Heboh dengan kemunculan aplikasi mycar ni menyebabkan Grab tak senang duduk. Kalau sebelum ni Grab telah bergabung dengan Uber di Malaysia, tetapi muncul pelbagai jenis app ehailing yang baru seperti Mycar, Frenzt dan Dacsee. Nampak gayanya, Maycar lebih berjaya dan menjadi ehailing no. 2 selepas Grab. Mampukah mycar berkongsi penumpang ehailing Grab ni. Info tentang mycar boleh anda baca di sini.
Untuk menjadi driver Grab atau menjadi driver mycar ni, anda kena daftar dahulu sehinggalah akaun lulus. Syarat sangat mudah, setiap orang boleh lepas rasanya. Jika nak daftar sebagai pemandu grab atau daftar sebagai pemandu mycar , boleh klik link saya bagi ni. Mudah sahaja.
Beza antara Grab dan Mycar
Apakah beza antara grab dan mycar. Mari kita kaji:
1. Mycar tiada AR, CR dan Rating
Ramai yang tidak suka dengan app grab driver seperti acceptanc rate ( AR ), cancellation rate ( CR ) dan rating untuk driver. Sebab ada driver yang suka pilih job yang mahal-mahal, ada driver yang suka cancel job dan rating tu untuk menjaga tingkah laku driver terhadap rider. Sebab itu Grab buat semua tu. Ini menyusahkan driver tetapi baik sebenarnya.
Dan mycar mengambil kesempatan di atas kelemahan ini untuk menetapkan supaya aplikasi mycar takde benda-benda tu semua. Jadi driver lebih gembira guna app mycar driver. Biasanya driver akan guna dua app dalam satu masa.
2. Aplikasi grab lebih stabil
Aplikasi grab driver lebih canggih. Ada pelbagai fungi yang di sediakan dan banyak sistem automatik telah di masukkan terutamanya bab pembayaran duit. Ini yang driver suka. Walaupun begitu, aplikasi grab ada keburukkannya.
Sementara itu, aplikasi mycar driver pula masih baru. Banyak benda yang masih kena buat secara manual dan ini menyukarkan driver walaupun sistem itu boleh di guna pakai.
3. Proses daftar Mycar lebih mudah
Proses daftar sebagai pemandu mycar lebih mudah berbanding grab! Dalam masa beberapa minit sahaja boleh siap jika registrar dan driver tengah online untuk bertukar-tukar info. Sangat membantu dan info yang diperlukan semasa mendaftar pemandu mycar juga sikit, tak sebanyak grab. Untuk daftar grab dan daftar pemandu mycar adalah percuma.
4. Mycar tiada Q di KLIA
Buat masa ini, driver mycar tak perlu ambil no giliran di klia. Driver yang paling dekat akan dapat job ( situasi ini seperti grab dulu-dulu ). Walaupuan HQ mycar menetapkan, tempat memunggu ialah di landside, tetapi keadaan masih boleh di manipulasi oleh driver.
Berbanding grab, driver mesti menunggu di Landside di mana bila kereta driver masuk Landside, satu no giliran akan keluar di dalam skrin driver.
5. Harga lebih kurang sama
Driver suka harga tambang mahal tetapi rider akan guna aplikasi yang berikan harga tambang murah. Bagi kami, harga tambang grab dan mycar lebih kurang sama. Mungkin ada lokasi harga grab lebih mahal dan ada lokasi harga mycar lebih mahal. Biasanya, rider akan semak harga dulu sebelum memnita sama asa kereta grab atau mycar.
Itu sahaja analisis kami untuk hari ini. Di harap dapat membantu driver buat pilihan yang bijak, aplikasi manakah yang hendak di gunakan. Biasa, driver akan on dua aplikasi iaitu grab dan mycar. Aplikasi lain masih jauh ketinggalan dari segi perkongsian pasaran ehailing di Malaysia.
Assalamualaikum.. saya memohon kepada anda yang berada di kelantan, yang boleh membuang wali di badan pesakit, tolong hantar nombor telefon untuk dihubungi atau e-mail saya :
BalasPadamsejahtera2021@gmail.comò