Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » » Daftar Airasia Ride Ehailing Driver – Air Asia Ride Registration

Daftar Airasia Ride Ehailing Driver – Air Asia Ride Registration

Cara pendaftaran airasia ride ehailing dibuka oleh air asia dimana airasia ride registration ini mendapat sambutan driver ehailing. Di group facebook Airasia Ride Driver Community Malaysia, masih ramai driver yang menunggu untuk mendaftar sebagai pemandu airasia ride ehailing ni. Malah driver ehailing juga tidak sabar-sabar untuk mencuba airasia ride e-hailing kerana airasia ehailing ini bakal memberikan saingan kepada syarikat ehailing lain.

Group-group whatsapp driver airasia ehailing ride juga semakain banyak tumbuh dan mendapat sambutan ramai driver ehailing. Akibat sambutan yang hangat ini, airasia terpaksa meluluskan permohonan driver airasia ehailing ni secara berperingkat kerana permohonan pendaftaran sebagai pemandu airasia ehailing ride ni sangat ramai.




Kelebihan Driver Airasia Ride Ehailing

Apakah kelebihan airasia ride kepada driver ehailing yang mendaftar sebagai pemandu airasia ride ini?

1. Komisen airasia rendah 15% sahaja

Berbanding dengan syarikat ehailing lain, airasia ride ehailing mengenakan komisen yang rendah kepada driver iaitu 15% sahaja, berbanding syarikat lain yang mengenakan komisen sebanyak 20%. Jadi pemandu airasia ride ni boleh menambahkan pendapatan mereka secara tidak langsung jika harga tambang adalah sama dengan syarikat lain.



Airasia Ride Driver Community Malaysia ( sila join )

2. Lady driver

Airasia ride superapp menyediakn fungi pemandu perempuan. Pelanggan perempuan boleh memilih pemandu perempuan supaya mereka berasa selamat. Fungi ni tida di dalam app syarikat ehailing lain. Ini untuk keselesaan pelanggan dan dijangka berjaya menarik pelanggan perempuan menggunakan app airasia ni.




3. Tiada penalti ke atas driver

Driver airasia app tidak di kenakan penalti jika tidak mengambil job yang masuk. Driver bebas memilih job yang mereka selesa di atas sebab-sebab tertentu dan pelanggan boleh meminta servis airasia melalui app sehingga ada driver yang terima. Jadi, driver boleh bekerja dengan hati yang tenang tanpa takut dikenakan penalti seperti yang dilakukan oleh syarikat ehailing lain. Akaun driver boleh kena ban jika banyak kali kena penalti. Ini tidak berlaku jika daftar driver airasia ride ehailing.




4. Banyak job airport

Mendapat job ke airport adalah sessuatu yang ditunggu oleh driver kerana harganya mahal dan amat berbaloi. Dengan register sebagai driver airasia ride, driver boleh dapat banyak job ke airport kerana syarikat airasia kan ada flight sendiri. Jadi, driver boleh mendapat trip ke airport dan dari airport ke bandar dengan lebih mudah dan tanpa menunggu lama. Jimat masa, pendapatan bertambah.




Pelanggan flight airasia juga boleh book driver ehailing airasia ride semasa book tiket flight melalui app airasia yang sama.

5. Airasia syarikat besar

Airasia  ialah syariikat gergasi. Jadi dana modal mereka banyak. Driver tidak perlu bimbang app airasia ride ini akan gagal kerana mereka ada banyak duit untuk menyediakan plan pemasaran untuk menarik pelanggan. Jadi peluang driver airasia ride cukup cerah sebagai pemandu airasia ehailing.




Lagi satu, airasia cukup berpengalaman mengendali teknologi aplikasi. Air asia sudah lama ada aplikasi untuk book flight dan hantar makanan. Jadi app airasia ride ni di jangka akan lancar dan akan berjaya airasia jaga dengan baik.

Itulah antara kelebihan driver app airasia ride mengikut pengalaman kami sebagai driver. Jadi kami sangat cadangkan kepada driver untuk daftar sebagai pemandu airasia ride dengan segera kerana semakin ramai driver yang mendaftar setiap hari dan app ni bakal menjadi top app ehailing di Malaysia.

Syarat Daftar Airasia Ride

Apakah syarat untuk daftar sebagai pemandu ehailing airasia? Sila semak syarat airasia ehailing di bawah:

1. Warganegara Malaysia

Warganegara Malaysia ic biru atau kelabu ( tentera ) sahaja yang layak untuk register airasia ride ehailing ni. Pemastautin tetap yang ic merah tidak layak buat masa ini. Dari segi mereka yang pernah di penjarakan, belum ada status lagi sama ada layak atau tidak.

2. Lesen penuh sahaja

Pemegang lesen memandu P dan lesen penuh sahaja yang layak. Pemegang lesen L tidak layak kerana masih belum mahir lagi untuk memandu kereta kerana melibatkan keselamatan penumpang dan pemandu.




3. Umur 18 tahun

Min umur 18 tahun kerana untuk mengambil lesen PSV memerlukan kelayakan umur 18 tahun ke atas sahaja.

4. Lesen PSV

Mesti ada lesen PSV. Ini adalah peraturan daripada kerajaan supaya driver ehailing ada lesen psv.

Itu antara syarat pendaftaran ehailing airasia ride di Malaysia

Dokumen Daftar Airasia Ride

Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar sebagai pemandu airasia ride ehailing?

  1. Lesen memandu P dan penuh ( lesen L tidak layak )
  2. Ic biru atau kelabu (tentera)
  3. Cover note insuran kereta
  4. Geran kereta
  5. Lesen psv
  6. Roadtax
  7. Gambar pemandu
  8. Gambar depan dan belakang kereta

Sediakan gambar-gambar dokumen di atas terlebih dahulu sebelum memulakan airasia ride e-hailing registration supaya pendaftara air asia ni berjalan lancar.

Group Support Airasia Ehailing

Selain dari urusan pendaftaran driver airasia ehailing ride ni, kami juga menyediakan group-group support melalui facebook dan whatsapp. Pemandu airasia ride yang sudah mendaftar atau masih menunggu untuk mendaftar, di sarankan join group-group support ini:

Airasia Ride Driver Community Malaysia (untuk  join )

Daftar Airasia Ride Registration ( untuk like )

Airasia Ride Malaysia ( join – info pantas melalui whatsapp)

Airasia Ride Ehailing KLIA/KLIA2 ( join – info pantas melaluiwhatsapp )

Jadi, itulah info berkaitan dengan cara daftar pemandu airasia ride ehailing di Malaysia. Para driver atau bakal driver di minta daftar dengan segera dan join serta like group-group support yang kami sediakan supaya anda  boleh mendapat info segera dan tepat berkaitan cara daftar  airasia ride e-hailing di Malaysia.




Terima kasih kerana membaca Daftar Airasia Ride Ehailing Driver – Air Asia Ride Registration.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan