Ada yang guna fake gps untuk dapat job lebih mudah terutamanya di airport tetapi Grab membanteras fake Gps ni habis-habisan. Berbaloi ke guna fake gps ni untuk akaun pemandu Grab yang sah? Sebab kalau dapat kesan Grab akan bannes terus tanpa banyak cakap sebab fake gps grab ni tidak adil kepada pemandu grab lain.
Apa tidaknya, kereta driver grab ada di rumah manakala aplikasi grab ada di arrival airport, kan tak adil tu. Itulah penggunaan fake di kalangan driver grab di Malaysia tetapi masalah ini tidaklah tidak terkawal. Masih di dalam kawalan Grab. Driver tamak akan cba menggunakan fake gps ni. Masih tak cukupkah income pemandu Grab anda?
MOD - Aplikasi Grab yang di ubah suai
Ada juga driver Grab yang menggunakan aplikasi grab yang di ubah suai tetapi masih boleh login ke akaun pemandu grab yang sah. Aplikasi grab yang di ubah suai ni boleh di dapati di pasaran gelap dengan harga yang pelbagai, sekitar rm500 tetapi tiada jaminan akaun driver grab anda akan kekal selamat.
Ada yang menggunakan aplikasi Grab yang di ubah suai ni - MOD tetapi masih tidak dapat di kesan oleh pihak grab. Hukuman untuk drive MOD ni sangat setimpal iaitu akaun pemandu Grab akan di banned.
Apa gunanya MOD grab ni? Banyak kegunaannya sebab itu driver suka walaupun menyalahi peraturan grab. dengan menggunakan MOD ni, driver boleh tapis job yang masuk tanpa mengubah rating AR ( acceptance rate ). Maknya, driver akan pilih job yang berbaloi dan mahal terutamanya job ke airport.
Berbaloi ke guna MOD? Tak berbaloi sebab risiko akaun pemandu Grab anda sangat bahaya.
0 komen:
Catat Ulasan