Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Apa itu GrabHitch oleh Grabcar?

Apa itu GrabHitch oleh Grabcar?


Apa itu GrabHitch oleh Grabcar? Ramai yang download app untuk menggunakan grabcar service tetapi tidak ramai yang menggunakan menu GrabHitch yang lebih jimat berbanding dengan grab biasa. Grabhitch ni lebih untung kepada rider sebenarnya. Apa itu Grabhitch sebenarnya?

Menu Grabhitch ni ada di dalam app Grab untuk rider. Anda tak perlu untuk download app baru untuk menggunakan perkhidmatan ni kerana telah ada di sediakan di dalam app grab untuk rider. Pastikan anda sudah download app grab untuk rider ini dan daftar sebagai pengguna / penumpang.


Daftar sebagai penumpang Grab ( klik sini )
Sila pastikan anda telah download app grab untuk rider jika mahu menggunakan Grabhitch

Apa itu GrabHitch oleh Grabcar


GrabHitch adalah salah satu khidmat Grab kepada orang ramai di mana Grab tidak mengambil sebarang komisen daripada perkhidmatan ini. Bagaimana Grabhitch ini berfungsi?

Katakan anda telah ada grab app. Anda boleh daftar untuk menggunakan Grabhitch sebagai pemandu ( bukan pemandu grab biasa nya ). Semasa pendaftaran grabhitch, anda perlukan gambar lesen memandu depan belakang dan gambar anda sendiri. Setelah pendaftaran, anda tunggu sehingga pendaftaran anda telah di terima dan di aktifkan. Tunggu notis daripada Grab melalui app Grab rider anda.

daftar grabhitch

Setelah permohonan Grabhitch anda di luluskan, anda boleh set route ( jalan yang anda hendak lalui ). Sebagai contoh, jika anda bekerja di Cyberjaya dan hendak balik kerja pukul 6 pm ke Shah Alam. Anda boleh set ini semua di dalam app. Dalam masa yang sama, orang lain juga akan setkan destinasi mereka.

Jadi, di sini Grabhitch akan matchkan perjalanan anda dan perjalanan orang lain di mana perjalanan yang sehala akan di cadangkan kepada anda. Anda boleh tengok di dalam app penumpang lain yang ingin berkongsi kereta dengan anda. Mereka boleh request dan anda boleh terima atai tidak bergantung kepada anda. Jika anda menerima, anda boleh call mereka untuk pick up dan sebagainya. Anda bincang dengan mereka masa dan kat mana nak pick up dan yang pasti laluan mereka adalah sama dengan laluan anda.


Jika anda set route di dalam app dari cyberjaya ke shah alam, anda mungkin akan nampak mereka yang ingin berkongsi kereta hendak pergi ke Saujana Putra dan Putra Heights kerana laluan ini adalah laluan menghala ke Shah Alam.

Itulah serba ringkas tentang Grabhitch. Harap membantu.


Terima kasih kerana membaca Apa itu GrabHitch oleh Grabcar?.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan