ada notification dkt app driver x?contoh no q12.. Maksudnye org ke12 atau tiang 12?sori newbie.
Padamcth 90 dr 100, camtulah.
PadamKalau grab memang xde no que ke? Atau tunggu lepak kt petronas aje?
BalasPadamtakde q, tunggu sedekat mungkin dgn bakal rider.
Padamhye..saya ingin bertanya,contohnya kereta saya bergerak adakh ping akan masuk sekirannya kereta kita bergerak atau adakh kita kene berhenti
BalasPadamElok jgk tanya..sy pun nk tahu.
PadamKita bergerak atau berhenti selagi app grab online, kita boleh terima ping.
PadamAda tak link whatsapp group grab driver link untuk join. Senang sikit nak bertanya apa2 yang berkaitan
BalasPadamada tu bahagian tepi blog ni ( jika buka dgn pc ) atau bahagian bwh ( jika buka dgn phone )
PadamSaya bkn driver grab..tapi nak cari grab yg mudah dan murah tu bagaimana..kalàu kite nak minta ambil sedara di KLIA hantar ke klang selangor...boleh bg info..t.ksh
BalasPadam