Home » , » Cara tukar lokasi bandar memandu Uber dan Grab

Cara tukar lokasi bandar memandu Uber dan Grab

Setelah mendaftar sebagai pemandu uber atau grab dan memilih lokasi untuk memandu, mungkin lama-lama pemandu berhijrah ke lokasi lain tetapi masih mahu memandu uber dan grab. Jadi ada masalah di sini kerana masa daftar uber dan grab dulu, korang telah pilih satu bandar seperti Kl/Selangor. Jadi bagaimanakah cara untuk tukar lokasi memandu uber dan grab di Malaysia? Persoalan ini akan terjawab setelah korang baca panduan tukar lokasi uber dan grab ini.

Oh ya, jika korang nak tahu cara menjadi driver grabcar, korang boleh baca panduan cara daftar sebagi pemandu grabcar online dan jika nak jadi pemandu uber, bolah baca cara senang nak jadi pemandu uber. Senang je daftar online tu. Uber dan grab beroperasi di bandar-bandar tertentu sahaja ( bukan semua bandar di Malaysia ) dan jika anda mahu bertukar memandu di lokasi yang lain, anda boleh baca panduan di bawah.


Cara tukar lokasi bandar memandu Uber dan Grab


Cara tukar lokasi memandu ( cities ) Uber

Untuk pemandu Uber, korang boleh call customer service uber ( no telefon kat bahagian bawah boleh ) untuk menukar lokasi memandu ( switch ). Katakan korang nak tukar ke bandar JB dari KL, uber boleh buatkan untuk anda TETAPI ingat anda tidak boleh tukar balik ke KL. Pertukaran lokasi adalah tetap.

Jika anda nak memandu di dua lokasi berlainan, anda kena daftar sebagai pemandu uber di bandar yang baru. Maksudnya jika anda sudah memandu di KL dan mahu memaandu di JB, anda kena buka akaun driver uber lagi satu menggunakan kereta yang sama tetapi email yang berlainan!

bandar cities uber grab


Cara tukar lokasi memandu ( cities ) Grab

Untuk tukar lokasi grab pula, apa yang anda kena buat ialah anda kena pergi ke HQ Grab untuk buat pertukaran. Kat kiosk tak pasti boleh buat ke tidak. Korang perlukan alamat di tempat baru. Katakan korang memandu di KL dan nak memandu Grab di JB, pergi HQ buat petukaran di mana HQ grab akan deaktifkan lokasi KL dan aktifkan lokasi memandu baru iaitu JB.

Itu sahaja perkongsian saya tentang cara tukar bandar memandu Uber dan Grab. di harap memberi manfaat kepada semua. Sila kongsikan  dengan sahabat-sahabat dan group-group whatsapp yang berkenaain.



Terima kasih kerana membaca Cara tukar lokasi bandar memandu Uber dan Grab.

Langkah seterusnya:

1. DAFTAR sebagai pemandu UBER.

2. DAFTAR sebagai pemandu GRABCAR.

3. Buat duit dengan UBER tanpa memandu?.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



4 komen:

  1. Tanpa Nama05 Mei, 2017

    saya dah cuba buat akaun lain untuk memandu di 2 bandar ( KL & Perak ) yang berlainan menggunakan email yg berlainan malangnya kedua2 akaun saya di reject oleh uber. better hanya adakan 1 akaun dan 1 lokasi sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tanya cs kenapa permohonan kena reject.

      Padam
  2. boleh tak kita nak semak blk masa pndftaran awal dlu dftar di bandar mana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cari balik email grab, yg ada gmbar profile driver

      Padam

Daftar Grab Tanpa Kiosk 2017

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk