Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Daftar pemandu Big Blue - Bigblue driver registration

Daftar pemandu Big Blue - Bigblue driver registration


Big Blue merupakan salah satu ehailing yang pesat berkembang di mana daftar pemandu Big Blue - Bigblue driver registration telah menerima permohonan pendaftaran Big Blue yang banyak sejak di lancarkan. Aplikasi Big Blue merupakan pada asalkan di buka kepada pemandu teksi Big Blue sahaja tetapi kini telah di buka untuk kereta biasa menjadi driver Big Blue. Rebutlah peluang ini kerana Big Blue telah lama berada di pasaran Malaysia dan yang penting Big Blue hanya mengambil 10% sahaja setiap job yang driver Big Blue siapkan.

Daftar driver Big Blue ini mudah sahaja, dengan syarat anda mematuhi syarat untuk daftar pemandu Big Blue dan ada semua dokumen yang di perlukan terutamanya lesen PSV. Cara buat psv telah kami sebelum ini, malah bagi pemandu Grab anda boleh buat psv dengan Grab dengan kos rm80 sahaja dan gunakan psv tersebut untuk mohon EVP dengan syarikat ehailing yang lain - tak salah.


Kelebihan Big Blue

bigblue driver registration
Banner Big Blue telah di naikkan

Apakah kelebihan Big Blue berbanding ehailing lain?

1. Syarikat ambil komisen 10% sahaja untuk setiap job
10% ni paling rendah di kalangan ehailing di Malaysia, biasa syarikat ehailing akan ambil komisen 20% atau 15%. 10% tu sama dengan komisen ke atas teksi tetapi di guna untuk kereta persendirian.

2. Boleh Q di airport Landside/CF/Petronas - coming soon
Sistem Q akan di tambah baik di dalam aplikasi kerana masih di peringkat ujian.

3. Big Blue sudah lama di pasaran
Sebenarnya syarikat Big Blue ni sudah lama di pasaran cuma dulu di buka untuk teksi Innova biru sahaja. Sekarang aplikasi Big Blue di buka juga untuk kereta biasa seperti axia, saga, bezza, myvi, alza dan sebagainya. Jadi Big Blue ada banyak pengalaman dan ping pun sudah sedia ada.

4. Pendaftaran Big Blue 24 jam
Proses daftar sangat cepat, 24 jam sahaja dah boleh mula guna app Big Blue.

5. Harga yang berbaloi untuk driver
Iya, kami tahu rider nakkan harga murah tetapi driver nakkan harga yang tak merugikan. Kami telah buat kajian dan harga kami boleh menguntungkan driver.

BAJET/ECO - base rm3, perKM rm1.25
MPV - base rm6, perKM rm3
LIMO/PREMIUN - base RM30, perKM rm3,  R/times changes: rm0.60


big blue register online
Contoh ping Big Blue

Syarat Daftar Big Blue

Apakah syarat untuk daftar driver Big Blue menggunakan kereta biasa ( bukan teksi ):

1. Mesti ada PSV - PSV buat sekali sahaja dan boleh di gunakan di mana-mana syarikat ehailing menggunakan psv yang sama.

2. Umur pemandu 21 tahun ke atas - sebab untuk mengambil lesen PSV umur mesti 21 dan ke atas.

3. Lesen Penuh sahaja - Lesen P tak layak

4. Kereta di buat min tahun 2009 sahaja - lagi baru lagi bagus. Kereta tahun 2016 dan ke bawah kena bawa untuk pemeriksaan di Puspakom seperti kebanyak ehailing lain. Boleh daftar dulu tanpa Puspakom



5. Warganegara Malaysia sahaja - IC merah tak layak

Harap anda boleh faham syarat daftar driver Big Blue.

