Ini nak kongsi sikit kisah saya semalam. Lokasi pick up dan drop off di rahsiakan untuk keselamatan. Semalam saya pick up seorang pegawai SPAD guna grabcar. Nampak tak. Maknanya tak salah la kalau bawak kerata grab atau uber ni buat masa nih. Mula-mula borak cam biasa je, dia tanya itu dan ini dan last sekali dia kata dia pegawai SPAD.
Bukannya dia nak nyamar tetapi memang dia nak balik rumah dari stesen LRT. Dia kata SPAD dalam proses untuk daftar teksi, untuk kereta grab dan uber belum tahu lagi macam mana. Sebab tu tak tahu salah ke tidak dan SPAD tak boleh nak tahan dan dakwa. Cuma driver teksi je yang lebih-lebih. Pegawai ni pun takut gak dengan situasi pemandu teksi yang garang-garang ni.
Masa nak naik kereta, pegawai SPAD ni tanya boleh ke duduk kat belakang sebab tempat saya pick up ni ada kereta teksi melepak kat situ. saya cakap ok jer sebab ini kawasan saya selalu pick up. Depan-depan teksi pun pernah pick up sebab saya memang dah lama tinggal kat situ. Kalau driver teksi sergah, saya sergah le balik. Pe de hal, hati mau kering.
Mungkin pemandu-pemandu teksi kat situ dah kenal kereta saya. Sebab selalu sangat pick up kat situ, macam-macam rider dah saya pick kat situ. Kalau teksi yang selalu lepak situ, mesti perasan. Bior je kan.
Kisah pegawai SPAD tadi kan, dia tak kata salah ke betul. Dia pun guna khidmat grab juga. Maknanya belum salah la kalau nak ambil penumpang ikut grab atau uberkan.
Jadi kepada sahabat-sahabat grab, jangan takut nak pick up penumpang tu. Cuba elakkan lokasi-lokasi panas kalau boleh. Itu tip grab / uber yang saya boleh nasihatkan. Kita bukan nak cari gaduh, kita pun cari makan jugak.
Tuan, boleh ke jadi pemandu uber dan grab serentak... guna phone sama atau phone berlainan
BalasPadamNak jadi 3 rentak pun boleh... teksi, tekber, tekrab
PadamTuan, boleh ke jadi pemandu uber dan grab serentak... guna phone sama atau phone berlainan
BalasPadamBoleh dan inilah yang terbaik. Guna phone sama online serentak. Macam ni yang saya amalkan. Terus daftar tuan. Panduan ada di sini https://ubergrabcar.blogspot.my/2016/11/cara-daftar-online-grabcar-driver-malaysia.html
PadamInilah masalahnya driver teksi kurang ajar sgt!!ada juga driver uber&grab kena pukul & kereta dirosakkn! Pihak polis DiRAJA malaysia mesti brtindak & kenakn tindakan undang2.Sy brsimpati kat driver2 teksi yg jujur & ikhlas.depa xda bisnes.so joinlh ubergrab..apa pendapat en.Man?
BalasPadamkalau kena pukul atau kereta dirosakkan, boleh buat report polis, pasti kena siasat driver teksi.
Padamsaya sarankan, driver teksi boleh cuba uber dan grab, kalau ok boleh teruskan.
Kepala bunuh cari makan,mahu cari makan ikut saluran yang betul
BalasPadamminta maaf tuan teksi.
Padamindustri teksi tu jatuh disebabkan pemandu teksi tu sndiri..jgn salahkan org...
BalasPadam