Mycar ni masih baru lagi kan, jadi panduan ini adalah untuk menghebahkan cara guna mycar app untuk booking kereta mycar oleh penumpang / rider. Tak sampai 5 minit penumpang mycar boleh download dan setting sikit app untuk rider mycar ni. Buat masa ni bayaran guna tunai sahaja di terima. Apa yang anda perlukan ialah email dan gambar profile sahaja. Oh ya, jika anda ada kereta min 2010, anda juga layak untuk daftar sebagai pemandu Mycar.
Cara booking Mycar guna Mycar App untuk penumpang memudahkan anda supaya anda tidak tersalah download app lain selain Mycar app untuk penumpang / rider dan juga cara masukkan no telefon anda. Anda boleh keliru semasa masukkan no phone, seperti saya juga. Selain itu, anda boleh guna mendaftar sebagai pemandu Mycar jika anda berminat.
Cara booking Mycar guna Mycar App untuk penumpang
Cara nak guna app mycar untuk penumpang ni mudah sahaja.
STEP 1: Download Mycar app untuk penumpang di google play ( KLIK SINI )
STEP 2: Masukkan no phone ( hati-hati cara tulis no phone )
STEP 3: Pastikan no phone betul
STEP 4: Verification kod akan di hantar ke sms, sila semak.
STEP 5: Masukkan verification kod
STEP 6: Edit profile
STEP 7: Masukkan gambar, nama dan email
STEP 8: Turn on GPS
STEP 9: Paparan utama aplpikasi Mycar. Lokasi anda telah dikesan secara automatik.
STEP 10: Masukkan lokasi nak pergi
STEP 11: Tengok harga tambang, masukkan promo code ( jika ada ) dan tekan Request Mycar Economy.
STEP 12: Promo code anda boleh semak dalam inbox aplikasi Mycar untuk penumpang baru.
Itulah cara untuk download aplikasi Mycar dari google play dan booking kereta mycar untuk ke destinasi anda. Untuk playstore pun anda boleh download juga aplikasi mycar ni.
Oh ya, jika anda ada kereta 2010 ke atas ( viva pun boleh ), anda di jemput untuk menjadi rakan pemandu / driver Mycar secara percuma dan mula jana duit anda sendiri seperti pemandu Grab.
0 komen:
Catat Ulasan