Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Hour guarantees dan Flexi bonus: apa benda ni?

Hour guarantees dan Flexi bonus: apa benda ni?


Terbaru grab telah mengubah sistem di mana terdapat dua jenis insentif telah diperkenal ( diperbaikki dari insentif yang lama ) iaitu Hour guarantees dan Flexi bonus. Apa sebenarnya Hour guarantees dan Flexi bonus ni ye. Ramai yang keliru kerana ini sistem yang baru dan pengiraan insentif grab yang memeningkan jugak la dengan sistem yang agak komplek untuk di fahami oleh driver yang pelbagai latar belakang pendidikan. Kami cuba memahami dan berkongsi apa yang kami faham tentang insentif grab ni iaitu Hour guarantees dan Flexi bonus. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.


Seperti yang kita tahu, terdapat dua jenis insentif iaitu Hour guarantees dan Flexi bonus dan dua jenis program iaitu ambassador dan associates. Anda jangan keliru antara dua ni ye sebab faedah antara kedua-dua program dan insentif grab ini berlainan. Mahu tak mahu, driver grab terpaksa memahami sistem ini untuk memaksimunkan pendapatan sebagai pemandu grab di Malaysia. Tidak seperti program grab sebelum ini yang hanya komisen di ambil 20% sahaja, tetapi sekarang grab telah mengambil 25% daripada driver ( sama seperti uber ) tetapi terdapat pilihan di mana driver masih boleh memberikan komisen hanya 20% kepada grab. Grab semacam telah memaksa pemandu memilih untuk jadi pemandu grab atau pemandu uber.


Hour guarantees dan Flexi bonus


Di sini kami cuba ringkaskan kepada anda bagaimana struktur program terbaru grab ini:

Insentif Terbahagi kepada dua:

1. Insentif Hourly guarantees

AR 80% harian, tiada CR harian ( dapat capai syarat ni baru dapat insentif hourly guarantees ).

program grab ambassador - 20% komisen grab, 4.7 rating harian, AR > 80%.
program grab associates - 25% komisen grab, 4.7 rating harian, AR>80%

2. Insentif Flexi bonus

program grab ambassador - 20% komisen grab, 4.7 rating harian, AR > 30% ( faedah : tambang min rm5, jika seminggu boleh siapkan 50 trips dapat tambang minimun rm6 )

program grab associates - 25% komisen grab, 4.7 rating harian, AR>30%


Apakah kesimpulan yang kita boleh buat?

1. jika driver grab boleh memenuhi syarat untuk dapat insentif hourly guarantees iaitu AR 80% harian, driver akan automatik masuk dalam insentif hourly guarantess ( tak perlu opt in ). Jika tak capai syarat ni, driver akan di masukkan ke dalam insentif flexi bonus secara automatik.

2. jika driver nak jadi ambassador grab dalam mana-mana jenis insentif, driver kena opt in ( mohon dengan grab ) - opt in grab ambassador di sini.

3. driver baru atau lama boleh dapat 20% komisen yng dipotong jika jadi grab ambassador. Maknanya terpaksa uninstall uber driver app dari telefon anda.

jaduan income pemandu grab


4. untuk dapat insentif seperti dalam jadual yang grab sms tu, rating harian mesti 4.7, untuk flexi bonus driver kena maintain AR>30% dan untuk driver hourly guarantees kena maintain AR>80%.

5. insentif driver boleh tengok tengok dalam app driver grab masing-masing 30 min selepas trips. Kalau dulu kena tunggu seminggu kan. Sekarang terus masuk.

6. info di atas ialah syarat yang driver kena penuhi jika mahukan insentif dari grab. Kegagalan mematuhi syarat di atas, driver hanya dapat income dari tambang sahaja ( insentif ialah tambahan pendapatan selain dari tambang yang grab bagi kepada driver setiap minggu ).


7. part time driver sudah tentu berada dalam insentif flexi bonus.

8. tak perlu memilih jenis insentif kerana grab telah masukkan secara automatik. Driver hanya perlu pilih nak jadi ambassador ke tak.

9. berapa banyak insentif, driver kena rujuk kepada jadual yang grab sms setiap minggu

10. sudah pasti insentif Hour guarantees lebih banyak dari driver Flexi bonus

Begitulah info tentang grab Hour guarantees dan Flexi bonus. Anda tak perlu pening-pening nak memikirkannya. Kayuh sahaja sedaya mungkin, jika anda full time, eloklah ambil semua trip masuk daripada menunggu sahaja, boleh elak pembaziran masa. Anda boleh berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.


Terima kasih kerana membaca Hour guarantees dan Flexi bonus: apa benda ni?.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



13 komen:

  1. if my AR lower then 80% on saturday , do i still get any Insentif?

    BalasPadam
  2. if iam a new driver will i get insentif with 100% AR

    BalasPadam
    Balasan
    1. u need to apply for Hourly guarantees first.

      Padam
  3. Tanpa Nama28 Ogos, 2018

    what is AR

    BalasPadam
  4. AR= acceptance rate ( rating % driver terima job )

    BalasPadam
  5. How can I know my incentive is based on hourly guarantee or flexi ?

    BalasPadam
  6. how to change from flexi to hourly grab? Please teach me , thank you very much

    BalasPadam
  7. Apakah insentif pemandu mycar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mycartiada insentif, pendapatan pemandu ialag dari tambbang yg di bayar oleh penumpang

      Padam
  8. Sekarang ni bagi driver baru guna flexi ke atau hour gere...
    Minta terangkan pasal insentif dan bonos bagi driver baru admin.

    BalasPadam
  9. how to change flexi to houly guarentee

    BalasPadam