Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Sebab biasa pendaftaran pemandu Grab pending

Sebab biasa pendaftaran pemandu Grab pending


Ramai yang daftar sebagai pemandu grab tetapi pendaftaran bukan terus dengan sekali hantar sahaja, kenapa dan apa sebabnya. Jika anda di wasap oleh mereka yang jadi tukang daftar akaun grab driver dan mereka akan meminta anda memberikan info-info untuk di key in dalam sistem, pastikan info yang anda berikan tepat dan betul serta terbaru. Mereka akan bagi anda panduan untuk memberikan info dan gambar dokumen. Anda saya cadangkan ikut panduan yang  mereka berikan sebab mereka ini ada hubungan terus dengan grab hq untuk menyemak permohonan anda sebagai pemandu grab.



Jika dan gagal mematuhi apa  yang mereka minta, permohonan anda sebagai pemandu Grab biasanya akan pending, bukannya gagal sehingga lah anda memberikan apa yang hq grab mahukan. Kami akan berkongsi sebab-sebab biasa permohonan sebagai pemandu grab pending.

Sebab biasa pendaftaran pemandu Grab pending


Apakah sebab permohonan sebagai pemandu grab pending?

1. cover note insuran tak jelas - ini adalah kerana tulisan dalam cover note insuran ni kecil dan jika anda gunakan handphone yang kameranya tak power, bila gambar cover note di besarkan, tulisan akan pecah dan tak dapat di baca.

Selain itu anda kena pastikan nama anda ada di dalam cover note  insuran. Jika tiada nama anda sebagai pemandu ( authorised driver ), hubungi insuran untuk tambah nama driver pada bila-bila masa sahaja.

grab driver registration free

Jika insuran tulis ' any authorised driver ' , owner kereta perlu sediakan surat kebenaran kepada yang nak daftar menggunakan kereta tersebut sebagai pemandu grab.

2. gambar profile - tak boleh pakai topi/songkok, kaca mata hitam. Gambar kena terbaru dan original daripada tuan punya badan dan bukannya daripada gambar yang telah di print. gambar paras dada adalah yang terbaik.

3. background check fail - maksudnya anda ada sejarah lampau yang tak bagus seperti pernah masuk penjara dan mempunyau saman polis trafik/jpj yang banyak.



4. pending kuiz - dalam proses pendaftaran pemandu grab, anda kena buat training online dan kuiz. Markah kuiz mesti di ambil daripada gmail. Prinskrin markah dari gmail dan berikan kepada pendaftar grab. Jika anda  kata telah siap kuiz tetapi tak terima email ' congratulation ' dari grab yang di hantar secara automatik, biasanya anda gunakan email gmail yang salah ( ejaan salah ) dan juga anda tak baca manual sampai habis.

Itu lah antara sebab utama permohonan sebagai pemandu grab pending. Anda perlu siapakan apa yang pending untuk pengaktifan akaun grab driver.


Terima kasih kerana membaca Sebab biasa pendaftaran pemandu Grab pending.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



18 komen:

  1. Assalamualaikum dan selamat pagi...macam mana nak cek status pendaftaran sebagai pemandu grab..? Saya da daftar secara online dan juga telah pergi ke pejeabat grab kota kinabalu sabah pada 25/01/2019 petugas mengatakan pendaftaran telah berjaya di daftarkan dan tunggu dalam masa 2 hari masa berkerja untuk mulakan grab driver tetapi sampai ke hari ini saya masih menunggu pengaktifan yang tidak aktif². Mohon pencerahan bagi pendaftaran saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh berhubung dgn kios KK jika telah daftar di sana. Paling mudah daftar dengan 0192055657

      Padam
  2. Sy dah daftar online grabcar driver dan dah lulus.tapi sy belum dpt ambik job sbb app grabdriver tak boleh open.sy diminta call cs tp no tel yg dibagi invalid.

    BalasPadam
  3. Exsiting drive apa maksudnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. driver grab yang pernah daftar sebelum ini.

      Padam
  4. Saya dah daftar online pada 18/12/2019,tapi masih tiada jawapan dari grab berkenaan status permohonan saya

    BalasPadam
  5. Bekas banduan tak boleh kah. Jadi pemandu grab

    BalasPadam
  6. Hai team,
    Saya daftar Grab kat GDC dan saya dapat SMS dari grab mengata

    RM0 GRAB: Dear (Thinakaran A/L Manogaran). please be informed that your application has been rejected due to fail background screening. No appeal will be accepted. We would like to take this opportunity to thank you for your support. Thank you.

    Saya nak appeal case nie..sbb dulu 2018,saya kena tangkap polis dan reman 3 hari untuk siasatan kes inurance..kes x berat pun...selepas siasat maka i x salah,pengadu pun surrender kes tersebut..maka saya x salah, dan x sabitkan salah pun...makamah x jatuh hukum utk..i balik rumah...
    Mintak tuan tolong ape cara i nak buat skrg

    BalasPadam
  7. Kawan saya pun cuba daftar oline dgn grab tapi 'jawapan kriteria not match' dia dah pi bkt aman dan IPD, memang takde kes kesalahan lampau. Dia bingung skang sbb tak tau apa kesalahan dia.

    BalasPadam
  8. Sy sdh daftar driver grab dah bt training dah lepas semua...dpt e-mail Dr pihak grab menyuruh saya dtg p PJ...pihak sekuriti mengatakan saya ada masalah dengan latar belakang...saya ada saman tertunggak..JD saya kena clearkan semua saman ke atau macam mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. jawapan dari pada pihak security agak meragukan, itu h anya pendapat dia.

      Padam
  9. Nak tanya.. Pemah ditahan polis,dan dijatuhkn hukuman tapi denda sahaja, tak boleh rwgister grab,saya aply tpi tak lulus. Soalan saya,sampai bila2 ke sy tak boleh jadi pemndu grab? Atau ada tempoh masa.tq

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama28 Julai, 2022

    sya nak tahu kalau sya ada 2 saman boleh ker sya mohon untuk menjadi pemandu greb

    BalasPadam
  11. Saya ada daftar grab tpi xlulus sbb ada kes saman polis ngn jpj sebb rotex insurans mati...xblh ke saya buat rayuan tok kerja rider grab...saya xpernah pun bt slh lain..hny itu shja kesalahan saya pasal kes polis jpj n mkmh...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum dan selamat pagi .macam mana nak hubungi pihak hr rider grab di Melaka? Sehingga kini saya tidak dapat sebarang jawapan untuk join grab😓😭

    BalasPadam