Dokumen Daftar Pemandu Big Blue


Sebelum anda download app Big Blue, pastikan anda telah sediakan gambar dokumen-dokumen untuk daftar Big Blue / Big Blue registration seperti di bawah:

1. Gambar depan IC
2. Gambar depan lesen memandu
3. Gambar profile/selfie anda
4. Gambar depan dan belakang psv
5. Gambar depan kereta anda
6. Gambar cover note insuran yang ada nama anda/all driver/any authorised driver ( contoh: https://goo.gl/uFiFkW )
7. Gambar geran
8. Sijil Puspakom ( untuk kereta 2016 dan ke bawah sahaja )

Ok, sediakan dulu gambar dokumen seperti di atas sebelum memulakan proses daftar driver ikut app Big Blue .

Cara Daftar Driver Big Blue - Bigblue Registration


Bigblue driver registration


Bagaimanakah cara untuk daftar pemandu Big Blue Online? Di bawah ialah langkah-langkah daftar Big Blue yang anda kena buat - senang sahaja :

1. Download app Big Blue Taxi Driver ke telefon anda:









Andriod ;
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dispatchbigblue.driver

IOS
https://apps.apple.com/my/app/bigbluedriver/id1464497477

Selepas download applikasi Big Blue, anda perlu isi info yang di minta berserta gambar dokumen berkenaan.

***Sangat penting untuk berikan email gmail yang betul ejaannya kerana nombor PIN OTP akan di hantar ke email gmail anda. Biasanya PIN OTP untuk login aplikasi Big Blue akan masuk ke SPAM folder gmail.!

2. Top up wallet rm60

Anda telah download dan daftar melalui app Big Blue ikut seperti di atas. Kemudian anda buka applikasi Big Blue dan login kerana setelah daftar, anda boleh terus login ke dalam app Big Blue.

Kemudian, untuk  menerima job Bigblue, anda kena Top up wallet Big Blue melalui aplikasi Big Blue sebanyak RM60 (untuk kali pertama sahaja) dan prinskrin bukti pembayaran (perlu di hantar kepada Big Blue). Nilai RM60 ini akan di masukkan ke dalam wallet anda untuk ada mula menerima job/ping.

3. Terima Job Big Blue

Selepas daftar di app Big Blue dan top up wallet app Big Blue rm60, sila berikan info anda untuk kami setting akaun anda untuk mula menerima job.

Nama:
No IC:
Plate kereta:
Email :

app big blue driver
Contoh printskin top up ke wallet app Big Blue


Sila whatsapp butiran diri pendaftaran pemandu Big Blue dan prinskrin bayaran topup rm60 melalui link di bawah:

[+] Pengesahan Topup App Big Blue (klik sini) - Penting!

4. Anda di jemput ke:

[+] Group Facebook Big Blue Driver Community Malaysia (klik sini )

[+] Group Whatsapp Big Blue Driver (klik sini)

Untuk menerima tip pemandu Big Blue, sila like page Big Blue Malaysia

[+] Tip Big Blue Malaysia (klik sini)

Cara guna aplikasi Big Blue driver


Cara guna aplikasi Big Blue sungguh mudah seperti guna cara guna app ehailing lain. Anda boleh rujuk di video di bawah:

[+] Video cara guna aplikasi Big Blue driver



Oh ya, jangan lupa tekan subcribe dan butang loceng supaya anda boleh menerima notifikasi jika ada video baru di upload di youtuber di kemudian hari.

Terima kasih kerana minat anda kepada Big Blue. Kami berharap info yang kami berikan dapat membantu anda dan seterusnya menambah pendapatan anda setiap hari kerana kami mempunyai banyak pengalaman dan sudah lama bertapak di dalam industri. Sedikit masa lagi, kami akan menaikkan banner-banner untuk promosi besar-besaran kepada rider dan driver.

Jadilah yang terawal bersama Big Blue kerana kami yakin kami dapat memberikan yang terbaik untuk anda sekeluarga.


Terima kasih kerana membaca Daftar pemandu Big Blue - Bigblue driver registration.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



1 komen:

  1. BigBlue New Discount: The BigBlue New 2022 promotional sale is coming to a finish with three days left. This yr’s BigBlue promotional sale supplied Christmas particular coupon code: MDSHARIFUL to must-have objects from the BigBlue model. However, there are simply 5 (5) merchandise types in the model occurring for low costs, and in addition, there is a coupon code for slashed costs.

    BalasPadam