Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Makin yakin untuk jadi pemandu uber

thumbnail

Kali ni trip ke 9 aku ambil rider uber. Aku semakin yakin sekarang untuk mengambil rider biasanya kawasan Cyberjaya kerana aku kerja kat sini. Aku buat uber ni secara part time je sebab belum sampai tahap jadi full time driver uber lagi buat masa ni. Berbanding dengan kali pertama aku ambil rider, jauh berbeza tahap keyakinan aku sekarang. Tengok kepada income uber sahabat-sahabat boleh tahan kalau buat secara full time. Ok la kan. Sesiapa pun boleh buat kalau nak sama ada lelaki atau perempuan.


Kenapa aku makin yakin sebagai pemandu uber? Ada beberapa sebab sebenarnya menyebabkan keyakinan aku makin menebal sebagai pemandu uber. Kat sini aku nak kongsi sikit apa yang bagi aku motivasi untuk mengambil rider uber menggunakan  ubar partner app.

Kenapa aku lebih yakin sebagai pemandu uber?


1. Cara guna uber parter app
Ini pun penting juga. Kalau tak tahu mana nak tekan, satu masalah jugak tu sebab kita akan was-was kalau ping masuk, nak terima ke tidak. Kalau kita tahu kat mana nak tekan kat uber partner app tuh, benda ni akan jadi lebih mudah sebagai pemandu uber.

2. Tahu lokasi
Iya, kalau dah tahu lokasi nak ambil rider uber, kita akan rajin untuk terima ping sebab kadang-kadang kita tak tahu lokasi mana walaupun alamat rider uber ada keluar semasa terima ping. Jadi apa nak buat? Korang ronda-ronda la kenal lokasi. Ataupun korang terima je ping masuk dan bergantung kepada waze atau google maps sahaja. Semua rider buat macam ni.

how to be uber driver


3.Bahasa
Kalau tak tahu enggeris, pun boleh sahaja. Rider ni faham sebenarnya. Kita bukannya student universiti nak terror sangat english. Tahu sikit-sikit dah boleh in. Jangan la nampak nama rider uber mat salleh, lepas tu malas nak terima ping. Rugi tuh sebab ping ni kadang-kadang kalau kita nak, tak ada. Kalau kita tak nak, masuk pulak ping nih.
Itu perkongsian sebagai pemandu uber untuk kali ni. Kepada yang belum daftar jadi pemandu uber tuh, boleh lah daftar, senang sahaja nak daftar percuma jadi pemandu uber. Korang ikut je apa yang telah saya kongsikan.

Selamat menguber.

Fakta tentang uber yang anda kena tahu

thumbnail
Buat duit dengan uber ni best jugak la sebab boleh ikut masa sesuka hati kita kan. Tetapi harus di ingat ada juga pantang larang jika nak kekal lama dengan uber nih. Korang kena tahu tip-tip sebagai pemandu uber untuk mendapat duit yang tinggi dan mengekalkan status aktif sebagai pemandu uber.



Bukan sekadar daftar jadi pemandu uber sahaja, tetapi korang kena tahu cara-cara nak jaga akaun uber korang tu supaya tak kena ban. Kalau kena ban, tak boleh jadi pemandu uber sebab app uber partner korang dah tak aktif. Ada bahaya juga dengan uber nih. Hati-hati ya. Sebab uber pun nak jaga status dia. Jadi, kalau betul-betul ready nak buat uber, online app uber apabila anda betul-betul ready nak ambil rider / penumpang.


Fakta tentang uber yang anda kena tahu


1. Korang tak perlu pergi ofis uber untuk mendaftar. Iya pendaftaran online sahaja dengan dokumen yang lengkap. Ambil gambar dokumen yang diperlukan dan upload sahaja. Tunggu dalam 2 hari, uber akan approve permohonan anda untuk jadi driver uber.


cara jadi pemandu uber

2. App uber. Terdapat dua app uber ni, satu untuk driver dan satu lagi untuk rider. Driver akan gunakan app uber partner manakala rider / penumpang gunakan uber app sahaja. Semak logon kedua-dua app uber ni.

3. Setelah daftar, jika anda tak online untuk menerima rider pun tak boleh jugak. Kena online juga kalau tidak akaun anda akan di ban sebab takde apa-apa aktiviti. Jangan main-main ooo, lain kali susah nak buat uber.

4. Jika terima pin / call dari rider, terima sahaja. Jangan takut-takut pula. Ini akan memberi  kesan kepada pemberian insentif jika anda tidak menerima pin rider. Kalau tak nak ambil rider, jangan offline sahaja app uber partner.

Itu sahaja tip uber untuk kali ni. Jika nak buat duit dengan uber tanpa ambil rider, boleh download panduan rahsiauber ni. Cantik tip-tip yang di berikan.

Hari pertama sebagai pemandu Uber

thumbnail
Saya nak kongsikan sikit pengalaman saya pada hari pertama saya menjadi pemandu uber secara part time (sekarang saya sudah daftar pemandu indriver). Selepas habis waktu kerja, pukul 5.30 petang saya online uber partner app untuk menerima call / ping daripada penumpang / rider uber. Tak sampai 10 minit ada pin masuk dan saya terima dengan perasaan yang agak gabra. Sebab pertama kali kan. Nak guna uber partner app pun belum mahir lagi nih. Kat mana nak tekan dan sebagainya. Saya daftar sebagai pemandu Uber dulu pun secara online sahaja, daftar sendiri cari-cari kat internet panduan untuk daftar sebagai driver Uber di Malaysia ni. Oh ya, saya di Cyberjaya dan menggunakan kereta Uber black. Nanti saya cerita mengenai uber black lain kali. Ini jenis-jenis kategori kereta dalam uber. Uber blask ni premium sikit la. Saya guna kereta Toyota Altis 1.8. Selain Uber, korang juga boleh buat duit sebagai pemandu Grabcar di Malaysia.



Selepes terima pin, saya tekan navigate ( google maps ) untuk ke destinasi rider. Dekat je dalam 1.5 km sahaja. Info ni semua ada dalam uber partber app. Di sebabkan masalah jarang guna google maps, dah terlajak pula dah. Dah nak sampai ke destinasi, tetiba jadi jauh pulak ( boleh tengok di uber partber app ). Terpaksa pusing jauh sikit dekat Shafbury tuh sebab rider ada kat situ. Sekarang saya menggunakan Waze dan  sudah biasa dengan Waze ni. Sekarang ramai driver Uber yang suka berkayuh di KLIA / KLIA2. Jika anda nakkan tips Uber di KLIA / KLIA 2, boleh baca kat post tu.

Akhirnya sampai destinasi dengan jayanya. Saya call rider ( no phone rider akan keluar dalam app ) dan tanya dia kat mana. Ok dia datang. Saya ingat muka dia tak gembira sebab saya pusing jauh. Rider boleh tengok pergerakan kereta saya dalam uber app untuk rider. OK, akhirnya rider sampai, seorang wanita cakap english. Saya pun bukan terror sangat english tapi boleh cakap dan faham la. Tanya dia nak ke mana? Katanya ke Golden Residance. Saya pun tak tahu  kat mana tuh. Dia kata dia boleh bagitahu jalan. OK jalan. Dekat je dalam 4.33 km  je sebenarnya.




Sampai kat destinasi, tekan end trip dan uber app akan kira tambang sebab rider ni nak bayar cash ( ada keluar kat uber partner app ). Keluar lah jumlah tambag rm12 ringgit. Rider cakap biasa rm10 je. Saya dengan profesional jawab, Puan boleh tanya uber sebab uber yang kira. Ok selesai dia bagi rm20, saya bagi baki. Jika korang nak tahu cara pengiraan tambang Uber, boleh rujuk kat post tambang Uber ni.

Itulah pengalaman pertama. Masa nak balik, uber partner app masih online, ada pulak pin masuk dekat cyber 8 cyberjaya. Tak pernah sampai tempat ni. Pergi le ambil rider, pusing jauh jugak.

applikasi pemandu uber


Rider nak ke Marriot Putrajaya. Jauh gak nih. Masa ada lagi, so saya bawak le pergi Marriot Putrajaya. Nasib baik tahu jalan. Senang sikit. Tambag rm41.00 bayar guna kredit kad.

Ok done hari pertama sebagai pemandu uber. Syok juga rasa dapat duit ni walaupun rasanya bawak kereta macam biasa sahaja. Korang pun boleh daftar sebagai pemandu uber secara online. Jika korang nak tips lagi sebagai pemandu uber, korang boleh baca post saya tentang tips sebagai pemandu Uber di Malaysia.


How to use uber app / Simulasi Uber Partner App

thumbnail


Jika anda adalah pemandu baru uber, anda mesti tercari-cari cara nak gunakan aplikasi uber partner untuk pemandu uber kan - How to use uber app / Simulasi Uber Partner App? Kini anda tidak perlu risau lagi kerana telah ada simulasi uber partner app ni secara online dan percuma sahaja.

Di dalam simulasi ni, anda akan di ajak untuk mencuba aplikasi uber partner secara life tetapi menggunakan simulasi sahaja. Ini untuk menyediakan anda supaya tidak gabra atau tidak mengalami kesulitan apabila menerima penumpang pertama anda nanti. 


How to use uber app2

How to use uber app / Simulasi Uber Partner App akan terjawab jika anda mencuba simulasi uber partner. Pastikan anda telah daftar sebagai pemandu uber dahulu dan cubalah aplikasi ini secara online.

Uber driver app ni senang sahaja jika anda tahu mana nak tekah. Jadi simulasi ini sangat penting untuk anda. Saya juga menggunakan simulasi uber partner untuk mengetahui cara-cara menggunakan aplikasi uber partner.


Klik link di bawah untuk membuka simulasi uber partner.

Cuba simulasi uber partner

Amacam, ok kan simulasi ni. Anda akan lebih faham bagaimana pemandu uber ambil penumpang dan terima bayaran kan. Bagus simulasi app ni. Memang sesuai untuk rider dan pemandu juga.

Oh ya, jika anda sudah belum daftar sebagai pemandu uber, anda boleh daftar di:

Daftar sebagai pemandu uber.

Selain daripada simulasi uber partner, anda juga boleh tonton cara guna aplikasi uber partner yang lain dan senang nak faham.

Cara guna aplikasi uber partner

Harap dapat membantu anda semua. selamat menguber.

Cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia

thumbnail

Laporan ini adalah mengenai cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia. Seperti yang anda tahu, uber ialah satu applikasi online yang menghubungkan penumpang dengan pemandu kereta. Jika anda nak gunakan khidmat kereta uber untuk menghantar anda ke mana-mana lokasi, anda perlu download applikasi uber dahulu. Anda dikenali sebagai Rider dan pemandu uber di kenali sebagai ubar partner.

Anda kena download applikasi uber di google play store secara percuma dan kena buat sedikit setting untuk memasukkan maklumat diri anda ke dalam applikasi uber untuk rider. Ada satu lagi applikasi untuk driver uber yang di kenali sebagai uber partner.


Jadi, laporan ini adalah untuk rider mengisi maklumat lanjut ke dalam applikasi uber untuk mengunakan perkhidmatan kereta uber. Lebih menarik lagi, ada juga laporan mengenai cara anda daftar jadi pemandu uber di Malaysia.

Cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia


Senang sahaja nak isi maklumat anda ke dalam applikasi uber ni. Setelah anda cari di play store dan download applikasi uber ke smartphone anda, apabila anda buka applikasi uber tersebut, anda akan nampak paparan seperti di bawah.


Anda pilih ' REGISTER ' untuk mendaftar sebagai rider / penumpang uber. Setelah tekan daftar, anda akan nampak paparan skrin smartphone anda seperti di bawah.


Masukkan maklumat tentang diri anda. Utamakan akaun gmail daripada menggunakan email lain. Masukkan nama dan no phone yang betul sebab mamti uber akan hantar verification kod ke no phone anda.


Semak phone anda. Satu verification kod telah di hantar dan anda kena isi verification kod uber tu ke dalam applikasi uber seperti di atas. Sebab tu anda kena pastikan no phone yang anda masukkan adalah betul.


Jika anda di minta untuk memasukkan PROMO CODE, sila masukkan kod di bawah untuk anda menerima free ride bernilai rm20.

PROMO CODE: ahnca7r3ue

Itu sahaja laporan mengenai cara daftar dengan applikasi uber di Malaysia. Anda juga elok baca cara guna applikasi uber untuk rider / penumpang. Ini adalah sambungan kepada laporan ini. 

Jika ada kekeliruan, anda boleh tulis di bahagian komen untuk saya menjawabnya. Terima kasih.