Lesen psv Grab di wajibkan untuk daftar grab driver. Peraturan daftar Grab driver baru ini telah menjadi salah satu syarat daftar grab driver di Malaysia. Driver yang mahu register grab mesti ada lesen psv ehailing ini dan ada beberapa langkah untuk siapkan lesen psv grab ni. Malah lesen psv ini juga boleh digunakan untuk daftar ehailing lain. Lesen sv grab diperlukan semasa mengisi borang daftar grab driver online.
Bagaimana kah untuk dapat lesen psv grab? Apa langkah-langkah yang perlu untuk dapatkan lesen psv? Apa pula dokumen yang wajib ada dalam proses buat lesen psv ni? Semua ini akan kami kongsikan di bawah. Info ni adalah mengenai cara untuk buat lesen psv grab / ehailing untuk driver baru grab. Lesen psv adalah salah satu dokumen daftar grab driver yang diperlukan.
Lesen PSV Grab - Ujian PSV Grab
Bagaimana cara untuk buat lesen psv dan ujian psv grab dan ehailing lain:
Langkah 1: Kelas teori 6 jam di sekolah memandu (RM150-rm250)
Anda hubungi sekolah memandu yang menyedia kursus psv ehailing. Tak semua sekolah memandu yang sediakan kursus psv. Anda boleh semak senarai sekolah memandu yang ada kursus psv ehailing. Senarai sekolah memandu ehailing ini ialah dari website jpj itu sendiri. Anda boleh semak senarai sekolah memandu di seluruh Malaysia di link yang saya berikan.
Untuk sekolah memandu Selangor / Kl, anda boleh tengok gambar di bawah:
Anda kena tempah tarikh untuk buat kursus 6 jam ehailing untuk dapatkan kad lesen psv. Di dalam kelas teori lesen psv grab/ehailing ni, anda akan di berikan nota dan info untuk anda menduduki ujian psv pada hari yang lain. Kelas teori lesen psv grab/ehailing ni berlangsung selama 6 jam dan selepas kelas, anda boleh tempah tarikh untuk ujian lesen psv grab/ehailing di sekolah memandu yang sama.
Kelas teori 6 jam psv ni wajib untuk anda mohon ujian lesen psv. Jika tak pergi kelas teori lesen psv ni, anda tak dibenarkan untuk ambil ujian psv.
Langkah 2: Pemeriksaan kesihatan
Selepas kelas teori psv grab / ehailing, anda kena buat medical check up dulu. Anda perlu ke mana-mana klinik kerajaan / swasta, kata nak buat check up untuk psv ehailing. Nurse akan bagi satu borang dan anda isi kemudian doktor akan memeriksa anda.
Air kencing juga akan di periksa. Jadi pastikan anda clean ye. Kos rm20-rm80.
Doktor akan tanya beberapa soalan dan keluarkan sijil medical check up psv. Sijil ini yang original anda perlukan semasa hendak buat lesen psv nanti.
Langkah 3: Ujian lesen psv Grab/ehailing
Selepas hadir kelas teori psv grab/ehailing selama 6 jam, anda layak untuk duduki ujian psv pada hari yang lain. Ujian psv grab/ehailing ni selama sejam. Ada 60 soalan objektif (ABCD) dan anda wajib betul 48/60 untuk lulus lesen psv.
Soalannya mudah sahaja. Jawapannya anda ke fokus di kelas teori 6 jam tadi sebab pensyarah akan berikan tip dan panduan untuk jawab soalan psv grab / ehailing.
Jika anda gagal ( betul kurang dari 48 soalan ), anda boleh ambil sekali lagi ujian psv grab / ehailing ni pada hari yang lain pula hinggalah anda lulus ujian psv grab / ehailing ni. Jadi semua orang oleh lulus sebab boleh ambil ujian ni banyak kali. Ujian lesen psv ni juga di buat di sekolah memandu yang anda daftar.
Langkah 4: Ambil lesen PSV di JPJ
Setelah semua siap - kelas teori, medikal dan ujian psv, anda boleh ke jpj untuk buat kad lesen psv anda. Bayarannya rm30 sahaja. Pastikan anda bawa sekeping gambar sendiri untuk psv dan report medikal original yang doktor bagi ( fotostat tak di terima ).
Gambar untuk psv ehailing anda boleh buat di kedai gambar dan katakan nak buat lesen psv ( sebab ukuran saiz gambar ni lain dari passpord ).
Ada PSV, boleh daftar Grab / ehailing
Katakan anda sudah ada lesen PSV, anda bolehlah daftar Grab driver atau pun ehailing yang lain seperti daftar pemandu Mycar, register driver maxim atau daftar driver Dacsee.
Anda boleh like page facebook untuk maklumat lanjut tentang ehailing.
Komen sini
BalasPadamSaya sudah isi form online maxim..tapi tak tau step seterusnya macam mana untuk register
BalasPadamboleh join group whatsapp yang disediakan.
PadamUntuk buat PSV perlu clearkan saman² yang ada?
BalasPadamtak perlu
Padam