Kali ni aku nak citer skit trip ke 5 aku dengan uber black ni. Bukan apa pun, saja nak bagi pemandu uber yang baru tu berani sikit nak ambik rider dan hantar ke lokasi yang diorang nak. Buat permulaan korang boleh hantar kat tempat-tempat yang dekat dulu, ke lokasi yang korang tahu. Ini boleh menimbul rasa keyakinan korang sebagai pemandu uber sama ada part time atau full time. Biasa kalau part time ni kurang motiasi sikit. Kalau pemandu baru, malas nak ambik ping takut rider uber nak pergi ke destinasi yang korang tak nak pegi kan.
Aku pun kira baru jugak la dan sekali sekala je on Uber applikasi ni bila ada masa terluang. Sebagai pemandu part time uber, aku sekarang ni lebih yakin untuk memandu kerata uber black ni. Setelah tahu sikit-sikit kerenah rider uber, rasa yakin tu meningkat. Rider tak semuanya seperti yang kita sebagai pemandu uber ni bayangkan. Ada yang sporting dan ucapkan terima kasih kerana menghantar mereka ke satu-satu destinasi, iya mungkin penting bagi mereka nak cepat kan.
Trip ke 5 Uber Perdana Lakeview West ke Neo Cyber Cyberjaya
Trip ke 5 kereta Uber ni aku ambil rider kat Perdana Lakeview West Cyberjaya. Aku baru on uber app partner dalam 5 minit, terus ping masuk. Mungkin rezeki aku le kot kan. Jadi, navigate guna google maps ke Perdana Lakeview West. Pada masa ni aku ada kat Shafburry Cyberjaya, tak jauh mana la. Itu pun kalau tahu tempat. Aku memang tak tahu pun, harapkan google maps je.
Sampai ke Perdana Lakeview West, nak ambil rider masuk dalam tu. Macam kondo atau apartment la kat sini. Masuk dalam ambil depan-depan lift. Tapi guard diorang sporting. Eskod masuk sampai lokasi. Terbaik, tak payah aku nak cari-cari. Kali ni rider mungkin orang arab kot, dengan baby. Dia cakap tak boleh dok depan sebab kena teman baby kat belakang. Aku ok jer, Tak pernah lagi rider naik dok depan.
Bawa pergi ke Neo Cyber Cyberjaya, dekat-dekat dengan domain. Sejak jadi pemandu uber ni, aku tahu la nama tempat-tempat tu sikit area Cyberjaya. Kalau tak, haram nak kenal tempat-tempat dan jalan-jalan kawasan ni.
Rupanya ada tasik kawasan tuh. Sebelum ni aku tak pernah pun lalu kat situ dan juga ada jalan belakang ke Neo Cyber tu.
Paymet trip ke 5 uber ni rm13, 4.3 km. Guna uber black.
0 komen:
Catat Ulasan