Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Cara mudah buat lesen PSV Ehailing - Grab, Mycar, Indriver

Cara mudah buat lesen PSV Ehailing - Grab, Mycar, Indriver


Cara buat lesen PSV Ehailing di Malaysia mudah sahaja. Bermula 12 Oktober 2019, kerajaan mewajibkan pemandu ehailing grab, mycar, dacsee dan lain-lain mempunyai lesen PSV untuk menjadi pemandu ehailing. Lesen psv ni boleh satu sahaja dan boleh guna untuk semua ehailing, tak perlu buat lebih dari satu. Bagaimana cara buat lesen psv ni?

Grab, Mycar dan Dacsee ( 3 ehailing terbesar di Malaysia ) telah memberikan diskaun kepada pemandu masing-masing untuk mengambil psv sebelum 12 Oktober 2019. Memandangkan tarikh kuatkuasa telah hampir, pendaftaran baru pemandu Grab, pemandu Mycar dan pemandu Indriver seeloknya telah siap sedia dengan psv sebelum mendaftar sebagai pemandu Grab atau Mycar.

Cara mudah buat lesen PSV Ehailing di Malaysia


Beberapa langkah mudah untuk buat lesen psv melalui sekolah memandu:

1. Medikal chek up

Anda kena buat medikal check up di mana-mana klinik tetapi pastikan anda gunakan borang yang betul. Anda prinskrin borang medikal check up psv ni dan bawa ke mana-mana klinik untuk doktor isikan. Kosnya sekitar rm70. Anda pergi ke klinik dan kata nak buat medikal check up psv.

[+] Borang medikal check up ( sila print dan bawa ke klinik )

2. Hadiri kelas PSV 6 jam

Sila hubungi sekolah memandu untuk tempah untuk hadiri kursus 6 jam psv. Anda akan dengar ceramah mengenai psv, akta-akta dan panduan serta mengambil dan menurunkan penumpang. Kelas 6 jam ni wajib sebelum anda boleh teruskan proses seterusnya. Yura ng yang di kenakan antara rm150-rm250 bergantung kepada sekolah memandu. Kos ini ialah kos sehingga anda siap kelas 6 jam dan exam psv.

[+] Senarai sekolah memandu seluruh Malaysia

3. Exam PSV

Selepas selesai kelas 6 jam psv, anda boleh tempah tarikh exam psv melalui sekolah memandu tersebut. Exam psv ada 60 soalan ABC, anda kena lulus sekurangnya 48 soalan ( 48/60 ). Anda kena dengan ceramah masa kelas 6 jam tersebut kerana jawapan ada di dalam ceramah tersebut.



Untuk membantu anda ulangkaji, kami kongsikan kepada anda panduan dan tip exam PSV di group whatsapp:

[+] Join group whatsapp PSV

Contoh soalan PSV Ehailing untuk tujuan pendidikan tidak ada di dalam blog ini. Anda boleh baca buku panduan exam psv ehailing untuk lulus periksa ujian psv.


[+] Buku pandun kursus psv ehailing ( wajib baca )

Anda baca buku panduan kursus psv ehailing ni, sudah cukup untuk anda lulus exam psv. Tak perlu soalan bocor psv sebenarnya. Contoh soalan periksa psv ehailing ni lebih kurang sama sahaja untuk semua set, tetapi kedudukan soalan berubah dan ada perubahan sedikit antara set-set soalan exam psv.

4. Periksa kereta di puspakom

Jika kereta anda 2016 dan ke bawah, kena periksa kereta di puspakom. Kos sekitar rm70. Sebeleum masuk puspakom, pastikan anda telah baikki apa yang perlu dan jadikan kereta dalam keadaan asal terutama tinted, brake pad dan tayar ( jangan botak )

[+] Senarai Puspakom seluruh Malaysia

Oh ya, untuk masuk pemeriksaan Puspakom, anda kena ada alat pemadam api di dalam kereta. Kena cari yang telah di luluskan oleh Puspakom

[+] Alat pemadam api - lulus Puspakom

5. Buat Kad PSV di JPJ berdekatan

Setelah semua siap, bawak semua dokumen ke JPJ berdekatan untuk buat kad psv anda jika anda telah mendaftar sebagai pemandu. Jika anda baru hendak mendaftar sebagai pemandu grab/mycar/dacsee, anda kena berikan sekali gambar kad psv ni.

Cara buat PSV dengan Grab


Selain daripada buat psv ehailing dengan sekolah memandu, anda juga boleh buat psv dengan Grab sendiri dan kosnya lebih murah iaitu rm80 sahaja. Kami galakkan anda buat psv dengan Grab tetapi keburukkannya prosesnya lambat sikit berbanding buat psv dengan sekolah memandu kerana permohonannya banyak. Proses buat psv dengan Grab lebih kurang seminggu baru selesai.

Anda boleh semak notis di dalam aplikasi Grab anda untuk buat psv dengan Grab.

Cara mohon evp Grab

Setelah siap lesen fisikal PSV, anda kena mohon evp pula dengan syarikat-syarikat ehailing. Guna satu psv sahaja untuk mohon evp dari syarikat berlainan seperti Grab, Mycar dan Dacsee.

Untuk hantar psv dan mohon evp dengan Grab, anda boleh klik link di bawah:






[+] Hantar PSV online dan mohon evp Grab ( semenanjung )

[+] Hantar PSV online dan mohon evp Grab ( Sabah )

[+] Hantar PSV online dan mohon evp Grab ( Sarawak )

Sediakan gambar kad psv depan belakang, sijil puspakom (untuk kereta tahun 2016 dan ke bawah, insuran kereta yang cover ehailing (kalau belum masukkan ehailing, kena tambah dengan syarikat insuran sedia ada ) dan geran kereta.

Proses untuk mohon evp lebih kurang 5 hari. No evp akan keluar dalam aplikasi Grab. Jika hantar PSV sebelum 31 Disember 2019, anda akan dapat rm100 untuk training psv dan bonus rm50.

Cara mohon evp Mycar

Untuk mohon evp dengan Mycar, emailkan gambar kad psv depan belakang, sijil puspakom (untuk kereta tahun 2016 dan ke bawah, insuran kereta yang cover ehailing (kalau belum masukkan ehailing, kena tambah dengan syarikat insuran sedia ada ) dan geran kereta ke:


Paling mudah, anda terus ke hq Mycar di Setia Alam. Boleh waze ' Mycar Setia Alam '.


Cara mohon evp Dacsee

Untuk hantar psv dan mohon evp dengan Dacsee, boleh hantar melalui app - sangat mudah.

[+] Dacsee Driver Community Malaysia

PSV dan EVP


Itu sahaja proses untuk buat lesen psv dan mohon evp ehailaing. Selepas itu barulah boleh daftar driver grabcar atau ehailing lain kerana semasa proses pendaftaran driver grab, anda kena berikan salinan kad psv depan dan belakang.

Jika anda telah ada akaun grab/mycar dan telah daftar indriver app, anda kena hantar salinan kad psv ke semua syarikat ehailing untuk memohon EVP. Sila hantar kad psv anda mengikut cara hantar psv seperti di atas.

Di mana nak mula? Buatlah medikal check up dulu hari ni, proses sekejap sahaja.



Terima kasih kerana membaca Cara mudah buat lesen PSV Ehailing - Grab, Mycar, Indriver.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan