Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Cara claim balik jumlah tol sebenar daripada Uber

thumbnail

Sebagai pemandu Uber, kadang-kadang kita mengalami keadaan apabila jumlah tol yang di bayar oleh kita sebagai pemandu Uber tidak sama dengan jmlah tol yang di proses oleh Uber. Untuk pengetahuan semua, tol akan di bayar oleh penumpang Uber. Tetapi apabila melalui plaza tol, kita sebagai pemandu Uber akan membayar dulu tol tersebut sama ada tunai atau pun melalui smart tag dan tng.

Selepas itu, setelah sampai ke lokasi drop off, Uber akan memasukkan jumlah tol tersebut ke dalam tambang yang kena bayar oleh penumbang kereta Uber. Di sinilah biasa berlaku kesilapan kerana jumlah tol RM yang Uber masukkan tidak sama dengan jumlah tol sebenar yang di bayar oleh pemandu uber di plaza tol. Tetapi sebagai pemandu Uber, kita boleh claim balik jumlah tol yang tidak cukup ini dengan senang. 


Cara claim jumlah tol kepada Uber


Cara nak clam balik jumlah tol yang kurang ini senang sahaja. Korang ikut je langkah-langkah di bawah dengan menggunakan app driver uber korang di smartphone.

1. Buka app driver korang. Akan terpapar dashboard seperti gambar di bawah dan korang kena klik ' Help'.


2. Klik ' Trips and Fare Review


3. Klik ' A toll was not processed


4. Sila pilih trip yang mana satu untuk anda claim balik jumlah tol yang kurang


5. Klik 'Fare Review'


6. Masukkan tol amount dan juga tol di mana korang masuk dan keluar highway serta jumlah total tol yang korang bayar. Jika terlupa, korang boleg semak di plus.com.my.

7. Lepas tu tekan butang 'Submit'


Tunggu info daripada Uber. Uber akan bagi notis melalui email korang. Biasanya dalam sehari dah settle kalau jumlah tol yang salah ini. Mungkin sebab uber belum update sistem tentang jumlah tol sebenar ni.

Updated:

Dalam hari yang sama juga, uber akan hantar email memberitahu bahawa jumlah tol yang tidak di proses telah selesai. Dalam kes saya, tol sepatutnya rm2.70 tetapi pada payment awalnya uber hanya bagi rm2. Jadi setelah saya buat claim baik kat uber, uber telah memasukkan 70 sen ke dalam akaun uber saya.

cara calim tol uber

 Cekap juga servis uber ni. Memang saya berpuas hati dengan servis untuk untuk driver. Cuma caj 25% tu yang tak tahan tu.

Telefon yang sesuai untuk pemandu Uber

thumbnail
Telefon yang sesuai untuk pemandu Uber. Adakah anda terfikir, telefon apa yang sesuai untuk pemandu uber ( malah untuk grabcar pun sama )? Mesti ramai tertanya-tanya kan sebab penggunaan smartphone ni sangat penting untuk menerima signal yang kuat daripada penumpang uber. Silap-silap anda paling last sekali yang dapat ping daripada penumpang.

Cara daftar sendiri Grabcar ( klik sini )

Model telefon manakah yang patut anda beli jika anda nak jadi pemandu uber? Anda kena memilih dalam hal ini. Saya bukan penjual telefon, saya hanya berkongsi sahaja mengikut ilmu yang saya ada sebagai pemandu uber ni. Saya takde le nak makan sorang, serius saya nak kongsi sahaja model telefon yang sesuai untuk uber/grab/mycar. Anda orang bertuah nampaknya.

Tip untuk pemandu baru uber

thumbnail


Tip untuk pemandu baru uber. Ok kalau korang ialah pemandu baru uber, korang kena tahu sikit tip sebagai pemandu baru uber supaya korang boleh bagi servis terbaik 5 bintang untuk pelanggan uber korang. Rider uber ni biasanya kali pertama kita jumpa, kitat ak kenal pun siapa kan. Mungkin ada yg rasa segan dan sebagainya.

Ok, ini dia tip untuk pemandu baru uber:

1. tolong buka pintu ke tak
kalau korang tolong buka pintu untuk rider uber, lagi baik la berbanding dengan tak bukakan pintu. Tak buka pun tak apa sebab rata-rata rider uber akan buka pintu kereta sendiri sebab mereka biasanya akan duduk di seat belakang sahaja. Jarang yang duduk depan sebelah driver uber.


pemandu uber


2. terus unlock pintu
bila sampai ke destinasi rider, sebagai pemandu uber kita kena terus unlock pintu. Sebab rider ni bila dah sampai ke lokasi, dia akan terus buka pintu, tambah-tambah yang bayar guna kredit kad. Kalau naik ramai-ramai dan bayar cash, sorang sahaja tukang bayar yang paling lambat turun. Yang lain terus nak buka pintu untuk turun.
3. berikan salam dan senyuman
ini penting juga sebagai softskill. Berikan salam kepada yang muslim dan senyuman sekali. Kadang-kadang di kala ambil rider, sebagai pemandu uber kita sibuk dok tekan menu-menu kat app uber partber tuh, lupa nak berikan semua itu.

4. google maps ke waze
ikut mana yang korang biasa guna. Mana-mana pun ok sepanjang pengalaman kami sebagai pemandu uber ni.

Itu sahaja tip untuk pemandu baru uber untuk kali ini. Selamat memandu.

Cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia

thumbnail

Laporan ini adalah mengenai cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia. Seperti yang anda tahu, uber ialah satu applikasi online yang menghubungkan penumpang dengan pemandu kereta. Jika anda nak gunakan khidmat kereta uber untuk menghantar anda ke mana-mana lokasi, anda perlu download applikasi uber dahulu. Anda dikenali sebagai Rider dan pemandu uber di kenali sebagai ubar partner.

Anda kena download applikasi uber di google play store secara percuma dan kena buat sedikit setting untuk memasukkan maklumat diri anda ke dalam applikasi uber untuk rider. Ada satu lagi applikasi untuk driver uber yang di kenali sebagai uber partner.


Jadi, laporan ini adalah untuk rider mengisi maklumat lanjut ke dalam applikasi uber untuk mengunakan perkhidmatan kereta uber. Lebih menarik lagi, ada juga laporan mengenai cara anda daftar jadi pemandu uber di Malaysia.

Cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia


Senang sahaja nak isi maklumat anda ke dalam applikasi uber ni. Setelah anda cari di play store dan download applikasi uber ke smartphone anda, apabila anda buka applikasi uber tersebut, anda akan nampak paparan seperti di bawah.


Anda pilih ' REGISTER ' untuk mendaftar sebagai rider / penumpang uber. Setelah tekan daftar, anda akan nampak paparan skrin smartphone anda seperti di bawah.


Masukkan maklumat tentang diri anda. Utamakan akaun gmail daripada menggunakan email lain. Masukkan nama dan no phone yang betul sebab mamti uber akan hantar verification kod ke no phone anda.


Semak phone anda. Satu verification kod telah di hantar dan anda kena isi verification kod uber tu ke dalam applikasi uber seperti di atas. Sebab tu anda kena pastikan no phone yang anda masukkan adalah betul.


Jika anda di minta untuk memasukkan PROMO CODE, sila masukkan kod di bawah untuk anda menerima free ride bernilai rm20.

PROMO CODE: ahnca7r3ue

Itu sahaja laporan mengenai cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia. Anda juga elok baca cara guna applikasi uber untuk rider / penumpang. Ini adalah sambungan kepada laporan ini. 

Jika ada kekeliruan, anda boleh tulis di bahagian komen untuk saya menjawabnya. Terima kasih.