Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Makin yakin untuk jadi pemandu uber

Makin yakin untuk jadi pemandu uber


Kali ni trip ke 9 aku ambil rider uber. Aku semakin yakin sekarang untuk mengambil rider biasanya kawasan Cyberjaya kerana aku kerja kat sini. Aku buat uber ni secara part time je sebab belum sampai tahap jadi full time driver uber lagi buat masa ni. Berbanding dengan kali pertama aku ambil rider, jauh berbeza tahap keyakinan aku sekarang. Tengok kepada income uber sahabat-sahabat boleh tahan kalau buat secara full time. Ok la kan. Sesiapa pun boleh buat kalau nak sama ada lelaki atau perempuan.


Kenapa aku makin yakin sebagai pemandu uber? Ada beberapa sebab sebenarnya menyebabkan keyakinan aku makin menebal sebagai pemandu uber. Kat sini aku nak kongsi sikit apa yang bagi aku motivasi untuk mengambil rider uber menggunakan  ubar partner app.

Kenapa aku lebih yakin sebagai pemandu uber?


1. Cara guna uber parter app
Ini pun penting juga. Kalau tak tahu mana nak tekan, satu masalah jugak tu sebab kita akan was-was kalau ping masuk, nak terima ke tidak. Kalau kita tahu kat mana nak tekan kat uber partner app tuh, benda ni akan jadi lebih mudah sebagai pemandu uber.

2. Tahu lokasi
Iya, kalau dah tahu lokasi nak ambil rider uber, kita akan rajin untuk terima ping sebab kadang-kadang kita tak tahu lokasi mana walaupun alamat rider uber ada keluar semasa terima ping. Jadi apa nak buat? Korang ronda-ronda la kenal lokasi. Ataupun korang terima je ping masuk dan bergantung kepada waze atau google maps sahaja. Semua rider buat macam ni.

how to be uber driver


3.Bahasa
Kalau tak tahu enggeris, pun boleh sahaja. Rider ni faham sebenarnya. Kita bukannya student universiti nak terror sangat english. Tahu sikit-sikit dah boleh in. Jangan la nampak nama rider uber mat salleh, lepas tu malas nak terima ping. Rugi tuh sebab ping ni kadang-kadang kalau kita nak, tak ada. Kalau kita tak nak, masuk pulak ping nih.
Itu perkongsian sebagai pemandu uber untuk kali ni. Kepada yang belum daftar jadi pemandu uber tuh, boleh lah daftar, senang sahaja nak daftar percuma jadi pemandu uber. Korang ikut je apa yang telah saya kongsikan.

Selamat menguber.



Terima kasih kerana membaca Makin yakin untuk jadi pemandu uber.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 komen: