Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

App semak jadual flight arrival KLIA/KLIA2

thumbnail


Cara mudah guna app semak jadual flight arrival KLIA/KLIA2. Ramai yang nak jadi pemandu / driver grab dan juga driver uber di Malaysia. Pendaftarannya untuk jadi driver uber dan driver grab sangat mudah di mana untuk menjadi pemandu grab, tuan boleh cari alpha grab driver ( saya salah seorang darinya) di mana proses pendaftaran pemandu grab tanpa kiosk telah di permudahkan supaya anda diberi panduan untuk mendaftar dan juga training sekali untuk menggunakan grab driver app.



Untuk mendaftar pemandu uber pula, selain dari mendaftar secara online melalui laman web uber, driver baru juga boleh di daftar oleh driver lain menggunakan app uberdost yang boleh di download secara percuma sahaja. App uberdost ni sangat berguna untuk mendaftar driver uber yang baru dengan mudah. Tetapi pendaftaran driver baru uber lebih mudah daripada mendaftar jadi pemandu grab di Malaysia.

Cara mudah guna app semak jadual flight arrival KLIA/KLIA2


Salah satu app untuk semak jadual flight arrival KLIA / KLIA ialah app Kuala Lumpur Airport KUL. Tuan boleh taip " KUL " kat google play dan yang paling atas tu ialah app untuk semak jaduak flight airport ( klia / klia2 ). Selepas itu tuan download app tersebut ke smartphone. Bila dah siap download ( file kecil je ), tuan " open " app semak flights schedule tersebut.


Tuan akan di minta memasukkan PIN no. Tuan masuk apa-apa no pin yang tuan nak tetapi pastikan tuan ingat no pin ini. Selepas tu, tuan pilih bahasa yang nak di gunakan. Tuan boleh pilih default bahasa iaitu " English(US) ".


Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah. Tuan tekan " Arrivals " dan pilih time flight landing yang tuan nak. Untuk info lebih lanjut satu-satu flights, tuan tekan di kod flight tersebut ( contoh MH2603 ).


Info lanjut flight akan keluar kat skrin. Tuan boleh semak flight mengikut masa tuan akan berada di klia / klia2.


App semak jadual flight arrival KLIA/KLIA2 sangat berguna untuk driver grab dan uber yang biasa main kat airport. Kalau dah tunggu di lokasi yang cantik, signal kuat tetapi tiada flight yang tiba, tak dapat juga rider. Jadi masa flights landing tu sangat penting kepada driver uber dan driver grab.



Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia

thumbnail

Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia. Kecoh dan panas. Uber telah membuat satu peraturan baru di mana driver uber yang nak pick up di KLIA dan KLIA 2 dikenakan sistem FIFO iaitu fiirst in first out. Maksudnya mana-mana driver yang masuk dahulu ke kawasan zone fifo uber di KLIA / KLIA 2 akan dapat rider dulu. Itu juga bermakna, tips uber dan grab di klia / klia2 tak bermakna lagi untuk pemandu uber dan hanya sesuai di amalkan untuk grab sahaja.


Sistem ini telah di adakan di banyak airport seluruh dunia termasuk di Penang tetapi baru sahaja di perkenalkan di airport KLIA dan KLIA 2. Apakah keburukkan dan kebaikkan sistem fifo uber ini kepada driver? Adakah sistem ini mampu memberikan kesan yang positif atau negatif kepada driver uber di Malaysia? FIFO zone ini hanyalah untuk pemandu uber sahaja, untuk pemandu grabcar tiada perubahan akan berlaku buat masa ini.

klia fifo zone
Kredit: Pipi

Walau apa pun, Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia ni telah di laksanakan dan driver terpaksa mengikut. Takkan nak mogok pulak kan. Yang pasti, akan ada yang mendapat income yang lebih rendah dari sebelum ini dan ada yang mengalami kenaikan income jika berkayuh di klia dan klia 2 sahaja.

Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia


Mari kita kaji sikit sistem FIFO uber di klia klia 2 ni.

1. Apabila anda masuk ke Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia, ada tanda merah di uber app driver anda memberikan isyarat bahawa anda berada di zone fifo tetapi anda tidak tahu anda driver ke berapa untuk menerima rider. Tunggu je la. Mungkin sekejap dan mungkin juga lama. Anda sudah di q di dalam sistem fifo uber ni untuk menerima rider. Bermakna, driver uber yang masuk ke zone fifo dulu daripada anda akan dapat rider dulu.


zone uber fifo malaysia
Kredit: Iqbal & rieno


2. Anda jangan keluar daripada Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia ni. Kalau korang dah masuk zone fifo ni dan memang nak ambil rider dari airport, korang jangan keluar dari zone ni. Area yang tepat cover dalam zone ini nanti kami akan kongsikan bila dah ada info lebih lanjut nanti. Tak perlu nak tunggu betul-betul depan pintu, janji masuk je zone ni, korang sudah di q untuk ambil rider dari airport.

fifo zone uber malaysia
Kredit: Iqbal & Ahmad


3. Jika korang terima signal dan accept rider melalui app uber driver tetapi rider cancel trip tersebut, korang masih lagi dalam q yang asal. Maknanya, jika ada rider baru buat request, korang akan dapat signal tersebut. Berbeza jika korang / driver yang cancel trip. Korang kena q akhir sekali. Ingat tu, nasib la korang rider tu nak kemana tapi jangan cancel trip yang korang dapat kat airport.

apa itu fifo uber klia2



4. Keburukkan kepada driver yang ada skill main kat klia / klia 2 ni, korang mungkin akan menurun incomenya kerana kurang trip dapat dari biasa. Korang akan nyampah dengan uber buat sementara waktu. Boleh on grab dan uber sekali. Grab masih ikut cara biasa belum ada fifo lagi buat masa ni.


klia2 fifo zone


5. Bagi driver uber yang baru atau jarang-jarang dapat trip dari klia / klia 2 ni, korang akan rasa ini adil sebab semua driver ada keberangkalian yang sama banyak untuk dapat rider. Asalkan korang dah masuk Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia.


Maklumat lanjut akan di tambah dari semasa ke semasa berkenaan dengan peraturan baru uber kat klia klia 2 ni. Harap-harap para driver uber mengubah teknik masing-masing untuk menajana income yang lebih masyuk dengan uber ni.

Adios.

Cara guna aplikasi FlightStats untuk semak jadual arrival airport

thumbnail
Cara mudah guna aplikasi FlightStats untuk semak jadual arrival airport. Tips kali ini ialah saya cuba berkongsi dengan korang cara nak semak jadual arrival flights di airport. Korang sepatutnya dah baca aplikasi untuk semak jadul arrival ni dalam entri yang lepas. Entri kali ni adalah lebih detail lagi iaitu cara guna aplikasi FlightStats untuk semak jadual airport.


Pastikan korang udah download app ni dari google play secara percuma. Tengok logo tu betul-betul, jangan tersalah aplikasi pula la ya. Almaklumlah nak cepat ambik rider kan wahai sahabat-sahabat pemandu uber dan grab sekalian.


Cara mudah guna aplikasi FlightStats untuk semak jadual arrival airport


Sebelum korang menunggu di airport untuk dapat signal / ping dari rider, korang kena pastikan dulu ada kapal yang landing. Kalau tak jenuh tunggu memang takde ping la gamaknya sebab takde orang nak request. Oh ya sebelum saya teruskan, untuk pengetahuan korang fare uber ialah rm75 dan grab ialah rm65 untuk ke dan dari airport. Lumayan tu kan sebab tu lah entri penggunaan FlightStats ni sangat penting dan ada dalam telefon korang untuk di gunakan.


