Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia

Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia


Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia. Kecoh dan panas. Uber telah membuat satu peraturan baru di mana driver uber yang nak pick up di KLIA dan KLIA 2 dikenakan sistem FIFO iaitu fiirst in first out. Maksudnya mana-mana driver yang masuk dahulu ke kawasan zone fifo uber di KLIA / KLIA 2 akan dapat rider dulu. Itu juga bermakna, tips uber dan grab di klia / klia2 tak bermakna lagi untuk pemandu uber dan hanya sesuai di amalkan untuk grab sahaja.


Sistem ini telah di adakan di banyak airport seluruh dunia termasuk di Penang tetapi baru sahaja di perkenalkan di airport KLIA dan KLIA 2. Apakah keburukkan dan kebaikkan sistem fifo uber ini kepada driver? Adakah sistem ini mampu memberikan kesan yang positif atau negatif kepada driver uber di Malaysia? FIFO zone ini hanyalah untuk pemandu uber sahaja, untuk pemandu grabcar tiada perubahan akan berlaku buat masa ini.

klia fifo zone
Kredit: Pipi

Walau apa pun, Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia ni telah di laksanakan dan driver terpaksa mengikut. Takkan nak mogok pulak kan. Yang pasti, akan ada yang mendapat income yang lebih rendah dari sebelum ini dan ada yang mengalami kenaikan income jika berkayuh di klia dan klia 2 sahaja.

Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia


Mari kita kaji sikit sistem FIFO uber di klia klia 2 ni.

1. Apabila anda masuk ke Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia, ada tanda merah di uber app driver anda memberikan isyarat bahawa anda berada di zone fifo tetapi anda tidak tahu anda driver ke berapa untuk menerima rider. Tunggu je la. Mungkin sekejap dan mungkin juga lama. Anda sudah di q di dalam sistem fifo uber ni untuk menerima rider. Bermakna, driver uber yang masuk ke zone fifo dulu daripada anda akan dapat rider dulu.


zone uber fifo malaysia
Kredit: Iqbal & rieno


2. Anda jangan keluar daripada Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia ni. Kalau korang dah masuk zone fifo ni dan memang nak ambil rider dari airport, korang jangan keluar dari zone ni. Area yang tepat cover dalam zone ini nanti kami akan kongsikan bila dah ada info lebih lanjut nanti. Tak perlu nak tunggu betul-betul depan pintu, janji masuk je zone ni, korang sudah di q untuk ambil rider dari airport.

fifo zone uber malaysia
Kredit: Iqbal & Ahmad


3. Jika korang terima signal dan accept rider melalui app uber driver tetapi rider cancel trip tersebut, korang masih lagi dalam q yang asal. Maknanya, jika ada rider baru buat request, korang akan dapat signal tersebut. Berbeza jika korang / driver yang cancel trip. Korang kena q akhir sekali. Ingat tu, nasib la korang rider tu nak kemana tapi jangan cancel trip yang korang dapat kat airport.

apa itu fifo uber klia2



4. Keburukkan kepada driver yang ada skill main kat klia / klia 2 ni, korang mungkin akan menurun incomenya kerana kurang trip dapat dari biasa. Korang akan nyampah dengan uber buat sementara waktu. Boleh on grab dan uber sekali. Grab masih ikut cara biasa belum ada fifo lagi buat masa ni.


klia2 fifo zone


5. Bagi driver uber yang baru atau jarang-jarang dapat trip dari klia / klia 2 ni, korang akan rasa ini adil sebab semua driver ada keberangkalian yang sama banyak untuk dapat rider. Asalkan korang dah masuk Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia.


Maklumat lanjut akan di tambah dari semasa ke semasa berkenaan dengan peraturan baru uber kat klia klia 2 ni. Harap-harap para driver uber mengubah teknik masing-masing untuk menajana income yang lebih masyuk dengan uber ni.

Adios.


Terima kasih kerana membaca Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 komen:

  1. hi, uber fifo zone di klia & klia2 bersekali atau asing2. terima kasih.

    BalasPadam