Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Cara isi info daftar Grab tanpa kiosk

Info ni adalah untuk membantu tuan memberikan info semasa di minta untuk meneruskan permohonan mendaftar sebagai pemandu Grab di Malaysia. Panduan ni sangat berguna kerana boleh mempercepatkan proses mendaftar pemandu grabcar di samping memudahkan pihak yang mendaftar key in info-info di secara online untuk pendaftaran driver grabcar.

Banyak lagi info-info lain yang diperlukan tetapi info yang sata senaraikan ini adalah kesalahan-kesalahan biasa yang di buat semasa memberi info dan melambatkan proses pendaftaran pemandu Grab. Sila baca perlahan-lahan dan fahamkan supaya tuan tak buat kerja dua kali. Proses pendaftaran akan berjalan lancar sekiranya tuan mengikuti panduan yang di berikan dengan jayanya.

Cara isi info daftar Grab tanpa kiosk


Diharap panduan ini dapat membantu tuan. Jika ada kekeliruan, tuan boleh whatsapp saya untuk penjelasan.



Email: Pastikan anda gunakan email yang sama dengan Google play jika tidak app anda akan mempunyai masalah di kemudian hari. Guna Gmail adalah terbaik dan tidak mempunyai masalah. Ini sangat penting dan jika tuan tiada gmail, boleh daftar percuma satu di gmail.com. Pastikan email yang di berikan masa daftar digunakan di dalam telefon tuan.



No. IC; Cara tulis yang betul ialah 860703236547. Cara penulisan yang salah 860703-23-6547.



Alamat: Pastikan alamat yang tuan bagi adalah lengkap. Alamat tak lengkap boleh menyebabkan permohonan tuan sebagai pemandu grab akan pending dan mengambil masa lebih lama untuk di aktifkan.

No. phone: Cara penulisan no phone yang betul untuk memohon sebagai pemandu Grab ialah 60191234567 bukannya 019 1234567 / 0191234567. Ini untuk mempercepatkan proses untuk mendaftar tuan sebagai pemandu grabcar.



Telefon: Tuan kena berikan juga model telefon ( jenis telefon, contohnya iphone 6, samsung note 3, asus zenfone 5).

No. IMEI: yang ni ramai yang tak tahu cari sebab jarang kita guna no. IMEI ni. Cara nak dapatkan no 15 angka ini ialah tuan buka telefon tuan seperti nak buat call/panggilan. Biasa tuan tulis no phone untuk call kan tetapi untuk dapatkan no IMEI, tuan gantikan no phone yang tuan nak buat call tu dengan kod *#06# dan tekan call. Akan keluar satu atau dua no panjang. Tuan tulis balik no ni dalam template yang saya bagi atau tuan boleh printskrin no. IMEI ni untuk mengelakkan kesalahan semasa menulis balik. No. IMEI ni sangat penting. Kalau salah tuan tak boleh on app grab driver.

[+] Video cara untuk dapat no IMEI



No. plate kereta: Cara penulisannya ialah ABC123 bukannya ABC 123.





Gambar selfie: Pastikan tuan menghadap ke depan phone tuan, gambar hendahlah jelas dan paling penting tak boleh pakai topi/kopiah dan kacamata hitam ( kaca mata sebab mata kabur di benarkan ).

Ic dan Lesen: Ambil gambar dengan phone bahagian depan sahaja. Pastikan gambar ic dan lesen adalah penuh. Pastikan gambar ic dan lesen tidak terbalik! Gambar ic dan lesen mesti asing-asing ( 2 gambar berasingan )

Insuran kereta / cover note: Pastikan gambar Insuran kereta / cover note jelas. Info yang kena ada ialah tempoh insuran, no polisi/no cover note, tahun kereta di buat, nama tuan kena ada dalam insuran dll. Jika tiada tempoh insuran, tuan kena tambah dua lagi gambar iaitu gambar geran dan roadtax ( yang tampal kat cermin kereta tu ). Jika nama tuan tiada dalam insuran, hubungi syarikat insuran untuk tambah nama tuan sebagai pemandu dan tuan kena bagi gambar endorsement yang insuran bagi tu untuk mendaftar pemandu grab. Biasa proses penghantaran dokumen ni akan menyebabkan pendaftaran tuan lambat dari biasa berbanding dengan mereka yang ada semua dokumen.

Contoh cover note insuran kereta yang diterima untuk daftar pemandu Grab.



Schedule


Confirmation of purchase

0 komen:

Catat Ulasan