Pemandu Grab mesti ada lesen PSV ( Public Service Vehicle ) seperti pemandu teksi bermula 12 Julai 2019 tetapi ini adalah PSV untuk ehailing. Proses pendaftaran untuk mendapatkan lesen psv ehailing ( grab ) ni sedang giat di jalankan. Kami akan kongsikan panduan / cara betul untuk buat lesen psv Grab termasuk medical check up, JPJ dan Puspakom. Kami juga akan kongsikan klinik-klinik Grab untuk buat medikal dan senarai panel sekolah memandu Grab untuk pemandu Grab seluruh Malaysia.
Pendaftaran pemandu baru Grab dibuka seperti biasa dan proses untuk mendapatkan lesen psv grab boleh di buat kemudian. Boleh semak cara daftar permandu Grab KL dan Selangor ( serta negeri lain ) di page facebook daftar pemandu Grab ini. Banyak info berguna untuk daftar driver Grab yang di berikan dan boleh menjawap kekeliruan anda untuk mendaftar pemandu Grab KL / Selangor.
Panduan PSV Grab - Medikal, JPJ dan Puspakom
Bagaimana cara betul untuk buat lesen PSV ni. Anda pasti terbaca kena buat medikal dan kereta kena periksa kat Puspakom kan dan yang mana nak buat dulu ni? Kami akan jelaskan kepada anda kat mana nak medikal check up Grab, senarai sekolah memandu panel Grab, senarai pusat Puspakom dan kos-kos yang terlibat. Anda juga akan mengetahui kos-kos yang anda boleh calim dari Grab sebanyak rm140 per driver.
Pemeriksaan kesihatan / Medical Checkup ( JPJ L8A )
Langkah 1, anda kena buat pemeriksaan kesihatan dulu ( medical check up Grab ). Print borang pemeriksaan kesihatan JPJL8A dan bawa ke Klinik panel Grab
Kos pemeriksaan kesihatan di Klinik panel Grab ialah rm20. Anda bayar dahulu dan claim kemudian dengan Grab. Kami akan bantu anda untuk claim rm20 untuk medical checkup ehailing Grab tu. Simpan resit untuk proses claim nanti. Jadi, kos pemeriksaan kesihatan adalah percuma jika anda buat di klinik panel Grab.
Pemeriksaan Puspakom
Langkah 2, kereta yang berusia lebih 3 tahun kerana pergi Puspakom untuk buat pemeriksaan Puspakom. Pastikan anda servis kereta anda dulu dan baikki apa yang patut supaya anda boleh lepas pemeriksaan puspakom ni - pastikan semua lampu nyala, tinted tak boleh gelap sangat ( kami akan update berapa % nanti ) dan brake dalam keadaan ok.
Anda boleh hubungi pusat-pusat Puspakom berdekatan anda untuk buat temujanji atau boleh walk in sahaja. Anda juga boleh tetapkan masa dan tarikh pemeriksaan kenderaan anda melalui aplikasi myPuspakom.
Pastikan anda membawa Fire extinguisher ( 1kg jenis ABC ) dan Caution Triangle semasa pemeriksaan Puspakom - anda boleh pinjam dengan kawan-kawan yang ada 2 keperluan ini. Kos pemeriksaan Puspakom ialah rm70 dan anda boleh claim dengan Grab rm70 juga! jadi kos Puspakom adalah percuma.
Latihan PSV ( 6 jam ) dan Ujian PSV
Untuk buat Latihan PSV ( JPJL2C ) selama 6 jam tu. anda kena hubungi sekolah memandu yang menyediakan kelas untuk lesen psv ehailing ( jangan tertukar dengan psv teksi, van atau bas ). Senarai sekolah memandu panel Grab seluruh negara, kami berikan di sini:
Selepas menghadiri kelas Latihan PSV 6 jam tu, anda kena pula buat Ujian PSV ( JPJL12 ). Tarikh Ujian PSV anda kena tetapkan selepas Latihan PSV tersebut. Selepas lulus Ujian PSV, barulah anda akan dapat PSV Licence / Lesen PSV. Sekolah memandu akan bantu anda untuk tetapkan tarikh Ujian PSV ni.
Kos bergantung kepada sekolah memandu mana yang anda buat. Jika anda buat di sekolah memandu panel Grab, kos ialah skitar rm100 - rm150 dan anda boleh claim dari Grab sebanyak rm50. Kami akan bantu anda untuk proses claim nanti setelah anda selesai semua proses dan dapat PSV Licence / Lesen PSV.
Cara Claim Medikal RM20+Puspakom RM70+PSV RM50
Setelah anda siapkan semua proses iaitu pemeriksaan kesihatan / medical check up, pemeriksaan kereta Puspakom dan latihan / ujian psv untuk dapatkan lesen psv, kami akan bantu anda untuk claim dengan Grab kos-kos terlibat seperti yang Grab bagi iaitu:
pemeriksaan kesihatan / medical chek up - rm20
Puspakom - rm70
PSV - rm50
Total = rm140 ( rugi kalau tak claim ni )
Cara untuk claim sangat mudah tak kira di negeri mana anda berada, anda whatsapp ke no kami 0192055657. Pastikan anda simpan semua resit dan anda telah dapat lesen psv, barulah anda whatsapp kami.
Untuk dapatkan info-info terkini tentang psv Grab ( ehailing ), anda di minta like page facebook PSV Ehailing - Medikal JPJ Puspakom dan join Group Whatsapp PSV.
Itu sahaja info tentang PSV yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Kami akan update post ini jika ada sebarang perubahan. Kami berharap, anda jangan gantung kunci kerana lesen PSV ini.
I dah siap 6 jam online...belum lagi dapat tarikh exam....bolehkah I pergi buat dulu puspakom walk in ?ataupun kena buat online puspakom.???kalau i walk in di puspakom?
BalasPadamnak tnya cntoh kereta baru beli . perlukah ke puspakom lagi ?
BalasPadamtak perlu. ok dia macam ni. jika mahu daftar tak perlu buat puspakom. setelah daftar dan nak renew roadtax, perlu buat puspakom untuk kereta yang berusia lebih 3 tahun sahaja. Bayaran puspakom rm55 sahaja. Musim covid, kena buat booking dgn puspakom dulu mypuspakom.gov.my
PadamNak Tanya, dah lulus Puspakom Dan seterusnya nak renew roadtax, perlu medical check up tak ?
BalasPadam