Heboh dan kecok pasal Delicabs ni. Salah satu app baru yang menyerupai uber dan grab cuba untuk memasukki pasaran perkhidmatan pengangkutan di negara kita. Promosi untuk menarik driver telah di jalankan tetapi promosi untuk menarik rider nampaknya lesu. Nampak gaya ada yang berminat dan ada yang masih ragu-ragu di sebabkab ada bayaran di kenakan.
Bagaimana pemilik Delicabs ni boleh terfikir kenakan bayaran sedangkan uber dan grab tidak mengenakan bayaran? Apakah strategi ni menjadi? Kita tengok je lah nanti. Bolehkah Delicabs ni menyaingi uber dan grab. Menarik driver satu hal, dan yang sukar juga ialah untuk menarik rider. Kalau tambang mahal ( katakan ), sudah pasti akan gagal. Sanggupkah Delicabs meletakkan bayaran lebih rendah dari uber?
RM250 daftar driver Delicabs
Berbaloikah untuk bayar sebanyak ini untuk menjadi driver Delicab sedangkan yang percuma ada. Apa yang boleh kita fikirkan tentang keadaan ini:
1. Tambang - kalau tambang mahal, rider tak nak guna. Kalau tambang murah, driver tak nak guna. Macam mana Delicabs nak mengatasi masalah ini supaya kedua-dua pihak berpuas hati? Adakah Delicabs memanipulasi keadaan trafik, permintaan ataupun kelemahan uber dan grab untuk menang?
Daftar sebagai pemandu Uber dengan percuma!
2. Delicab ambil 10% - uber ambil 25% dan grab ambil 20%. Cara ini mungkin boleh membuatkan Delicabs hidup dan berkembag tetapi sampai bila? Ada jaminan tak keadaan ini berterusan. Orang kata kena cuba dulu baru tahu. Tapi nak cuba dah kena bayar. Kalau free memang boleh cuba dulu online guna app Delicabs ni.
updated 2/11/2016: Pendaftaran Delicabs percuma tetapi pihak syarikat ambil 13%.
updated 2/11/2016: Pendaftaran Delicabs percuma tetapi pihak syarikat ambil 13%.
3. Support - sebagai syarikat baru, mampukah Delicabs menyedia khidmat sokongan yang memuaskan seperti uber? Bagi saya support uber terbaik melalui web rakanuber.com. Banyak masalah boleh selesaikan tanpa pergi ke pejabat uber.
Itulah benda-benda yang boleh di pertimbangkan sebelum anda menggunakan app Delicabs ni. Tak salah ada persaingan sihat tetapi kita akan pilih mana yang mempunyai banyak kebaikkan. Di harap Delicabs telah mengambil kira kelemahan yang ada dengan uber dan grabcar di dalam membuat aplikasi ini.
Aku daftar free jer..tk pyh lh nk buruk2 kn..ko dh dh kya ok dah kaya ambil referal ok lah..
BalasPadammasa post ni di tulis, bayaran ada di kenakan. Sekarang setelah kurang sambutan, ada pakej yang tanpa bayaran tetapi 13% Delicabs akan ambil.
PadamSaya berkongsi sahaja, bukan nak jatuhkan mana-mana pihak.