Home » , » Info Uber dan Grab driver

Info Uber dan Grab driver

Ramai yang bertanya tentang bagaimana uber dan grab ni sebenarnya. Jadi kali ini ubergrabcar cuba berkongsi soalan dan jawapan untuk pertanyaan yang biasanya di tanya tentang uber dan grab di Malaysia. Mungkin ada soalan atau kekeliruan yang anda sedang fikir sebelum mendaftar sebagai pemandu grab dan mendaftar sebagai pemandu uber di Malaysia ni. Info-info tentang uber dan grab ni kami kumpulkan untuk anda supaya anda lebih jelas bagaimana uber dan grab berfungi.

Konsep uber dan grab ni mudah sahaja. Tuan daftar sebagai pemandu uber dan grab dahulu dengan memberikan info dan dokumen tentang diri anda. Pendaftaran ambil masa 1 ke 3 hari bergantung kepada beberapa perkara seperti adakah kereta tuan kena inspection ke tidak, tuan daftar dengan siapa dan juga masa tuan boleh siapkan training online dan kuiz.

Setelah akaun uber atau grab tuan aktif, tuan kena download app uber / grab driver ( 2 app yang berasingan ) untuk menerima signal daripada penumpang. Penumpang mempunyai aplikasinya sendiri dan driver mempunyai aplikasi yang lain. Jika penumpang request melalui aplikasi rider, driver terdekat akan menerima signal. Jika driver menerima request penumpang, driver akan pergi ambil penumpang di lokasi yang di masukkan oleh penumpang di dalam app melalui waze atau google maps.

Setelah penumpang naik kereta dan sampai ke destinasi, penumpang akan bayar tambang kepada driver. Inilah pendapatan driver uber dan grab.

Soalan yang biasa di tanya tentang Uber dan Grab


1. Bolehkah jadi pemandu uber dan grab serentak?
Boleh dan ini adalah normal
[+] Daftar pemandu uber
[+] Daftar pemandu Grab

2. Kereta atas nama isteri tapi saya nak memandu?
Boleh asalkan nama tuan ada sebagai driver ke 2 kereta tersebut. Kalau tak ada, sila hubungi insuran untuk tambah nama. Bayaran rm10.

3. Berapa lama lepas hantar dokumen, boleh start memandu grab?
1 ke 2 hari bekerja sahaja

4. Kenapa perlu top up akaun grab?
Grab akan ambil 20% daripada setiap trip. Katakan penumpang bayar tunai tambag rm10. 20% dari rm10 ialah rm2. Rm2 ni grab akan ambil dari top up tadi,

5. Cara top up akaun grab?
[+] Cara top up app grab guna epay

6. Bolehkah tukar no phone atau phone grab?
Boleh, kena update grab dulu. Call cs.

7. Macam mana nak tahu penumpang bayar guna kredit kad?
Akan keluar ' grabpay ' kat app semasa signal masuk.

8. Macam mana nak bayar uber dan grab?
Uber akan ambil bahagian dia 25% daripada bayaran kredit kad penumpang. Grab akan ambil 20% daripada topup. Tak perlu bayar cash kepada uber dan grab.

9. Tahun kereta untuk daftar?
Grab: min tahun 2007. Kereta tahun 2007 ke 2010 kena buat inspection kat grab. Senarai kiosk grab kat sini.
Uber: min tahun 2008

10. Cara kira insentif grab?
[+] Cara kira insentif pemandu grab

11. Sewa kereta untuk buat grab?
[+] Sewa kereta dengan grab

12. boleh ke tukar lokasi memandu?
[+] Cara tukar lokasi memandu uber dan grab

13. Uber / grab ni apa?
-Daftar sebagai pemandu uber / daftar sebagai pemandu grab
-setelah pendaftaran di terima, download uber / grab aplikasi untuk driver
-penumpang minta kereta uber guna aplikasi rider .
-driver uber / grab terdekat akan terima signal
-driver menuju ke lokasi rider dengan guna waze/google maps
-ambil penumpang dan hantar ke lokasi nak pergi
-rider bayar tambang ( inilah income pemandu uber / grab )
-Uber adalah pesaing untuk grab, syarikat berlainan.

14. Saya dah daftar online tapi takde apa2 pun?
whatsapp ' grab ' ke saya 019 2055657

15. Kat mana kiosk grab?
[+] Senarai kiosk grab untuk buat inspection

16. Manual pemandu grab?
[+] Manual pemandu grab dari grab hq

17. Saya umur 20, bolehkah daftar grab/uber?
Uber tak boleh, Grab boleh asalkan lesen penuh ( bukan P)

18. SPAD kacau grab/uber tak?
Tak.
[+] Pegawai SPAD naik grab

Info Uber dan Grabcar driver


update 30.5.17

19. Saya nak buat part time je
Boleh

20. Berapa income grab/uber
[+] Income pemandu grab/uber

21. Yang mana cover note insuran kereta?
Yang ada info tentang kereta seperti plate no, tahun dibuat, harga kereta dll.

22. Saya dah siap kuiz tetapi kenapa masih pending?
- buat kuiz guna email yang tak sama masa daftar
- tak tengok habis video dan manual sebelum kuiz

23. Saya dah daftar sendiri online, bolehkah saya daftar dengan encik?
Boleh, whatsapp saya 0192055657

update 21.7.17

24. Ada senarai kereta yang tak boleh buat grab?
[+] Senarai kereta tak boleh buat grab

25. Kena buat medical ke?
Untuk umur 50 tahun dan ke atas sahaja.

26. Macam mana nak update cover note baru renew?
Upload kat sini: http://j.mp/gc_upload

27. Waze saya problem.
Guna google maps.

28. Berapa orang boleh naik kereta?
Max 4 orang, grabshare 2 orang

29. Yang promo tu, driver buat keje kebajikan je ke?
Tak, tambang tuh grab akan masukkan esok.

30. Apa beza uber dengan grab?
[+] Beza uber vs grab

31. 1st time online app, terus masuk job?
Bukan, itu video demo utk latihan

32. Pergi ambik rider, call tak jawab, rider tak muncul
Call cs bagitahu masalah baru tekan cancel

33. Lama tak online grab/uber ok ke?
Ok, 3 bulan mash ok.

34. Bersambung...



Terima kasih kerana membaca Info Uber dan Grab driver.

Langkah seterusnya:

1. DAFTAR sebagai pemandu UBER.

2. DAFTAR sebagai pemandu GRABCAR.

3. Buat duit dengan UBER tanpa memandu?.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



8 komen:

  1. Kalau sy naik grab bersama dgn seorang kawan, tapi destinasi kami berbeza. Boleh ke pilih grabshare?

    BalasPadam
  2. nak guna uber16 Julai, 2017

    ada tak kes yang permintaan penumpang tak da mana2 driver uber terima? ke setiap permintaan kenada driver uber amik secara wajib

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang berlaku, driver mungkin ada sebab tersendiri dan driver di benarkan untuk tidak menerima job tetapi tidak keterlaluan.

      Padam
  3. Boleh tak satu kereta register 2 driver? Dlm insurance cover note ada nama kedua2 driver ni

    BalasPadam
  4. sy ada lesen motor penuh (CDL)
    tp lesen kereta sy baru buat.
    baru dapat dlm 2 hari. lesen kereta pn automatically CDL lah kn. boleh x sy jd uber driver?

    BalasPadam

Daftar Grab Tanpa Kiosk 2017

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk