Home » , » Kereta yang sesuai buat uber dan grab

Kereta yang sesuai buat uber dan grab

Mungkin tuan terfikir, sesuai ke reta aku ni nak buat uber dan grab. Nak jadi drive uber dan grab ni pun kena ada strategi jugak la barulah boleh memaksimunkan income. Kalau  main hentan jer, kereta 1.8 yang telan minyak kuat tu pun incomenya sama macam axia juga. Baik guna axia kan. Post ni cuba berkongsi dan mengulas tentang kereta manakah paling berbaloi untuk buat uber dan grab sebelum anda mendaftar jadi pemandu grab tanpa kiosk ataupun daftar sebagai pemandu uber di Malaysia.

Terdapat beberapa kategori kereta untuk uber dan grab. Untuk uber ada kategori uber x, uber xl dan uber black. Untuk grab pula ada grab bajet, grab taxi, grab mpv dan grab premium. Tuan boleh semak senarai jenis kereta yang boleh buat grab di sini. Jadi kereta tuan ada dalam kategori mana sebab setiap kategori mempunyai tambang yang berlainan.


Kereta yang sesuai buat uber dan grab


Ini ada sedikit perkongsian daripada gruop-group whatsapp uber dan grab serta info dari driver-driver uber dan grab itu sendiri.

1. Uber black / Grab premium yang keretanya 2.0 ke atas macam Camry dan Teana - Tak sayang ke kereta tuan untuk orang lain. Tambang mahal ni kategori uber black tetapi tuan harus fikirkan, ada ke orang request kereta mewah macam ni. Sudah tentu rider tu kurang berbanding dengan uber x dan grab bajet tetapi jika kena lokasinya, berbaloi bawa black ni. Jadi untuk kebanyakkan orang, kereta kategori ni tak sesuai untuk buat uber atau grab.

kategori uber grab


2. Alza - uber x dan xl serta grab bajet. Pada pendapat saya, alza ni berbaloi utk buat kereta uber dan grab kerana beberapa sebab. Alza boleh masuk dua kategori untuk uber iaitu x dan xl. Maknanya kalau ada rider yang request kereta uberx, driver alza boleh dapat signal. Kalau rider request kereta xl, driver alza juga boleh dapat. Kebarangkalian untuk dapat rider tinggi. Lagipuan alza ni kan mpv seakan-akan sedan. Tak gitu. Kalau di atau ke airport, alza sangat sesuai sebab besar dan boleh muat banyak barang. Saya rekemen alza kalau tuan nak buat uber dan grab.

3. Axia / saga / bezza - yang ni sesuai juga tapi ada beberapa kekurangan. Minyak jimat dan harga murah. Axia tak sesuai untuk trip ke KLIA kerana kecik kecuali rider tak bawak banyak barang. Tetapi KLIA biasanya ada banyak barang nak bawak kan.  Saga ok, takde masalah. Minyak pun jimat juga. Bentuk saga baru menawan juga tuh.


Kereta-kereta lain saya tak perlu ulas kecuali jika anda tiada pilihan. Jika tuan nak beli kereta baru untuk buat uber dan grab, saya cadangkan tuan beli axia atau bezza atau saga. Saya lebih suka saga. Diharap dapat membantu tuan dalam menjana pendapatan sebagai driver uber dan driver grab di Malaysia.



Terima kasih kerana membaca Kereta yang sesuai buat uber dan grab.

Langkah seterusnya:

1. DAFTAR sebagai pemandu UBER.

2. DAFTAR sebagai pemandu GRABCAR.

3. Buat duit dengan UBER tanpa memandu?.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



17 komen:

  1. Nk tanya kalau Triton 4x2 bole tk buat uber

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tuan. Panduan bergambar daftar uber ada kat sini, senang je http://ubergrabcar.blogspot.my/2017/06/cara-mudah-daftar-pemandu-uber-online-percuma-malaysia.html

      Padam
  2. Jika guna kereta mitsubishi pajero sport 2.5 (4x4) 7 seater...
    Boleh kah daftar uberX, uberXL, dan uber black?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kena semak dulu ni tuan.

      Padam
  3. Tanpa Nama04 Julai, 2017

    kereta apa lagi selain alza yg boleh masuk 2 kategori ?

    BalasPadam
  4. Untuk grab premium agak2 berapa rider boleh dapat dlm sehari ye..saya baru nk daftar jadi pemandu grab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti tuan, bergantung lokasi. sangat kurang

      Padam
  5. Kalau myvi, amik trip kat klia ok x?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. kalau proton iriz boleh tak buat uber/grab?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tuan, whatsapp saya 019 205 5657

      Padam
  8. Tanpa Nama21 Julai, 2017

    savvy 07 ke atas btol ke xlyak?ada kwn2 gtaw jenis savvy mmg xlyak

    BalasPadam
  9. Boleh ke 1 kereta buat uber dan grab?dari segi minyak adakah saga juga jimat minyak?sape2 tolong sy jwb soalan ni dgn segera.cadang nk buat uber /grab dalam masa terdekat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh dan berbaloi. whatsapp saya 0192055657

      Padam

Daftar Grab Tanpa Kiosk 2017

Cara percuma daftar pemandu Grabcar tanpa kiosk