1. Ok, mari kita mulakan. Mula-mula korang on app flightstats ni. Akan keluar screen seperti di bawah. Kemudian koramg klil ' FLIGHTS '.


register pemandu uber 2016

2. klik ' BY AIRPORT '

cara jadi pemandu uber malaysia

3. Masukkan airport nama iaitu KUL untuk Kuala Lumpur. Klik ' ARRIVALS '

pendaftaran pemandu uber online

4. Pilih masa mana korang nak tengok jadual kapal landing, katakan pukul ' 5.00 PM - 6.00 PM '

link daftar uber

5. Teng teng.. jadul flights ada di depan mata korang. Yang Delayed pun akan di beritahu.

uber driver malaysia link

6. Kalau korang nak tahu detail lagi pasal flights tu, korang boleh klik kat nama flights tu.


Mudah je kan. Saya nasihatkan korang naik kat arrival hall tu 30 min selepas flight mendarat kerana rider perlukan masa untuk berjalan, pergi toilet dan ambil bagasi.

Jika korang rasa info cara mudah nak guna aplikasi FlightStats untuk semak jadual flights di KLIA ni berguna, minta tolong korang share kat fb dan copy paste blog ni kat groups whatsapp korang. Semoga berjaya mendapat rider ke airport dan dari airport ke destinasi lain.

Aplikasi untuk semak departure dan arrival kapal terbang di KLIA / KLIA2

thumbnail

Aplikasi untuk semak departure dan arrival kapal terbang di KLIA / KLIA2. Kalau korang suka kayuh di KLIA dan KLIA 2, korang sudah tentu memerlukan aplikasi untuk meyemak jadual penerbangan kapal terbang di KLIA dan KLIA 2. Jadi aplikasi manakah yang sesuai untuk kita dalam menjayakan kerja kita sebagai pemandu uber dan grab. Memang terdapat banyak aplikasi di google play tetapi yang mana satukah yang berkesan untuk kita sebagai pemandu uber dan grab?


Ada sesetengah rakan pemandu yang hanya mengambil dan menurunkan penumpang dari airport sahaja, berbaloi katanya. Mungkin juga sebab tak perlu nak kayuh ke sana sini nak pick up. Ambil kat airport sahaja tetai harus di ingat bukan senang untuk dapat ping dari airport. Korang kena baca dulu tip untuk senang dari ping dari klia dan klia 2.

Jadi, post kali ni saya cuba kongsikan aplikasi yang biasa di gunakan oleh otai-otai uber dan grab untuk menentukan masa yang sesuai untuk mencuba nasib di airport.

Aplikasi untuk semak departure dan arrival kapal terbang di KLIA / KLIA2


Jika anda buka google play, banyak terdapat aplikasi untuk semak jadual perjalanan kapa terbang dan ada dua apliaksi airport yang biasa di guna oleh driver uber dan grab di Malaysia iaitu:

1. Flightstats

flight stats


2. Kuala Lumpur Airport KUL

jadual flight klia klia2


Kedua-dua aplikasi ni boleh menolong korang dalam meramalkan jadual flight landing di klia dan klia 2. Cara mudah guna aplikasi airport ni akan saya kongsi dalam post seterusnya untuk anda semua.

updated 31/10/2016: Cara mudah guna aplikasi FlightStats 2016.

Jangan tamak-tamaknya, nanti saya buatkan siap dengan gambar-gambar lagi supaya mudah faham.

Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2

thumbnail

Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2. Biasanya ramai driver uber dan grab akan menunggu di klia / klia 2 ( k1 dan k2 ) menyebab persaingan untuk mendapat ping di kalangan driver uber dan grab sangat tinggi. Ini menyebabkan ada yang kecewa kerana tunggu sejam pun belum tentu boleh dapat ping. Kadang-kadang ada sahabat-sahabat driver yang mudah dapat ping. Apakahnya rahsianya,


Edisi bongkar kali ini akan berkongsi tentang cara untuk senang dapat ping di klia . klia 2. Benda ini adalah subjektif tetapi sedikit sebanyak boleh menolong driver untuk mendapat ping dan rider di klia / klia 2. Korang boleh pertimbangkan benda-benda ni jika korang serius nak mengayuh di klia / klia 2.

rider klia klia 2 uber grab

Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2


Tip-tip yang saya cuba kongsikan ini di harap tidak menyebab otai-otai uber dan grab marah pada saya. Jauh sekali saya nak kacau pendapatan mereka. Saya hanya berkongsi sebab rezeki tu masing-masing kata orang. Kita boleh berikhtiar selebihnya berserah kepadaNya.

1. Guna smartphone yang ada spec tinggi. Secara lojiknya, spec tinggi ni akan senang dapat signal. Smartphone kena support 4g ke atas. Sudah tentulah spec tinggi lagi bagus kan dan harga lagi mahal. Boleh la kalau nak kena beli baru, beli asus. Cari yang spec tinggi. Korang boleh semak contoh smartphone yang kurang dikomplain mengenai masalah network.



2. Guna line telco yang power. Mana satu yang power. Ada yang kata macam-macam. Tetapi seseorang yang boleh di percayai, di klia / klia 2 ada pencawang umobile dan maxis ( betul ke tidak, saya tak dapat pastikan ). Jadi 2 network ni saya cadangkan untuk kayuh di klia / klia 2. Ini secara keseluruhannya la.

3. Kalau korang guna digi, di klia 2 tunggu di tiang 9 kat lane no. 2 sebab kat situ line digi stabil kerana area situ dah keluar sikit dari bangunan. Maklumlah bawah bumbung, signal tak kuat.

4. Bagi pengguna celcom pula ( ada juga bahagian pengguna celcom ), tunggu di tiang 2, 3 dan 4 di klia 2 ya.Cuba park kat lane sebelah kanan dalam sebelah dengan parking, Moga-moga anda ada rezeki.

5. Kena tahu jadual kapal landing juga baru senang dapat ping. Takde orang memang la takde ping kan. Kena ada jadual flight mendarat di klia / klia 2 ni. Time yang senang dapat ping ialah:

12 tgh malam
4 pagi
7 pagi
10 pagi
12 tghari
4 ptg
7 mlm
9mlm.

Lain-lain masa di nasihatkan balik tidur kat rumah je la. Tak payah nak tunggu. Ambil kira juga flight cancel. Masa menunggu paling lama ialah sejam. Average ialah setengah jam. Kalau lebih sejam tuh, baik la pergi ke Cyberjaya dulu. Boleh beberapa trip tuh.

6. Kalau app uber, korang set lokasi ke klia / klia 2.

7. Kat klia2 polis akan datang bila dah ramai kereta kat dalam arrival hall. Jangan tinggal kereta jauh dari anda takut nanti kena saman dengan abng polis. Lagi satu bawah bumbung signal tak kuat, tak payah nak masuk ke dalam sangat.


8. Kalau polis datang, elok beredar je la. Jangan buat keras kepala. Biar polis buat keje keje. POlis boleh datang dari arah bertentangan juga. Jadi elakkan park paling depan atau paling belakang. Macam mana nak tahu polis datang? Ada bunyi wisel dan juga bunyo hon panjang. Segera beredar la. Polis biasa datang pukul 9-10 pagi, 1-3 ptg, 5-7 mlm dan 9-10 mlm. Lepas 12 mlm, cantik untuk lepak situ.

Apa pula kata netizen dan juga pemandu uber dan grab sendiri tentang cara nak dapatkan rider dari KLIA dan KLIA 2 ni.

Semuanya adalah nasih sahaja. Tiada tip untuk senang dapat rider dari KLIA atau KLIA 2.
uber grab klia2


Itu sahaja Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2 uber dan grab. Harap dapat membantu. Jika korang ada pengalaman dan nak kongsikan, boleh tinggalkan di ruangan komen.

JIKA korang rasa tip uber / grab klia / klia 2 ni sangat membantu korang, korang boleh shar dan like artikel ni. Sokongan anda samgat berguna untuk saya update lebih banyak tips tentang uber dan grab.