Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Daftar Mycar - cara set lokasi phone untuk aplikasi Mycar

Daftar Mycar - cara set lokasi phone untuk aplikasi Mycar


Ramai yang telah tahu dan menggunakan perkhidmatan Mycar sehinggakan aplikasi Mycar driver pernah menjadi top free aplikasi di google play store baru-baru ini. Peningkatan penggunaan sejak aplikasi Mycar di naik taraf baru-baru ini menyebabkan keperluan kepada bilangan driver baru Mycar juga di perlukan. Jika anda berminat, anda boleh daftar pemandu Mycar secara percuma dan prosesnya sangat cepat ( 24 jam sahaja ). Pastikan anda mengikut cara daftar Mycar yang betul supaya permohonan anda dapat di proses dengan cepat. Kami tahu ramai  yang masih pending dan tidak dapat notis tentang permohonan untuk menjadi pemandu Mycar bukan sahaja di KL / Selangor malah di seluruh negara.


Mycar telah menjadi ehailing no. 2 di Malaysia di belakang Grab. Oh ya kepada mereka yang berminat, mereka boleh daftar pemandu Grab dan juga daftar pemandu Mycar serentak ( boleh buat dua-dua serentak guna satu phone sahaja ) untuk memaksimunkan pendapatan sebagai pemandu ehailing ( grab dan mycar ).

Cara set lokasi phone untuk aplikasi Mycar 


Masalah lokasi Mycar ini berlaku setelah aplikasi Mycar di naik taraf baru-baru ini. Bila pemandu Mycar buka aplikasi Mycar, error seperti dalam gambar di bawah berlaku:


mycar driver registration
Masalah tak boleh online aplikasi Mycar
Cara untuk selesaikan masalah aplikasi Mycar ini:

LANGKAH 1. Bergantung kepada model telefon masing-masing, cari setting dan location. Klik ' Locating Method '



pendaftaran mycar
Cari setting dan Location dalam phone ( bukan dalam aplikasi Mycar)




LANGKAH 2: Set ' High Accuracy '



LANGKAH 3: Restart phone dan cuba online aplikasi Mycar

Itulah caranya untuk online aplikasi Mycar bagi yang baru naik taraf aplikasi pemandu Mycar. Ramai pemandu Mycar yang tidak mengalami masalah dan ada segelintir yang menghadapi masalah ini. Selamat mencuba dan berikan komen atau pengalaman anda mengenai hal ini di komen.



Terima kasih kerana membaca Daftar Mycar - cara set lokasi phone untuk aplikasi Mycar .

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan