Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Cara download save payment statement Uber format pdf untuk daftar Grab

Cara download save payment statement Uber format pdf untuk daftar Grab


Cara download save payment statement Uber format pdf untuk daftar Grab. Agak sukar juga kalau kita nak save statement uber dalam format pdf. Dokumen ini diperlukan untuk mendaftar grab untuk mendapat komisen yang lebih tinggi. Tetapi ramai yang mengabaikan penyata uber bentuk pdf ini kerana tidak tahu bagaimana nak download statement uber dalam bentuk pdf copy. Post kali ni saya berkongsi tentang cara save statement uber dalam format pdf untuk di gunakan semasa daftar sebagai pemandu grab di Malaysia.


Kenapa penting statement uber pdf ni untuk pendaftaran grab? Korang boleh tanya orang yang daftarkan korang grab atau korang boleh tanya kiosk atau hq grab untuk kepastian. Memang penting penyata pdf uber ni semasa daftar driver grab. Ada banyak cara sebenarnya dan salah satunya saya nak kongsikan di sini supaya minda anda lebih tenang lagi lepas ni untuk menjana duit sebagai pemandu grabcar.

Cara save payment statement Uber format pdf


Statement atau penyata uber akan di hantar ke email korang yang telah menjadi pemandu uber setiap minggu kan. Korang buka email dari uber ni. Rupanya adalah seperti di bawah.

1. Email dari Uber mengenai payment statement setiap minggu.

 Cara download payment statement Uber format pdf
2. Klik Muat Turun



3. Klik di tempat yang di tanda supaya Profil anda keluar.


 4. Klik CETAK PENYATA

5. Klik kanan pada mouse korang, klik Print



6. Klik Change

7. Klik Save as PDF




8.  Klik Save


Tukarkan nama file bagi penyata / statement uber dalam pdf tersebut kepada nama yang sesuai. Nampak mudah tetapi tak semudah yang di jangka terutamanya jika korang takde komputer atau lap top. Ada juga window yang tiada menu save as pdf ni. Korang kena install dulu pdf creator dan sebagainya, Panduan menukar format statement uber ke pdf ini hanya berguna jika anda buka email dari uber menggunakan pc / komputer / laptop bukannya melalui lap top. Oh ya, sebelum daftar grab, korang boleh semak dulu kereta korang masuk kategori kereta grab yang mana.


Supaya korang tidak ketinggalan mendapatkan tip-tip uber dan grab, sila like facebook Friends of Uber dan Grab.

Panduan download statement uber format pdf untuk smartphone akan menyusul. Saya kena buat kajian dan cari bahan serta aplikasi dulu dan mencuba dulu barulah saya boleh kongsikan dengan korang.



Terima kasih kerana membaca Cara download save payment statement Uber format pdf untuk daftar Grab.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan