Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Cara tukar lokasi bandar memandu Uber dan Grab

Cara tukar lokasi bandar memandu Uber dan Grab



Setelah mendaftar sebagai pemandu uber atau grab dan memilih lokasi untuk memandu, mungkin lama-lama pemandu berhijrah ke lokasi lain tetapi masih mahu memandu uber dan grab. Jadi ada masalah di sini kerana masa daftar uber dan grab dulu, korang telah pilih satu bandar seperti Kl/Selangor. Jadi bagaimanakah cara untuk tukar lokasi memandu uber dan grab di Malaysia? Persoalan ini akan terjawab setelah korang baca panduan tukar lokasi uber dan grab ini.


Oh ya, jika korang nak tahu cara menjadi driver grabcar, korang boleh baca panduan cara daftar sebagi pemandu grabcar online dan jika nak jadi pemandu uber, bolah baca cara senang nak jadi pemandu uber. Senang je daftar online tu. Uber dan grab beroperasi di bandar-bandar tertentu sahaja ( bukan semua bandar di Malaysia ) dan jika anda mahu bertukar memandu di lokasi yang lain, anda boleh baca panduan di bawah.

Cara tukar lokasi bandar memandu Uber dan Grab

Cara tukar lokasi memandu ( cities ) Uber

Untuk pemandu Uber, korang boleh call customer service uber ( no telefon kat bahagian bawah boleh ) untuk menukar lokasi memandu ( switch ). Katakan korang nak tukar ke bandar JB dari KL, uber boleh buatkan untuk anda TETAPI ingat anda tidak boleh tukar balik ke KL. Pertukaran lokasi adalah tetap.




Jika anda nak memandu di dua lokasi berlainan, anda kena daftar sebagai pemandu uber di bandar yang baru. Maksudnya jika anda sudah memandu di KL dan mahu memaandu di JB, anda kena buka akaun driver uber lagi satu menggunakan kereta yang sama tetapi email yang berlainan!


bandar cities uber grab


Cara tukar lokasi memandu ( cities ) Grab

Untuk tukar lokasi grab pula, apa yang anda kena buat ialah anda kena pergi ke HQ Grab untuk buat pertukaran. Kat kiosk tak pasti boleh buat ke tidak. Korang perlukan alamat di tempat baru. Katakan korang memandu di KL dan nak memandu Grab di JB, pergi HQ buat petukaran di mana HQ grab akan deaktifkan lokasi KL dan aktifkan lokasi memandu baru iaitu JB.

Itu sahaja perkongsian saya tentang cara tukar bandar memandu Uber dan Grab. di harap memberi manfaat kepada semua. Sila kongsikan  dengan sahabat-sahabat dan group-group whatsapp yang berkenaain.


Terima kasih kerana membaca Cara tukar lokasi bandar memandu Uber dan Grab.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



12 komen:

  1. Tanpa Nama05 Mei, 2017

    saya dah cuba buat akaun lain untuk memandu di 2 bandar ( KL & Perak ) yang berlainan menggunakan email yg berlainan malangnya kedua2 akaun saya di reject oleh uber. better hanya adakan 1 akaun dan 1 lokasi sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tanya cs kenapa permohonan kena reject.

      Padam
  2. boleh tak kita nak semak blk masa pndftaran awal dlu dftar di bandar mana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cari balik email grab, yg ada gmbar profile driver

      Padam
  3. saya pergi cs grab hari ni,nak buat di tempat baru lepas deactive acc di kuantan, dia kata kena tgg 6 bulan lepas deactive acc lama baru boleh buat grab dgn acc baru,betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya xde info. Acc boleh tukar lokasi jika nak ubah bandar memandu

      Padam
  4. Mcm mane kita nk tukar kereta lain utk grab

    BalasPadam
    Balasan
    1. tukar ikut app, bg insuran dekat grab ikut app

      Padam
  5. nak tukar kenderaan tapi masih nak guna akaun grab lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. update insuran kpd grab hq melalui app

      Padam
  6. Saya baru register grab rider di negeri sembilan, semasa mengikuti kursus grab. Sy terpaksa pulang menetap di kedah. Semasa dikedah, permohonan Saya telah diterima,masalahnya sekarang Saya tidak lagi tinggal di n.sembilan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ubah lokasi bekerja melalui app

      Padam